CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 19812|Reply: 302

[Tempatan] Update :Pelajar Perempuan Tingkatan Tiga Di Melaka dirogol bergilir-gilir senior dalam kelas, dirakam video.Suspek 4 pelajar lelaki akan dibenarkan ambil SPM tapi dibuang sekolah

[Copy link]
Post time 11-10-2025 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 13-10-2025 04:59 PM

KPM sahkan pelajar terlibat kes salah laku seksual di Melaka dibuang sekolah serta-merta dan hanya dibenar ambil SPM di pusat khas.


Dalam perkembangan terkini kes salah laku seksual melibatkan empat calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Melaka, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendedahkan keempat-empat suspek telah dibuang sekolah serta-merta,
Lembaga tatatertib sekolah putuskan hukuman buang sekolah
Dalam laporan Astro Awani, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Mohd Azam Ahmad berkataLembaga Tatatertib Sekolah yang bersidang pada Isnin juga memutuskan hak suspek sebagai calon peperiksaan tetap diberikan, namun mereka tidak akan menduduki SPM di sekolah asal.
[size=1.6]Pada waktu ini semua murid yang menjadi suspek kes telah ditahan reman polis, dan kebenaran untuk mereka mengambil SPM tidak bermakna mereka terlepas daripada hukuman. Ia tidak mengganggu proses undang-undang yang sedang berjalan.
[size=1.6]Tambahnya, suspek berkemungkinan menduduki SPM di pusat tahanan atau tempat khas yang berasingan dengan calon lain.



MELAKA – Empat calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang disyaki terlibat kes rogol berkumpulan seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Alor Gajah minggu lalu dibenarkan menduduki peperiksaan 3 November ini.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, segala tindakan undang-undang dalam kes itu akan ditumpukan pihak polis dan KPM akan menguruskan aspek disiplin, ekosistem sokongan sekolah termasuk masa depan pendidikan pelajar.

“Ya, SPM (keempat-empat) suspek akan diteruskan…3 November masih akan ambil SPM dan kita akan pastikan juga dalam soal itu supaya mereka tidak ketinggalan dalam pendidikan mereka.

“Mangsa pula masih dirawat dihospital, kita bagi sokongan penuh psikososial,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mendengar dua sesi taklimat hampir dua jam mengenai perkembangan kes itu di Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Bukit Beruang di sini pagi tadi.


Tumpuan kita kerana sekolah ini adalah (antara) sekolah terbaik di Melaka jadi kita bagi tumpuan penuh kepada guru yang mengajar SPM dan anak-anak yang akan mengambil peperiksaan SPM supaya tidak terganggu kes ini,” tambahnya.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, dalam pertemuan khas itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) juga bersetuju mengambil langkah intervensi menyeluruh menangani kes salah laku pelajar daripada terus berulang.

“Kita juga mohon masyarakat faham bahawa kes ini termasuk di bawah bidang undang-undang kanak-kanak, dan setiap maklumat peribadi mereka perlu dilindungi,” tegasnya. – MalaysiaGazette
MELAKA – Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di sini mengalami trauma termasuk tidak mahu ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir dua pelajar senior.



Lebih menjijikan perbuatan tersebut dirakam dan dilihat dua pelajar lain menggunakan telefon bimbit dalam kejadian di sebuah kelas di Alor Gajah kira-kira jam 2.50 petang pada minggu lalu.

Sumber berkata, kejadian pada 2 Oktober itu terbongkar selepas video aib perbuatan tidak bermoral itu tersebar dalam kalangan pelajar sebelum dimaklumkan kepada guru dan seterusnya diketahui ibu mangsa pada petang Jumaat.

Menurut sumber, sebelum kejadian mangsa berusia 15 tahun telah berpatah balik ke kelas di tingkat tiga untuk mengambil bahan projek mata pelajaran Sains yang tertinggal.

Namun katanya, sebaik mangsa menyedari dua pelajar lelaki senior berusia 17 tahun menghendapnya dari celah pintu kelas mangsa segera mahu beredar.

“Tetapi suspek pertama tiba-tiba menarik tangannya, menutup mulut dan menolaknya semula ke dalam kelas.

“Manakala seorang lagi suspek bertindak mengawal kawasan tangga dan dua rakan mereka turut berada di dalam kelas menyaksikan perbuatan terkutuk itu,” katanya.

Tambahnya, suspek pertama kemudian telah bertindak membogelkan dan merogol mangsa, sebelum suspek kedua turut melakukan perkara sama.

Ujarnya, seorang lagi rakannya merakam kejadian menggunakan telefon bimbit milik suspek pertama, manakala seorang lagi menjaga kawasan kelas.

Katanya, mangsa yang trauma dan ketakutan enggan ke sekolah selepas kejadian itu sehinggalah ibunya dimaklumkan oleh guru tentang penyebaran video berkenaan.

“Selepas melihat video tersebut, ibu mangsa membawa anaknya membuat laporan polis di Balai Polis Alor Gajah.

“Mangsa kini dirujuk ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut dan masih menjalani rawatan serta sesi kaunseling,” ujarnya lagi.

Jelasnya, susulan laporan polis, keempat-empat pelajar lelaki berusia 17 tahun yang dijangka menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan depan telah ditahan pada hari sama laporan polis dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar yang dihubungi Sinar Harian mengesahkan menerima laporan dan kes masih dalam siasatan.

