|
View: 732|Reply: 3
|
Doa ‘rider’ nak sambung belajar termakbul, syukur boleh masuk universiti... Paling menarik dapat biasiswa penuh!
[Copy link]
|
|
|
SEORANG penunggang motosikal perkhidmatan e-hailing menerima rezeki tidak dijangka selepas menghantar seorang penumpang ke sebuah universiti.
Pada hari kejadian, Restu Anbia Putra, 23, berkongsi video dengan kapsyen menyentuh hati sejurus menghantar penumpang ke Universiti Tarumanagara (Untar), Jakarta, Indonesia.
"Ya Allah, aku juga mahu melalui kesibukan menghadiri kuliah seperti mereka," tulisnya dalam perkongsian di TikTok pada September lalu.
Video itu tular dan mendapat perhatian meluas, termasuk daripada pihak pengurusan Untar sendiri.
Hasilnya pada Sabtu lalu, Restu secara rasmi diterima sebagai mahasiswa baharu dan turut diberikan biasiswa penuh daripada universiti berkenaan.
Anak muda itu bakal melanjutkan pengajian dalam bidang Komunikasi bagi sesi akademik 2026/2027.
"Walaupun sudah bergelar mahasiswa, saya akan terus bekerja sebagai pemandu Ojek dan tetap berada di jalanan. Content sebagai rider inilah yang menaikkan nama saya," katanya.
Untuk rekod, Restu merupakan anak sulung daripada empat beradik.
Bapanya bekerja sebagai pemandu manakala ibunya seorang suri rumah.
Restu mula bekerja sebagai rider Ojek sejak tahun 2023 dan sepanjang kerjaya itu, dia aktif sebagai pencipta kandungan yang sering berkongsi realiti pekerjaannya di media sosial.
Sumber : mStar |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tahniah, moga niat baik dan usaha terbaik dapat perbaiki taraf hidupmu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Harapnya dia mmg berniat nak sambung study la. Bukan sekadar content. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|