|
|
Individu dikenali sebagai coach cerai iaitu Izary Iqbal berkata pelakon Uqasha Senrose telah pun mendaftar untuk programnya namun belum sempat memulakan sesi ‘coaching’.
Menerusi satu kenyataan di Threads, Izhary berkata sejak pertemuan mereka Uqasha dan isterinya rapat dan kehadiran mereka ke mahkamah menemani aktres itu hanya sebagai rakan.
“Berkaitan dengan Uqasha, bukan rahsia bahawa dia telah mendaftar dalam program saya. Namun, kerana jadual kerjanya yang padat, dia belum sempat lagi memulakan sesi coaching yang sebenar.
“Sejak bertemu dengan saya dan isteri, dia menjadi sangat rapat dengan isteri saya, dan kehadiran kami di mahkamah hanyalah sebagai rakan,” katanya.
Sementara itu, Izary turut meluahkan rasa kesal apabila pihak berkuasa agama bertindak tanpa menghubunginya terlebih dahulu untuk menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan.
“Kemudian pihak berkuasa agama bertindak atas aduan terhadap Cerai Coach dengan kenyataan ringkas dan tidak komited.
“Tiada usaha untuk menghubungi saya. Tiada usaha untuk menghubungi saya. Tidakkah mereka ingin menyiasat atau sekurang-kurangnya mendengar penjelasan daripada pihak saya? Penjelasan saya?” katanya.
Dalam pada itu, Izary bagaimanapun menjelaskan tindakan menggalakkan atau menghasut pasangan bercerai bukan perkara dilakukan oleh coach cerai.
“Saya nak jelaskan, menggalakkan atau menghasut orang bercerai adalah kerja gila. Itu bukanlah apa yang dilakukan oleh seorang coach cerai.
“Divorce coach adalah peranan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan istilah coach cerai hanyalah terjemahan tempatan,” katanya.
Sumber : Rotikaya |
|