CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 282|Reply: 0

Wanita Perancis beri ubat berlebihan hingga anak mati dipenjara 30 tahun

[Copy link]
Post time 5-12-2025 10:53 AM | Show all posts |Read mode


MONT-DE-MARSAN: Mahkamah Perancis semalam menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun terhadap seorang ibu kerana memberi ubat berlebihan kepada dua anaknya, sehingga menyebabkan salah seorang daripada mereka meninggal dunia.

Maylis Daubon, 53, mendakwa anak perempuannya Enea, berusia 18 tahun yang bergelut dengan masalah kesihatan mental dan telah berhenti sekolah, membunuh diri pada 2019.

Daubon menghubungi pasukan perubatan selepas Enea mengalami sawan di rumah keluarga, tetapi mereka mendapati Enea sudah mati otak dan dia meninggal dunia beberapa hari kemudian di hospital.

Siasatan menunjukkan Enea telah mengambil 10 kali ganda dos yang disyorkan bagi ubat untuk mengurangkan kadar denyutan jantung atau keresahan.

Ujian beberapa tahun kemudian menunjukkan adik perempuan Enea, Luan, juga telah mengambil dos ubat tidur yang luar biasa tinggi.

Ketika membacakan keputusan bersalah, hakim Emmanuelle Adoul berkata kepada Daubon: “Nyawa Luan telah diselamatkan kerana penangkapan anda.”

Pendakwa raya berhujah bahawa Daubon seorang penipu dan pemanipulasi yang telah memberi ubat kepada anak perempuannya sehingga berada dalam keadaan tunduk sejak awal 2018, selepas perceraian pahit hampir sedekad sebelumnya dari bapa anak-anaknya, Yannick Reverdy, bekas pemain bola baling kebangsaan.

Polis menemui ubat jantung, yang juga digunakan untuk mengurangkan keresahan, disembunyikan dalam supositori di bilik ibu itu dan di dalam almari di ruang tamu.

Namun adik perempuan, kini berusia 22 tahun, mempertahankan ibunya di mahkamah di bandar Mont-de-Marsan, barat daya Perancis, dengan mengatakan ibunya tidak bersalah.

Dia berkata bahawa dia mempunyai zaman kanak-kanak yang bahagia, walaupun rumit akibat perceraian ibu bapanya selepas ibunya menuduh bapanya melakukan penderaan fizikal.

Daubon dan Reverdy bercerai pada 2009.

Seorang tahanan bersama semasa perbicaraan menuduh Daubon cuba merancang pembunuhan bekas suaminya dari dalam penjara, dakwaan yang ditolak defendan sebagai “gosip penjara”.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.226969 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list