CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 285|Reply: 12

[Tempatan] 14,000 etnik Rohingya huni Kedah

[Copy link]
Post time 17-11-2025 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 17-11-2025 05:15 PM

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
17 November 2025, 4:02 pm




ALOR SETAR – Seramai 14,000 etnik Rohingya dianggarkan berada di Kedah, manakala 522 lagi dalam tahanan di Depot Imigresen Belantik di Sik kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Pengarah Imigresen Kedah, Mohd. Ridzzuan Mohd. Zain berkata, kebanyakan daripada mereka didapati memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).


“Kita membuat profiling dan mendapati etnik Rohingya ini ada di semua daerah dengan kebanyakan mereka ada kad UNHCR.


“Kita kemas kini profiling mereka dan mengikut data, terdapat kira-kira 14,000 etnik Rohingya yang berselerakan di seluruh negeri,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.



Katanya, operasi terus dilakukan dan mana-mana warga asing yang tidak mempunyai dokumen sah akan ditahan.

Sementara itu, menurutnya, berlaku lebihan kapasiti di Depot Imigresen Belantik di Sik, dekat sini yang kini merekodkan sebanyak 1,432 tahanan.


“Di depot tersebut, kapasiti selesa adalah seramai 950 orang, namun ketika ini terdapat 1,432 tahanan yang bermaksud berlaku lebihan orang.

“Daripada 1,432 tahanan itu, seramai 1,200 adalah warga Myanmar dan selebihnya dari negara lain. Bagi warga Myanmar, kita pecahkan kepada etnik Rohingya dan jumlahnya adalah seramai 522 orang,” ujarnya.

Katanya, tahanan etnik Rohingya melibatkan 305 lelaki dewasa, 65 perempuan dewasa, 79 kanak-kanak lelaki dan 73 kanak-kanak perempuan.

Sementara itu, kata beliau, pihaknya berdepan cabaran untuk melakukan proses penghantaran pulang terhadap etnik Rohingya berikutan isu pengiktirafan mereka sebagai rakyat sah Myanmar.

“Bagi etnik Rohingya, mereka akan berada dalam tahanan untuk satu tempoh yang lama dan ada kes yang mencecah sehingga lapan tahun,” jelasnya.

Tambahnya, kebanyakan etnik Rohingya dipercayai memasuki negara ini menerusi jalan laut. – KOSMO! ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2025 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah org kedah.

Nak tau bilangan diorag kat kelate pulak
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 05:57 PM | Show all posts
Edited by silance at 17-11-2025 05:59 PM

“Kita membuat profiling dan mendapati etnik Rohingya ini ada di semua daerah dengan kebanyakan mereka ada kad UNHCR.

Wowowow dalam cari porum pulak ada berapa worangs?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 06:01 PM | Show all posts
Kedah darulrohingya
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
20 mari dalam tempoh setahun beranak 10 ekor, 5 tahun kumulatif beranak 45 ekor
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
TUDIA....Sabah dgn pilakpinnya.Kedah dgn rohingoknya.
Negeri tertangga pasti iri...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2025 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Tidak cukup lagi boleh anwar ibrahim call trump untuk export ke malaysia... Mahu breed blue/green eyes pun ada..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2025 09:02 AM | Show all posts
Di johore 86 pekerja kilang wargs ditahan guna mykad palsu


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2025 05:13 PM | Show all posts
ramainya takdak dokumen, seolah2 tak wujud gitu dok kat sini









Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2025 05:19 PM | Show all posts
Cuba buat kajian DNA orang Kedah 'ori' yang ada sekarang tah2 banyak ja DNA dari belah2 sana. e.g. Kerala
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2025 05:23 PM | Show all posts
Skuau replied at 17-11-2025 12:50 PM
TUDIA....Sabah dgn pilakpinnya.Kedah dgn rohingoknya.
Negeri tertangga pasti iri...

Ramai2 tu elok lah kena telan lubang benam..settle
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2025 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Dorg juga antara yg consume beras2 dan bekalan makanan...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2025 05:58 PM | Show all posts
Rohingy dan Kedah tampaknya Berjodoh...tempat dimana bangsa-bangsa BESAR tinggal selama ini ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Malaysia Mahu Jadikan Durian Sebagai Buah Nasional, tapi Menteri Indonesia Dakwa Mereka Lebih Layak
AbahmungMalaysia Mahu Jadikan Durian Sebagai Bua
Views : 6780 Replies : 14
Pemandu wanita selamat, kereta dihempap runtuhan binaan .
noor2Pemandu wanita selamat, kereta dihempap
Views : 3819 Replies : 2
'Saiz ular sawa itu besar seperti anaconda' - APM
B40tastePosh'Saiz ular sawa itu besar seperti an
Views : 6740 Replies : 7
Ayam : Sila Pilih Jawapan.....
telracsAyam : Sila Pilih Jawapan.....
Views : 14181 Replies : 96
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 86637 Replies : 362
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 38674 Replies : 667
Rumah Borak Borneo
VellfireRumah Borak Borneo
Views : 146 Replies : 124
Kekasih Ben Amir Peluk Islam
irveneKekasih Ben Amir Peluk Islam
Views : 1898 Replies : 21
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 5496 Replies : 3454
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 23787 Replies : 1309

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2025 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.046813 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list