CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1012|Reply: 5

Otak gagal berfungsi akibat demensia, Bruce Willis dipantau 24 jam

[Copy link]
Post time 29-8-2025 06:41 PM | Show all posts |Read mode
LOS ANGELES: Aktor terkemuka Hollywood, Bruce Willis, 70, diberi penjagaan intensif 24 jam bagi melawan demensia yang dialaminya sejak beberapa tahun lalu, di sebuah kediaman yang menempatkan pasukan pengendali sepenuh masa.
Isteri Willis, iaitu Emma Heming Willis, 47, dilapor melakukan pelbagai usaha untuk membantu aktor itu melawan demensia. Dalam temuramah bersama Diane Sawyer yang disiarkan, Selasa lalu, Emma memberitahu suaminya kini menetap di sebuah kediaman berdekatan agar dapat dipantau 24 jam, lapor New York Post.

"Ini adalah salah satu keputusan paling sukar yang pernah saya buat setakat ini. Tetapi, saya tahu, apa yang paling utama, suami pasti mahu itu untuk anak-anak perempuan kami.
"Awak tahu, dia pasti mahu mereka berada di sebuah rumah yang lebih sesuai dengan keperluan mereka, bukan keperluannya," katanya dalam program khas terbitan ABC itu.
Disyorkan
Emma memberitahu dia dan anak-anak perempuan mereka, Mabel, 13, dan Evelyn, 11, sering melawat Willis di rumah kedua itu, termasuk untuk sarapan pagi dan makan malam bersama.
Willis memiliki tiga anak perempuan lain, iaitu Rumer, 37, Scout, 34, dan Tallulah, 31, hasil perkahwinan dengan aktres, Hollywood, iaitu Demi Moore.

Willis didiagnosis dengan demensia frontotemporal pada 2023. Gangguan neurologi itu lazimnya menjejaskan bahagian otak yang berkaitan dengan personaliti, tingkah laku dan bahasa, lapor agensi.
Emma memberitahu, otak Willis yang juga pelakon filem Die Hard itu berada dalam keadaan gagal berfungsi.
"Bahasanya semakin hilang. Kami belajar untuk menyesuaikan diri. Kami ada cara berkomunikasi dengannya, iaitu dengan teknik berbeza," katanya.
Namun, Emma berkata, Willis masih sangat aktif dan secara keseluruhan, kesihatannya baik.
Emma turut mengimbas detik di mana Willis menunjukkan tanda kecil demensia.
"Bagi seseorang yang dahulunya peramah dan aktif, dia menjadi lebih pendiam. Apabila keluarga berkumpul, dia seakan-akan menghilang sedikit.

"Ia terasa agak jauh, sangat dingin, tidak seperti Willis yang biasanya penyayang dan mesra. Melihat perubahan yang begitu berlawanan, amat membimbang dan menakutkan."
Masalah kesihatan Willis turut memberi kesan kepada hubungannya dengan Emma, yang dikahwininya sejak 2009.
"Saya tidak faham apa yang sedang berlaku. Saya hanya terfikir, bolehkah saya kekal dalam perkahwinan yang tidak lagi terasa seperti dahulu dan tidak lagi terasa seperti perkahwinan?" katanya.
Emma menjayakan sesi temu bual ini untuk mempromosikan buku baharu, iaitu The Unexpected Journey: Finding Strength, Hope, and Yourself on the Caregiving Path. Emma berkongsi lebih lanjut mengenai cabaran kesihatan Willis dalam buku berkenaan yang akan dilancarkan pada 9 September ini. - AGENSI



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2025 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Mujur duit byk dapatla penjagaan terbaik & terjamin keselamatan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2025 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 29-8-2025 10:47 AM
Mujur duit byk dapatla penjagaan terbaik & terjamin keselamatan.

Isteri, ex isteri, family pun baik. Supportive.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2025 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
dah tua aritu pun masih berlakon n ada value.. klu pelakon malaysia dh tua duk sudut je..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2025 07:45 PM | Show all posts
Well, with all the alcohol, drugs, horrible diets & etc obviously the man is unwell. Love him tho.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2026 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian...dia ni x la terlalu tua sangat
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.044970 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list