CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 373|Reply: 0

Empat lagi negara Barat iktiraf Palestin

[Copy link]
Post time 23-9-2025 03:35 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 23-9-2025 03:36 PM

Perhimpunan Agung PBB minggu ini dijangka sorot genosid di Gaza, konflik Ukraine



Starmer berjabat tangan dengan Abbas pada permulaan mesyuarat mereka di kediaman rasmi Perdana Menteri di 10 Downing Street, London dalam gambar fail 8 September, 2025 ini. - Gambar AFP

LONDON: Britain, Australia, Kanada dan Portugal mengiktiraf Negara Palestin pada Ahad, satu peralihan bersejarah dalam polisi luar Barat yang menarik kemarahan rejim Israel dan bidasan sekutu kuatnya Amerika Syarikat (AS).

Negara-negara lain termasuk Perancis juga akan membuat pengumuman yang sama semasa rundingan utama pada perasmian Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada Isnin.

Sidang kemuncak tahunan itu akan dihadiri lebih 140 ketua negara dan topik kali ini dikuasai persoalan mengenai masa depan penduduk Palestin.

Namun seorang ketua negara yang tidak akan hadir ialah Presiden Palestin Mahmoud Abbas yang dinafikan visa oleh Washington untuk hadir, berserta para pegawainya.

Abbas menyanjungi pengiktirafan tersebut sebagai langkah penting dan perlu ke arah mencapai keamanan yang adil dan berpanjangan.

Penduduk Semenanjung Gaza mengalu-alukan pengiktirafan itu sebagai satu kejayaan tetapi Benjamin Netanyahu berikrar negara itu tidak akan wujud.

AS juga mengkritik pengiktirafan itu sebagai bersifat kata-kata sahaja dan sebaliknya memfokus kepada usaha mencari penyelesaian diplomatik.

Rejim Israel berdepan tekanan besar antarabangsa ekoran keganasannya di Gaza yang mencetuskan malapetaka kemanusiaan.

"Ia tidak akan berlaku.

"Tiada negara Palestin akan diwujudkan di barat Sungai Jordan," tegas Netanyahu yang seterusnya berikrar akan meluaskan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat yang dijajah rejim sejak 1967.

Perdana Menteri United Kingdom Keir Starmer berkata, Britain secara rasmi mengiktiraf Negara Palestin bagi menghidupkan semula harapan keamanan bagi warga Palestin dan Israel serta penyelesaian dua negara.

Britain dan Kanada merupakan negara anggota pertama dalam kalangan ekonomi maju Kumpulan Tujuh (G7) yang mengambil langkah tersebut.

Tiga suku anggota PBB kini mengiktiraf Negara Paelstin, dengan sekurang-kurangnya 145 daripada 193 negara anggota sudahpun berbuat demikian, menurut statistik AFP.

Perdana Menteri Australia Anthony Albanese berkata, langkah tersebut mengiktiraf kesahihan dan aspirasi sejak sekian lama penduduk Palestin, manakala Menteri Luar Portugal Paulo Rangel menyeru bahawa penyelesaian dua negara satu-satunya laluan kepada keamanan yang adil dan berpanjangan.

Di Gaza, ramai melihat pengiktirafan itu sebagai pengesahan kepada kewujudan mereka sepanjang genosid tersebut.
"Pengiktirafan ini menunjukkan bahawa dunia akhirnya mulai mendengar suara kami dan perkara tersebut adalah kejayaan moral bagi kami," kata Salwa Mansour, 35, yang melarikan diri dari bandar selatan Rafah ke Al-Mawasi.

"Di sebalik segala kesengsaraan, kematian dan pembunuhan beramai-ramai yang kami hadapi, kami berpegang kepada apa sahaja yang membawakan walau setitik harapan," tambahnya.

Kerajaan UK semakin didesak rakaytnya untuk bertindak di mana ribuan berhimpun setiap bulan di jalanan.
Starmer berkata pada Ahad bahawa Britain bertindak sedemikian dalam menghadapi peningkatan kengerian di Timur Tengah dan mengulangi seruan untuk gencatan senjata.

Starmer juga mengesahkan pelan untuk meningkatkan sekatan ke atas Hamas dan menafikan pengiktirafan itu sebagai satu ganjaran.

Masih banyak halangan perlu ditempuhi sebelum Palestin diiktiraf semula, termasuk mengenai siapa yang akan memerintah wilayah itu.

Penjuru senyap Manhattan yang menempatkan pencakar langit 38 tingkat yang menjadi ibu pejabat PBB dan Dewan Agung yang besar itu menyaksikan hiruk-pikuk pemeriksaan keselamatan, protes dan penutupan jalan ketika para pemimpin dunia berduyun-duyun tiba.

Selain Gaza, mesyuarat dan acara minggu ini akan menyorot penetapan semula sekatan ke atas program nuklear Iran, konflik berdarah di Ukraine dan pelanggaran ruang udara negara-negara jiran oleh Rusia.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366600 Replies : 3562
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 43905 Replies : 574
Rumah besar macam istana, Amira Othman anak orang kaya tapi tak suka menunjuk
RalineRumah besar macam istana, Amira Othman a
Views : 21544 Replies : 164
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58224 Replies : 1097
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 3421 Replies : 1
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
admin6Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit ta
Views : 39021 Replies : 87
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31606 Replies : 23
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26803 Replies : 39
Memang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk macamni ke?
akido_kidoMemang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk m
Views : 11602 Replies : 4
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35742 Replies : 25

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.219259 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list