CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 393|Reply: 0

Taufan Bualoi badai wilayah pantai Vietnam, 11 maut

[Copy link]
Post time 30-9-2025 03:00 PM | Show all posts |Read mode


Bumbung zink remuk diterbangkan angin setelah Taufan Bualoi mendarat di wilayah Nghe An pada Isnin. - Gambar AFP

HANOI: Taufan Bualoi menerbangkan bumbung bangunan dan menumbangkan tiang elektrik di sepanjang pantai Vietnam, serta menyebabkan sekurang-kurangnya 11 maut, menurut pihak berkuasa pada Isnin.

Ribut ke-10 membadai Vietnam tahun ini, mendarat lewat Ahad dengan angin selaju 130 kilometer sejam (kmsj).

Ribuan rumah dan perniagaan rosak atau musnah, menurut pihak berkuasa di tiga wilayah kepada AFP.

Imej yang diterbitkan AFP menunjukkan bumbung zink bangunan diterbangkan angin kencang dan sampah sarap berselerakan di jalan raya yang basah di wilayah pesisiran pantai Nghe An.

"Angin menerbangkan bumbung rumah saya dan kemudian ia jatuh, menyebabkan semua rosak.

"Saya terpaksa menutup kepala dan berkejar ke rumah jiran saya untuk menyelamatkan diri," kata Trinh Thi Le, 71, di wilayah tengah Quang Tri, dipetik sebagai berkata oleh akhbar rasmi Tuoi Tre.

Sekurang-kurangnya sembilan maut apabila puting beliung bawaan taufan membadai seluruh wilayah utara Ninh Binh awal Isnin, menurut agensi bencana tempatan.
Seorang lagi maut masing-masing di wilayah Hue dan Thanh Hoa, manakala kira-kira 20 lagi hilang, lapor pihak berkuasa.

Antara yang hilang ialah sembilan orang dalam bot nelayan yang karam di laut pada malam Ahad setelah terlepas dari pelabuhan akibat angin kencang dan arus deras, menurut polis.

Lebih 53,000 orang dipindahkan ke sekolah dan pusat perubatan yang dijadikan pusat penempatan sementara menjelang kemaraan Bualoi, menurut kementerian alam sekitar.

Empat lapangan terbang domestik dan beberapa bahagian lebuh raya ditutup pada Ahad, manakala lebih 180 penerbangan dibatal atau ditangguhkan, menurut pihak berkuasa.

Beberapa bahagian di Nghe An dan wilayah tengah pengeluaran keluli Ha Tinh terputus bekalan elektrik, manakala sekolah ditutup di wilayah-wilayah terjejas.
Sejak mendarat di Vietnam, Bualoi melemah ketika mara ke arah negara jiran Laos.

Ribut tersebut membadai pulau-pulau kecil di tengah Filipina minggu lepas, menyebabkan sekurang-kurangnya 11 maut dan memaksa pemindahan 400,000 penduduk.

Sejak Januari hingga Ogos, 175 orang disahkan maut atau hilang akibat bencana alam, menurut Pejabat Statistik Umum (GSO).

Jumlah kerosakan mencecah USD371 juta, hampir tiga kali ganda tempoh sama pada 2024, tambah GSO.

Taufan Yagi menyebabkan ratusan maut pada September tahun lepas dan mengakibatkan kerugian ekonomi sekitar USD3.3 bilion.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 07:33 AM GMT+8 , Processed in 2.089945 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list