|
|
CnP Public Health Malaysia
“Tak ajak pun…”
“Asyik bercuti je, tak kerja ke?”
“Orang ada duit je boleh makan kat situ.”
“Orang have-have, lainlah…”
Ayat-ayat macam ni mungkin nampak biasa, seolah-olah gurauan. Tapi sebenarnya ia nada perlian yang boleh menikam hati.
Sedangkan kita tidak tahu apa pengorbanan mereka untuk sampai ke situ. Ada yang bertahun-tahun menabung. Ada yang susah payah kerja lebih masa, semata-mata nak raikan keluarga walau sekali sekala.
Dan bila kita tinggalkan komen yang sinis, kita sebenarnya merosakkan detik indah orang lain. Senyuman mereka jadi tawar. Bahagia mereka terasa salah. Sedangkan bukankah lebih baik kita ucapkan “seronok tengok awak gembira” atau sekadar “enjoy, have fun”?
Hormati ruang bahagia orang lain. Biarlah mereka menulis cerita hidup mereka tanpa kita menjadi penconteng di tepi. Kadang-kadang, bila kita belajar diam, itulah cara paling indah untuk menjaga hati. ❤️
#fblifestyle #PublicHealthMalaysia |
|