CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 200|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Verstappen juara Grand Prix Qatar

[Copy link]
Post time 1-12-2025 01:25 PM | Show all posts |Read mode
Verstappen juara Grand Prix Qatar

Disember 1, 2025 @ 7:30am




Pelumba Red Bull, Max Verstappen menjuarai perlumbaan Formula Satu Grand Prix Qatar di Litar Antarabangsa Lusail, Qatar. - Foto AFP



LUSAIL, Qatar: Juara bertahan, Max Verstappen meningkatkan peluangnya untuk meraih gelaran Formula Satu kelima berturut-turut selepas menjuarai Grand Prix Qatar awal pagi tadi.

Pelumba Red Bull dari Belanda itu merapatkan jurang di belakang pendahulu kejuaraan dari McLaren, Lando Norris sebelum perlumbaan terakhir hujung minggu depan di Abu Dhabi. Verstappen kini hanya ketinggalan 12 mata di belakang pelumba British itu.

Verstappen menamatkan perlumbaan dalam masa 1:24:38.241, hampir lapan saat di hadapan rakan sepasukan Norris, Oscar Piastri. Carlos Sainz (Williams) berada di tempat ketiga, manakala Norris menamatkan perlumbaan di tempat keempat.

"Segalanya kini mungkin! Kita tunggu dan lihat. Saya tidak terlalu risau mengenainya," kata Verstappen.


Verstappen mendapat kelebihan daripada kesilapan awal pasukan McLaren.

Hanya tujuh pusingan selepas permulaan, Nico Hulkenberg dan Pierre Gasly bertembung di Selekoh 1. Semua pelumba kecuali Piastri dan Norris masuk ke pit dan hanya memerlukan satu pit stop tambahan.

Duo McLaren terpaksa memasuki pit dua kali selepas perlumbaan disambung semula pada pusingan ke-10.

Verstappen memulakan perlumbaan dengan cemerlang, memintas Norris di selekoh pertama dan memburu Piastri yang mendahului sebelum kemalangan itu.

Piastri menamatkan perlumbaan di tempat kedua, tetapi Norris tidak berjaya memintas Sainz. Dia hanya mampu mengatasi Kimi Antonelli pada pusingan kedua terakhir untuk mengutip dua mata penting.

"Saya telah cuba sedaya upaya tetapi malangnya ia tidak berjaya malam ini," kata Piastri, yang ketinggalan 16 mata di belakang rakan sepasukannya.

"Jelas ini bukan hari atau hujung minggu terbaik kami. Tapi saya tidak pasti jika sesiapa melihat siri keputusan saya sebelum ini, memang hebat.

"Jadi ia meletakkan diri saya di posisi ini (di puncak kejuaraan). Kami akan terima seadanya, dan lihat apa yang boleh kami lakukan hujung minggu depan," kata Norris. - REUTERS

https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2025/12/1479048/verstappen-juara-grand-prix-qatar





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 07:04 PM GMT+8 , Processed in 0.300247 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list