CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 386|Reply: 7

[Tempatan] Lori lebih muatan - 'Jadi menteri sepenggal pun tak apa' kata Anthony Loke

[Copy link]
Post time 18-11-2025 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 18-11-2025 09:59 AM

Sinar Harian
IZWAN ROZLINIZWAN ROZLIN
17 November 2025





KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan beliau tidak akan sekali-kali berkompromi dengan mana-mana permintaan untuk melonggarkan penguatkuasaan ke atas lori yang membawa muatan berlebihan.

Anthony berkata, ketegasan itu tetap dipegang walaupun ia menyebabkan dirinya berkhidmat sebagai 'one-term minister', kerana keselamatan rakyat mengatasi semua tekanan pihak berkepentingan.

"Saya tidak mahu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terus dibebani imej negatif seperti dakwaan rasuah, paw ‘ atau ‘makan paw’ dalam isu penguatkuasaan melibatkan kenderaan berat," katanya dalam Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau turut menempelak tindakan pihak tertentu yang cuba menakut-nakutkan kementerian dengan ugutan dan tekanan, termasuk gerakan untuk mengadakan demonstrasi di hadapan Parlimen pada Rabu.

Katanya, terdapat usaha mengatur lori-lori untuk diparkir di kawasan Parlimen sebagai tekanan, namun kerajaan tidak boleh tunduk kepada tindakan sebegitu.

“Kalau kita tunduk kepada ugutan seperti itu, lebih baik kita tak payah memerintah,” katanya.

Beliau turut menggesa semua Ahli Parlimen bersama mempertahankan ketegasan kerajaan demi keselamatan pengguna jalan raya, bukannya memilih untuk memuaskan kehendak segelintir pihak industri.

Mengulas desakan agar kerajaan berlembut atau memberi tempoh peralihan (soft landing), Loke menegaskan tuntutan itu tidak munasabah kerana isu muatan berlebihan berkait rapat dengan risiko kemalangan maut.

“Dalam kemalangan, ada ke istilah berlembut? Kalau saya umum berlembut hari ini, esok mereka akan meraikan. Mereka akan bawa sesuka hati,” tegasnya.


Beliau mencabar mana-mana pihak yang mendesak kelonggaran supaya tampil memberi jaminan bahawa tiada kemalangan akan berlaku sepanjang tempoh berlembut itu.

Menurutnya, pengalaman 10 hingga 20 tahun lalu membuktikan menteri-menteri terdahulu gagal menyelesaikan masalah ini kerana membuat pusingan-U selepas menerima tekanan.

“Sekali kita berlembut, masalah ini tak akan selesai. Tak ada ‘landing’, tak ada penghujung,” ujarnya.


Anthony mengakui menerima memorandum hampir setiap hari daripada Dewan Perniagaan, persatuan industri dan kumpulan pemandu lori yang mendesak kelonggaran penguatkuasaan.

Namun beliau menegaskan, kementerian hanya bersedia berbincang bagi memudahkan proses peralihan industri, bukan untuk mengurangkan ketegasan penguatkuasaan.

Katanya, majoriti rakyat menyokong tindakan kerajaan mengekang lori lebih muatan kerana mereka mahu keselamatan jalan raya diberi keutamaan.

“Yang bising itu kecil. Yang menyokong penguatkuasaan tegas jauh lebih ramai,” katanya.

Menurutnya, selagi kerajaan mempunyai kemahuan politik yang kuat, tekanan daripada mana-mana pihak tidak akan menghalang usaha menyelesaikan masalah kenderaan lebih muatan yang telah berlarutan sekian lama.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2025 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysian ni mana yg baik elok untuk semua tp tak kena tekak dia, merentan la.  Mmg selagi tu lah x maju dan beradab.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2025 11:53 AM | Show all posts
Pandai wartawan buat tajuk.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2025 12:13 PM | Show all posts
Samerosie replied at 18-11-2025 11:28 AM
Malaysian ni mana yg baik elok untuk semua tp tak kena tekak dia, merentan la.  Mmg selagi tu lah x  ...

Yang menekan ni ofkos puak2 berkepentingan yang terjejas. Mereka minority with a deep pocket. They didn't elect the minister but they have what is required to keep him there. Itu yang Anthony Loke ni cuba nak sampaikan.

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2025 01:56 PM | Show all posts
bagus ni. lori lebih muatanlah yang sebabkan jalan-jalan jadi mendap..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2025 06:28 PM | Show all posts
Jawatan sepenggal tapi pencapaian bagus with flying colours lebih baik dari berpenggal-penggal tapi ntah hape-hape aje.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2025 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok tu.. sucinya perjuangan beliau..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2025 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Antara benda pertama yang dihapuskan KERAjaan PH1.0 selain GST ialah SPAD

Ko jugak menteri masa tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2025 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.059547 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list