CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 217|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Sydney lebur rekod 42 tahun

[Copy link]
Post time 18-9-2025 10:20 PM | Show all posts |Read mode
Sydney lebur rekod 42 tahun

AFP




SYDNEY melambai tangan kepada penonton selepas tamat perlumbaan. FOTO Reuters



Tokyo: Bintang trek Amerika Syarikat (AS), Sydney McLaughlin-Levrone, mencatat masa kedua terpantas dalam sejarah untuk memenangi pingat emas acara 400 meter wanita di Kejohanan Dunia di Tokyo, hari ini.

Atlet berusia 26 tahun itu mencatat masa 47.78 saat di atas trek yang licin akibat hujan, sekali gus memecahkan rekod kejohanan terdahulu iaitu 47.99 saat yang dicatat oleh Jarmila Kratochvilova dari Czechoslovakia pada tahun 1983.

Pemenang pingat emas Olimpik dan juara bertahan, Marileidy Paulino, meraih pingat perak dengan rekod kebangsaan Republik Dominica iaitu 47.98 saat, manakala Salwa Eid Naser dari Bahrain memenangi gangsa dengan catatan 48.19 saat.

Setelah memecahkan rekod Amerika Syarikat pada separuh akhir, Sydney dilihat bersedia untuk mencipta sesuatu yang luar biasa dalam final malah mungkin menggugat rekod dunia 47.60 saat milik Marita Koch yang berusia 40 tahun.


Sydney bermula di lorong lima, di luar atlet Cuba Roxana Gomez dan di dalam pelari Britain Amber Anning.


Suhu di Stadium Nasional menurun daripada keadaan panas sebelumnya apabila hujan renyai mulai turun.

Namun, trek yang basah tidak menghalang prestasinya menyaksikan Sydney meluru keluar dari blok permulaan dengan penuh tenaga.

Menjelang separuh perlumbaan, di hadapan sorakan penonton yang riuh, dia telah pun memintas Anning.

Satu selekoh yang kemas membawanya masuk ke lorong lurus terakhir dengan kedudukan mendahului.

Marileidy sempat kelihatan seperti akan mencabar dari lorong paling luar, tetapi Sydney dengan mata tertumpu pada jam pemasa, menggunakan segala kekuatannya untuk melintasi garisan penamat.

Dia melintasi garisan itu dengan rekod kejohanan baharu, namun hanya sedikit kekurangan untuk memecahkan rekod dunia 47.60 saat yang dicatat oleh Koch dari Jerman Timur di Canberra pada 6 Oktober 1985.



Disiarkan pada: September 18, 2025 @ 10:06pm

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2025/09/1265579/sydney-lebur-rekod-42-tahun




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.778432 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list