CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 287|Reply: 1

[Sukan Bermotor] Norris ungguli GP Sao Paulo

[Copy link]
Post time 10-11-2025 04:24 PM | Show all posts |Read mode
Norris ungguli GP Sao Paulo

November 10, 2025 @ 8:03am





Pemandu McLaren, Lando Norris menjulang trofi selepas menjuarai perlumbaan Grand Prix Formula Satu Sao Paulo di Autodromo Jose Carlos Pace, Sao Paulo, Brazil. – Foto REUTERS



SAO PAULO: Lando Norris melebarkan kelebihan dalam kejuaraan pemandu dunia kepada 24 mata di depan rakan sepasukan McLaren, Oscar Piastri selepas menjuarai Grand Prix Sao Paulo yang dramatik awal pagi tadi namun Max Verstappen mencuri tumpuan apabila bermula dari pit-lane untuk menamatkan perlumbaan di podium ketiga.

Dalam perlumbaan penuh tekanan dan dipenuhi insiden, Norris menjuarai perlumbaan 10.388 saat di depan pemandu remaja Mercedes, Kimi Antonelli manakala juara empat kali, Verstappen hanya 0.362 saat di belakang selepas mempamerkan pemanduan luar biasa, termasuk menghadapi tayar pancit untuk menamatkan di podium.

George Russell menamatkan perlumbaan di tempat keempat bersama jentera kedua Mercedes, diikuti Piastri yang malang dan tiga pelumba rookie mengagumkan - Oliver Bearman (Haas), Liam Lawson dan Isack Hadjar (Racing Bulls).

Nico Hulkenberg di tempat kesembilan bersama Sauber manakala Pierre Gasly menamatkan di tempat ke-10 bersama Alpine.


Ia merupakan kemenangan ketujuh Norris musim ini dan ke-11 sepanjang kariernya, meletakkannya semakin hampir meraih gelaran dunia sulung dengan kelebihan selesa di depan Piastri, yang berjuang hebat namun dikenakan penalti 10 saat, dengan berbaki tiga pusingan.

"Saya menekan sebaik mungkin dan ini perlumbaan luar biasa," kata Norris, yang menujukan kemenangannya kepada mendiang Gil de Feran, bekas pelumba yang membimbing awal kariernya.

"Amat indah menang di Brazil di litar menakjubkan dengan penyokong hebat. Ini untuk Gil... mentor saya beberapa tahun lalu. Minggu yang sempurna."

Apabila ditanya mengenai perebutan kejuaraan, Norris berkata: "Saya belum memikirkannya, belum lagi, langsung tidak. Ini kemenangan hebat, tetapi lihat bagaimana Max dan betapa pantasnya dia hari ini. Itu yang saya fokus. Perjalanan masih jauh."

Kini Norris mengumpul 390 mata dalam carta kejuaraan di depan Piastri (366) dan Verstappen (341).

Verstappen berkata: "Perlumbaan penuh aksi dan saya tidak menjangka menamatkan di podium selepas bermula dari pit-lane dan menghadapi tayar pancit. Keputusan luar biasa yang membanggakan. Kami tidak pernah berputus asa."

Antonelli yang berjaya menahan tekanan sengit berkata: "Detik terakhir amat tertekan dengan Max menggunakan tayar segar, tetapi saya kekal tenang untuk raih P2." – AFP

https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2025/11/1469633/norris-ungguli-gp-sao-paulo





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-11-2025 11:37 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.224249 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list