CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 337|Reply: 0

Taufan Montha melanda pantai selatan India

[Copy link]
Post time 30-10-2025 02:03 PM | Show all posts |Read mode










GELOMBANG pasang melanda ketika orang ramai berjalan berhampiran pantai di tengah hujan sebelum pendaratan Taufan Montha, di Chennai pada 28 Oktober 2025. Foto AFP
NEW DELHI: Taufan Montha melanda pantai selatan India pada Selasa, membawa hujan lebat dan angin kencang, mengganggu penerbangan serta menenggelami kawasan rendah.

Taufan ini dijangka melintasi Andhra Pradesh sebagai taufan teruk dengan kelajuan angin antara 90 hingga 100 km/j.

Sekitar empat juta penduduk berada dalam zon berisiko, manakala sekolah ditutup dan aktiviti menangkap ikan digantung.
Puluhan ribu penduduk telah dipindahkan ke lebih 2,000 kem bantuan, dan hospital mudah alih disediakan untuk menghadapi kemungkinan kecemasan.

Tahun lalu, Taufan Remal meragut 48 nyawa di India dan 17 di Bangladesh. Saintis memberi amaran bahawa ribut kini semakin kuat akibat pemanasan global dan perubahan iklim. – AFP




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.040444 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list