CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 231|Reply: 1

[Sukan Bermotor] Hamilton tak menyesal sertai Ferrari

[Copy link]
Post time 29-11-2025 10:01 PM | Show all posts |Read mode
HAMILTON





Hamilton tak menyesal sertai Ferrari



  • Oleh MEJA SUKAN KOSMO!
  • 29 November 2025, 12:00 pm




DOHA – Lewis Hamilton tidak pernah menyesal meninggalkan Mercedes dengan menyertai Ferrari biarpun mengakui musim 2025 sedang dilaluinya ibarat ‘mimpi ngeri’.

Hamilton, 40, kini berdepan kemerosotan prestasi yang ketara apabila gagal menaiki sebarang podium musim ini sekali gus menjadi antara kempen paling mengecewakan dalam kariernya.

Dalam kekecewaan tersebut, bintang Britain itu turut menyuarakan bahawa dia belum bersedia menghadapi musim 2026 selepas bergelut untuk memulihkan aksi hambar bersama Ferrari.

Menjelang Grand Prix (GP) Qatar di Litar Lusail minggu ini, Hamilton membuat kejutan apabila menarik semula kenyataan tersebut dan menjelaskan kata-kata itu hadir daripada emosi yang penuh kecewa.

“Semua pemandu di hujung musim memang tidak terlalu teruja tentang tahun berikutnya kerana ketika itu tenaga sudah habis.

Masa itu kita cuma fikir nak luangkan masa dengan keluarga.

“Biasanya emosi tertekan, kecewa muncul selepas perlumbaan tidak berjalan lancar.

Jujurnya saya teruja menanti apa yang pasukan akan bina tahun depan dan bagaimana kami boleh terus berkembang,” katanya.

Hamilton tetap yakin dengan halu tuju Ferrari dan berharap dapat menaiki podium dalam baki dua perlumbaan musim ini di GP Qatar dan GP Abu Dhabi pada 7 Disember ini.

“Saya sudah serasi dengan pasukan. Mereka mempunyai semangat luar biasa dan fokus yang jelas untuk musim depan.

“Saya tak menyesal langsung menyertai pasukan ini.

Saya tahu ia ambil masa untuk membina sesuatu bersama organisasi besar seperti ini dan memang saya sudah jangkakan perkara ini akan berlaku,” ujarnya. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2025/11/29/hamilton-tak-menyesal-sertai-ferrari/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-12-2025 01:09 PM | Show all posts
tq @Vellfire  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 07:04 PM GMT+8 , Processed in 0.192565 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list