CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 4753|Reply: 0

Agong zahir ucapan selamat Hari ATM ke-92

[Copy link]
Post time 16-9-2025 12:11 PM | Show all posts |Read mode
Agong zahir ucapan selamat Hari ATM ke-92

BERNAMA




Sultan Ibrahim Sultan Iskandar



Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan, Agong Sultan Ibrahim berkenan menzahirkan ucapan selamat Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-92 kepada seluruh warga pasukan itu.

Menerusi perkongsian di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas khidmat bakti serta pengorbanan pegawai dan anggota ATM dalam mempertahankan kedaulatan negara.

"Seri Paduka Baginda sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia turut mendoakan seluruh warga ATM sentiasa dikurniakan kesihatan, kekuatan dan semangat juang yang tinggi dalam melaksanakan amanah demi tanah air tercinta," menurut hantaran itu.

Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan penghargaan kepada pesara-pesara ATM yang pernah berkhidmat mencurahkan sumbangan mereka dalam pasukan.

"Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada," titah Seri Paduka Baginda.



Disiarkan pada: September 16, 2025 @ 11:17am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/09/1264603/agong-zahir-ucapan-selamat-hari-atm-ke-92




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.299724 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list