CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 179|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Irfan pertahan emas lempar cakera

[Copy link]
Post time 16-12-2025 11:45 PM | Show all posts |Read mode
Irfan pertahan emas lempar cakera

Oleh Saiful Affendy Sapran - Disember 16, 2025 @ 8:20pm




Jaguh lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin meraih pingat emas ketujuh berturut-turut di Sukan SEA. - Foto REUTERS



BANGKOK: Jaguh lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin meraih pingat emas ketujuh berturut-turut di Sukan SEA selepas kekal mendominasi acara itu di Stadium Nasional Supachalasai, hari ini.

Lebih manis, atlet berusia 30 tahun dari Negeri Sembilan itu turut mencipta sejarah peribadi apabila memecahkan rekod temasya dengan lemparan sejauh 60.23 meter (m).

Catatan itu memadamkan rekod lama 59.50m milik bekas jaguh Singapura, James Wong Tuck Yim, yang bertahan sejak Sukan SEA Brunei 1999, sekali gus mengesahkan keunggulan Irfan di pentas serantau.

Kejayaan itu juga menyaksikan Irfan tidak pernah terlepas meraih emas sejak edisi 2013 di Myanmar, sebelum meneruskan dominasi pada setiap penganjuran seterusnya.

Pingat perak dimenangi wakil tuan rumah, Bandit Singhatongkul dengan lontaran 53.82m, manakala atlet Filipina, Russel Ricaforte, meraih gangsa hasil lemparan 53.34m.

Untuk rekod, Irfan juga adalah pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 62.55m yang dilakukannya pada tahun 2017 di Austria.

https://www.bharian.com.my/sukan/olahraga/2025/12/1485915/irfan-pertahan-emas-lempar-cakera





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.040035 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list