|
View: 194|Reply: 0
|
Ustazah Marhamah: Suara Baharu Dalam Kabinet MADANI
[Copy link]
|
|
|
Assalamualaikum warahmatullah
Pelantikan Ustazah Marhamah Rosli sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mencuri perhatian ramai dalam rombakan Kabinet terkini pada 16 Disember 2025. Sebagai penceramah agama terkenal, beliau turut dilantik sebagai Senator sebelum mengangkat sumpah jawatan. Pelantikan ini menyertai Dr Zulkifli Hasan yang menggantikan Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar sebagai Menteri penuh portfolio hal ehwal agama.
Latar belakang Marhamah sebagai pendakwah diharapkan membawa pendekatan rahmah dan inklusif dalam pengurusan isu agama di Malaysia. Ramai melihat ini sebagai langkah segar Kerajaan MADANI untuk mengukuhkan harmoni beragama di negara berbilang kaum. Tak kurang juga yang mempertikaikan perlantikan ini. Walau apa pun Tahniah diucapkan! |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|