CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 220|Reply: 0

Penetapan FTO AS terus menekan Venezuela

[Copy link]
Post time 26-11-2025 09:17 AM | Show all posts |Read mode
Washington dakwa Maduro ketua kartel dadah, mulakan kerahan tentera, serang bot



Gambar fail 21 November, 2025 menunjukkan Maduro (kanan) berbincang dengan Menteri Pendidikan Hector Rodriguez semasa sambutan hari pelajar di Istana Miraflores, Caracas. - Gambar AFP

CARACAS: Venezuela pada Isnin menolak penetapan status pengganas oleh Amerika Syarikat terhadap kartel dadah yang didakwa berpangkalan di wilayahnya, sambil menyifatkannya sebagai pembohongan yang bertujuan membuka jalan kepada campur tangan ketenteraan yang tidak sah.

Pembinaan pangkalan besar tentera AS dekat Venezuela telah mencetuskan spekulasi bahawa Presiden Donald Trump sedang merancang untuk menggulingkan pemerintah Sosialis Venezuela Nicolas Maduro.

Washington menuduh Maduro mengetuai sindiket yang didakwa sebagai kartel dadah Venezuela 'Cartel de los Soles' (Kartel Matahari), yang ditetapkan AS pada Isnin sebagai sebuah pertubuhan pengganas asing (FTO).

Kementerian luar pada Isnin menolak apa yang disifatkannya sebagai pembohongan terbaharu yang tidak masuk akal daripada Setiausaha Negara AS Marco Rubio yang didakwa bertujuan mengesahkan campur tangan haram dan tidak sah ke atas Venezuela.

Pada Selasa pegawai kanan tentera AS Dan Caine akan melawat negara kecil Caribbean Trinidad dan Tobago, sekutunya yang terletak hanya beberapa batu dari Venezuela yang baru-baru ini menerima askar AS untuk latihan ketenteraan.

Kedutaan AS berkata, lawatan pengerusi ketua staf bersama itu akan memfokus kepada usaha membanteras penyeludupan haram dan organisasi jenayah transnasional.

Lawatan itu sebahagian daripada kempen berbulan-bulan yang mengenakan tekanan maksimum ke atas Maduro yang mana pelantikan semulanya tahun lepas ditolak kebanyakan komuniti antarabangsa sebagai satu penipuan.

Maduro muncul pada dua acara umum pada Isnin tanpa menyebut tentang penetapan tersebut sebaliknya menegaskan Venezuela akan kekal mantap.

"Apa pun yang dilakukan mereka, di mana-mana pun, dalam apa cara sekalipun, mereka tidak akan dapat mengalahkan Venezuela.

"Kita mantap," kata Maduro semasa program mingguan di televisyen.

AS telah mengerahkan kapal pengangkut pesawat terbesar di dunia dan pasukan ketenteraan lain di perairan dekat Venezuela sebagai sebahagian daripada kempen untuk melumpuhkan laluan penyeludupan dadah Amerika Latin.

Pentadbiran Trump mendakwa Kartel Matahari adalah sindiket penyeludupan dadah yang dijalankan oleh Maduro dan telah mengeluarkan ganjaran US$50 juta untuk penangkapan presiden terbabit.

Namun Venezuela dan negara-negara yang menyokongnya menegaskan tiada organisasi sedemikian.

Beberapa pakar Venezuela menyatakan kartel tersebut sebenarnya merujuk kepada korupsi dalam kalangan pegawai kanan oleh sindiket penjenayah.

Tentera AS telah membunuh sekurang-kurangnya 83 orang dalam serangan ke atas bot yang didakwa menyeludup dadah dari Amerika Latin ke AS sejak September, menurut statistik AFP yang merumuskan beberapa laporan awam.

Tiada bukti didedahkan kepada awam bahawa wujud dadah dalam bot-bot terbabit malah pakar menyifatkan serangan itu kemungkinan besar tidak sah walaupun sasaran terbabit terbukti penyeludup dadah.

Penetapan terorisme akan memberikan Washington alasan perundangan untuk terus menekan pihak berkuasa Venezuela.

Pada Sabtu lalu enam syarikat penerbangan mengumumkan mereka membatalkan penerbangan ke Venezuela ekoran kebimbangan keselamatan.

Sementara itu di MEXICO, ratusan pekerja ladang dan pemandu trak menyekat bahagian Mexico pada jambatna sempadan utama dengan AS pada Isnin susulan mogok umum petani.

Protes tersebut menyekat Jambatan Antarabangsa Zaragoza-Ysleta yang menghubungkan bandar AS El Paso, Texas dengan Ciudad Juarez di mana dianggarkan 70 dagangan antara kedua-dua negara melalui lintasan sempadan sedemikian.

Protes tersebut sebagai respons terhadap beberapa reformasi dalam Undang-Undang Perairan Umum yang dipromosikan Presiden Mexico Claudia Sheinbaum, yang akan mengharamkan jualan atau pemindahan geran konsesi.

Demonstrasi sama turut dilancarkan di 16 negeri lain.

"Kami tidak mahu kerajaan memonopoli perairan dan melakukan apa sahaja yang dimahukan mereka dengan permit tersebut," kata salah seorang peserta protes Gerardo Fierro.

Protes turut menyaksikan para pekerja perladangan menyerbu pejabat kastam di Ciudad Juarez.

Javier Jurado, presiden perniagaan pertanian berkata, pentadbiran Sheinbaum mahu merampas air dan meninggalkan petani tidak berdaya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.057090 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list