CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 417|Reply: 1

Israel lancar serangan udara di Khan Yunis walaupun gencatan senjata berkuat kuasa

[Copy link]
Post time 11-10-2025 05:56 PM | Show all posts |Read mode


GAZA: Walaupun gencatan senjata yang diumumkan telah berkuat kuasa selepas tengah malam, jet pejuang Israel tetap melancarkan serangan udara pada awal pagi Jumaat ke atas bandar Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Wartawan WAFA melaporkan bahawa pasukan pendudukan Israel membedil kawasan Al-Katiba di tengah Khan Yunis dengan beberapa das tembakan artileri, serentak dengan penerbangan dron di ruang udara bandar itu.

Jet pejuang Israel turut melancarkan serangan udara hebat yang menyasarkan kawasan tengah Khan Yunis pada waktu subuh.

Kerajaan pendudukan Israel secara rasmi meluluskan perjanjian gencatan senjata Gaza selepas tengah malam Jumaat, sekali gus menjadikannya berkuat kuasa.

Terdahulu pada Jumaat, pasukan pendudukan Israel meletupkan rumah milik Mohammad Taha, rakyat Palestin yang terbunuh, di bandar Qatanna, barat laut Baitulmuqaddis yang diduduki, pada awal pagi.

Menurut wartawan WAFA, sepasukan besar tentera Israel menceroboh masuk ke bandar itu sekitar tengah malam, mengepung rumah Taha, menghalang penduduk dan wartawan daripada menghampiri, serta mengosongkan bangunan kediaman berhampiran sebagai persediaan untuk meletupkannya. Rumah itu merupakan sebuah pangsapuri dalam bangunan kediaman.

Tidak lama selepas tengah malam, pasukan Israel mula menjalankan kerja penggalian dan merobohkan dinding rumah itu sebagai persediaan untuk perobohan hukuman.

Saksi berkata askar pendudukan Israel melepaskan gas pemedih mata dan peluru bersalut getah semasa serbuan itu, menyebabkan beberapa penduduk mengalami sesak nafas.

Taha dan Muthanna Amro, terbunuh akibat tembakan pasukan Israel di Baitulmuqaddis yang diduduki, susulan serangan tembakan pada 9 Sept lalu.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Khamis malam mengumumkan pemuktamadan perjanjian pelaksanaan fasa pertama pelan damainya bagi Asia Barat, yang memperuntukkan penamatan perang di Gaza, pengunduran pasukan pendudukan, kemasukan bantuan kemanusiaan serta pembebasan semua tebusan Israel sebagai pertukaran kepada pembebasan tahanan Palestin.

Sejak 7 Okt 2023, pasukan pendudukan Israel telah melancarkan perang pembunuhan beramai-ramai ke atas Semenanjung Gaza yang mengorbankan lebih 67,000 orang awam dan mencederakan hampir 170,000 yang lain, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita.

Kebuluran yang terus membadai wilayah itu turut meragut nyawa 460 orang awam termasuk 154 kanak-kanak.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2025 07:45 PM | Show all posts
GAZA: Walaupun gencatan senjata yang diumumkan telah berkuat kuasa selepas tengah malam, jet pejuang Israel tetap melancarkan serangan udara pada awal pagi Jumaat ke atas bandar Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA)

Tak payahlah nak percaya janji genjatan senjata seroel tu. March lepas benda sama tapi tetaplah teruk dibantainya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 07:33 AM GMT+8 , Processed in 2.373334 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list