“Kesemua suspek direman enam hari sehingga 16 Oktober bagi membantu siasatan,” katanya

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2025 01:58 PM | Show all posts
Edited by silance at 11-10-2025 02:57 PM

Lebih menjijikan perbuatan tersebut dirakam dan dilihat dua pelajar lain menggunakan telefon bimbit dalam kejadian di sebuah kelas di Alor Gajah kira-kira jam 2.50 petang pada minggu lalu.

Apa ni?
Sekor-sekor muka mesti buruk takda sapa nak pandang.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2025 02:01 PM | Show all posts
so..

netizen n porumer ci nak suruh Menteri Pendidikan letak jawatan taks?

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2025 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Gillaaaaa da ke budak zmn skrg???ingatkan kes kt negara lain
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2025 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahat betul budak2 ni....makan babi ke masing2 perangai sebijik dah macam babi. Semoga anak2 kita dijauhkan la dari babi bertopengkan manusia macm ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2025 02:22 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2025 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak bapak kongkek tak baca bismillah ke anak jadi setan ni?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2025 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau budak bawah umur mmg tak bole nampak bergari ye though tutup muka bagai?
Dpt tengok kelibat budak hantu ni pun jadilah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2025 02:54 PM | Show all posts
yg buat satu hal , yg sebar tu setan jugak. Mana2 student yg dpt vid tu delete & jgn share . Tak takut ke balasan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2025 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 12-10-2025 08:03 AM



Seperti dijangka netizen dah merentan2
Ya mereka marahkan sistem tapi mcm biasa menteri akan jd kambin hitam utk netizen lepaskan kemarahan.

Keluarga tu sekolah pertama bg seorang anak. Cara mereka diajar menghormati org, memahami batas, kawal nafsu, dan berempati  tu terbentuk di rumah, bukan di sekolah semata2.Kalau asas moral dan disiplin dah longgar dari kecil, cikgu dan sistem sekolah pun susah nak betulkan dlm masa singkat.

Anak belajar apa yang betul dan salah, cara hormat perempuan, kawal diri, dan tanggungjawab sosial drpd ibu bapa dulu. Kalau nilai tu tak ditanam, anak akan bawa sikap tu ke luar termasuk ke sekolah.
Kena ingat sekolah bukan tempat ganti peranan ibu bapa.
Cikgu boleh mendidik akademik dan disiplin asas, tapi tak boleh bentuk akhlak dari kosong kalau di rumah tak ada contoh baik.

Kalau anak buat salah, tapi ibu bapa terus “bela” atau salahkan sekolah, anak tak belajar tanggungjawab. Lama2 lahir generasi yang tak tahu beza antara silap dan jenayah.

Jadi muhasabah la diri dulu sebelum asyik nak menyalahkan pihak2 lain.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2025 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 11-10-2025 02:57 PM
Seperti dijangka netizen dah merentan2
Ya mereka marahkan sistem tapi mcm biasa menteri akan  ...

Boleh la si tolol2 nih ganti menteri pulak
Memekak tak sudah2
Pasti yg memekak ni golongan budak kelas belakang... subjek sains takat lulus.... subj3k fizik failed
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2025 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku harap sangat kes ni jadi hip macam kes arwah Zara,,kesian sangat2 budak ni jadi mangsa…harap netizen laju buat kerja utk dedahkan muka seekor2 syaitan..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2025 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Dedahkan sekali muka mak bapak dia. Apa punya bala dapat anak macam setan
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2025 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Meringkuk terus jail tolonglah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2025 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar tibai senior blkg tirai besi pula.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2025 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
No simpati. Jgn guna card kasihan lah saya. Saya mak ayah bla3.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2025 03:51 PM | Show all posts
bagus lah pasangan berkahwin yang ambil keputusan tak nak ada anak tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2025 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah masanya ada cctv...kalo dah mcm jahatnya...hukum je pakai kanun dewasa..takde juvenile2...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2025 03:55 PM | Show all posts
Gila jahat budak2 ni, jangan di bela budak2 ni. Kembirikan je.

kalau ada producer nak buat drama cam ni.. atas alasan pengajaran mmg ******
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2025 04:02 PM | Show all posts
Edited by silance at 11-10-2025 04:04 PM

Rogol Bergilir Pelajar Tingkatan 3 Dalam Kelas, 4 Calon SPM Direman #MGFlash

What type?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pasangan panda gergasi baharu tiba di Malaysia minggu depan
AbahmungPasangan panda gergasi baharu tiba di Ma
Views : 872 Replies : 41
Prince Syed bagi isteri nafkah setengah juta ringgit, cukuplah belanja untuk setahun
RalinePrince Syed bagi isteri nafkah setengah
Views : 12016 Replies : 151
Kaki masuk hutan kena cuba, lakukan 5 tip ini jika nak elak digigit pacat
tatodKaki masuk hutan kena cuba, lakukan 5 ti
Views : 7684 Replies : 4
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 322942 Replies : 3283
Baru Balik UMRAH, Wanita Kiciwa Ibu Beri Air Zamzam Pada Adik Beradik Tanpa Izin.Netizen Berbelah Bagi
YgBenarBaru Balik UMRAH, Wanita Kiciwa Ibu Beri
Views : 2971 Replies : 99
Microwave untuk makanan halal sahaja di ofis buat netizen berbelah bagi
YgBenarMicrowave untuk makanan halal sahaja di
Views : 190 Replies : 8
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 98 Replies : 107
Sultan Kelantan dan gosip perkahwinannya...againnnn
PrickfordSultan Kelantan dan gosip perkahwinannya
Views : 1235 Replies : 4
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 5179 Replies : 3287
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 23717 Replies : 1294

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2025 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.128863 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list