CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 181|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Angkatan emas Syahmi di India

[Copy link]
Post time 30-8-2025 02:30 AM | Show all posts |Read mode
BADANG negara, Syahmi membuktikan dia adalah jaguh masa depan negara apabila meraih pingat emas di India.




Angkatan emas Syahmi di India



  • Oleh MUHAMMAD RIDUAN MOHD HANAFIAH
  • 29 Ogos 2025, 9:57 pm




KUALA LUMPUR – Badang negara, Mohamad Syahmi Nor Ghazali menghadiahkan kejayaan bermakna buat Malaysia selepas menjulang pingat emas pada Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2025 di Ahmedabad, India, hari ini.

Lebih manis, kejayaan itu hadir menjelang sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos ini nanti, sekali gus memastikan lagu Negaraku kembali bergema di pentas antarabangsa apabila Syahmi menjuarai kategori 94 kilogram (kg).

Atlet berusia 21 tahun itu melakukan angkatan 150kg menerusi snatch dan 193kg dalam clean & jerk dengan angkatan keseluruhan 343kg untuk menuai pingat emas di India.





Syahmi turut mengejutkan penyokong tuan rumah selepas menewaskan dua wakil India, Dilbag Singh yang meraih perak dengan angkatan keseluruhan 342kg dan Parv Chaudhary yang memenangi gangsa dengan 337kg.

Pengurus pasukan, Amirul Hamizan Ibrahim berkata, Syahmi bukan sahaja membawa pulang emas, malah turut mencipta sejarah dengan melakar rekod baharu Komanwel.

“Syahmi beraksi cukup baik hari ini dan mencabar dirinya untuk melakukan yang terbaik dengan mengatasi rekod peribadi. Kini, dia memegang rekod kebangsaan baharu serta rekod Komanwel,” katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi hari ini.

Kejayaan itu juga memastikan Malaysia mengumpul dua pingat emas setakat ini selepas Mohamad Aznil Bidin terlebih dahulu menghadiahkan emas pertama dalam kategori 65kg dengan catatan keseluruhan 297kg. — KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2025/08/29/angkatan-emas-syahmi-di-india/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.930550 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list