CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 25874|Reply: 1

[Sukan & Senibela Diri] Zii Jia ‘tutup’ kalendar 2025 lebih awal

[Copy link]
Post time 19-11-2025 12:10 AM | Show all posts |Read mode
ZII JIA terpaksa menarik diri daripada saingan Syed Modi di India sekali gus menamatkan tahun ini lebih awal.





Zii Jia ‘tutup’ kalendar 2025 lebih awal



  • Oleh MUHAMMAD HELMEE RAMLI
  • 18 November 2025, 5:30 pm




PERSEORANGAN lelaki profesional negara, Lee Zii Jia mengesahkan tidak akan menyertai mana-mana kejohanan selepas ini sekali gus terpaksa menutup kalendar 2025 lebih awal daripada jangkaan.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram hari ini, bekas juara All England itu menjelaskan, keputusan itu terpaksa dibuat bagi membolehkannya memberi lebih perhatian kepada kesihatan fizikalnya.

Zii Jia berkata, dia bersama pasukannya bekerjasama dengan pakar perubatan selepas menyertai Kejohanan Badminton China Masters September lalu bagi memastikan dia dapat kembali ke prestasi terbaik.

“Sudah lama saya tidak menulis di sini (Instagram). Anda semua tahu 2025 merupakan tahun mencabar buat saya selain menjadi proses pembelajaran bagi menguruskan tahap kesihatan fizikal sendiri.

“Ada ketika saya rasa seperti berada di puncak dunia dan adakalanya saya berdepan kesan daripada kecederaan buku lali dan sakit belakang yang dialami,” tulis pemain berusia 27 tahun itu.

Terdahulu, bekas perseorangan lelaki No. 1 negara itu terpaksa menarik diri daripada menyertai Kejohanan Antarabangsa Syed Modi berlangsung di India pada 25 hingga 30 November nanti.

Zii Jia yang menghuni ranking No. 83 dunia ketika ini berdepan perjalanan turun naik sepanjang 2025, namun mengakui ia turut menjadi rahmat kerana dapat mengesan sesuatu yang baharu dalam dirinya.

“Untuk mengatakan tahun ini ada naik turun dari segi fizikal dan emosi mungkin kurang sesuai kerana saya dapat meneroka diri sendiri yang turut memiliki minat dalam bidang seni.

“Selepas mengambil kira semua maklum balas selain mendengar kata hati sendiri, saya fikir langkah terbaik adalah menutup kalendar 2025 dan memberikan sepenuh tumpuan ke arah 2026,” ujar Zii Jia. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2025/11/18/zii-jia-tutup-kalendar-2025-lebih-awal/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-11-2025 05:42 AM | Show all posts
tq @Vellfire  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 07:04 PM GMT+8 , Processed in 0.395050 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list