CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 177|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Speedy Tigers bangkit belasah Bangladesh

[Copy link]
Post time 29-8-2025 09:25 PM | Show all posts |Read mode
ASHRAN (kanan) meraikan jaringan ketika menewaskan Bangladesh dalam aksi pertama Piala Asia hari ini. - HOCKEY INDIA





Speedy Tigers bangkit belasah Bangladesh



  • Oleh MUHAMMAD HELMEE RAMLI
  • 29 Ogos 2025, 3:17 pm




KUALA LUMPUR – Skuad hoki lelaki kebangsaan memulakan kempen Piala Asia 2025 di Rajgir, India dengan langkah kanan selepas bangkit membelasah Bangladesh 4-1 pada aksi sulung Kumpulan B hari ini.

Pada perlawanan di Stadium Hoki Universiti Sukan Bihar itu, Speedy Tigers tersentak seketika apabila ketinggalan 0-1 seawal minit ke-16 menerusi pukulan sudut penalti (PC) Islam Ashraful.

Bagaimanapun, Malaysia bangkit dengan empat gol menerusi tiga jaringan padang Mohd. Ashran Hamsani, Akhimullah Anuar Esook dan Muhajir Abdu Rauf serta satu gol PC Syed Syafiq Syed Cholan.

Ketua jurulatih negara, Sarjit Singh berkata, anak-anak buahnya menampilkan aksi cukup baik sepanjang perlawanan meskipun belum berpuas hati dengan ketumpulan jentera serangan.

“Dari segi prestasi, memang kita menampilkan aksi cukup baik dan mencipta banyak peluang tetapi tidak diterjemahkan kepada jaringan. Sepatutnya kita ‘habiskan’ perlawanan lebih awal selepas bangkit daripada ketinggalan 0-1.

“Untuk perlawanan esok (hari ini), kita perlu bertahan dengan baik selain jangan mensia-siakan setiap peluang terhidang. Itu (penyudah) yang kita kurang buat masa ini,” katanya.

Kemenangan ke atas Bangladesh menjadi pembakar semangat pemain-pemain negara menjelang pertemuan menentang juara bertahan, Korea Selatan esok.

Sebagai rekod, dua pasukan teratas setiap kumpulan akan melayakkan diri ke pusingan Super 4s, manakala juara kejohanan bakal diberikan slot automatik ke saingan Piala Dunia 2026 di Belgium/Belanda tahun depan.

Pencapaian terbaik Speedy Tigers pada Piala Asia adalah menjadi naib juara sebanyak dua kali ketika edisi 2017 di Dhaka, Bangladesh serta 2022 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2025/08/29/speedy-tigers-bangkit-belasah-bangladesh/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 10:18 PM GMT+8 , Processed in 1.094593 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list