|
View: 2071|Reply: 11
|
Bakar kereta orang sebelum motosikal sendiri turut hangus
[Copy link]
|
|
|
MELAKA – Polis memburu suspek lelaki yang tular membakar dua buah kenderaan sebelum motosikalnya turut terbakar di sebuah rumah Taman Bukit Katil Permai, di sini, semalam.
Dalam kejadian pada pukul 1.38 petang itu, perbuatan suspek dirakamkan menerusi rakaman televisyen litar tertutup kediaman berkenaan.
Dalam rakaman tular berdurasi 50 saat, suspek dilihat menyimbah cecair mudah bakar yang dibawa di dalam baldi pada dua buah kenderaan sebelum melontarkan bahan api.
Api tersebut bagaimanapun dipercayai telah menyambar motosikal suspek menyebabkan dia berlari meninggalkannya kenderaan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, laporan polis berhubung kejadian diterima pada pukul 2.29 petang dan siasatan di lokasi mendapati tiga buah kenderaan telah terbakar.
“Dua buah kereta jenis Perodua Bezza dan Axia telah terbakar di dalam garaj rumah, manakala sebuah motosikal jenis SYM berada di tengah jalan dalam keadaan hangus.
“Pihak polis sedang mengesan suspek. Setakat ini tiada saksi bebas dikesan semasa kejadian berlaku dan hanya terdapat beberapa CCTV di rumah mangsa,” katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mendapat la... nak buat khianat sangat. nasib baik ko tak rentong kat situ.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sorg² buat keje, apa motif dia ni. Dendam kot |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ni lawak... ngan motor skali terbakar... tetiba member lari setempat plak |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tahanie replied at 24-8-2025 10:50 PM
mangsa polis kan.
Ye ke aku baca kt thread dia grab driver je |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
annehuda replied at 25-8-2025 02:08 AM
Ye ke aku baca kt thread dia grab driver je
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/08/24/melaka-arson-destroys-two-cars-at-cops-home-suspects-motorcycle-also-goes-up-in-flames/188769
Puliss |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tunggu keputusan polis
tak ber erti yg kena bakar tu baik
yg bakar tu jahat |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dgn motor ko skali terbakar, erm apela dendam sampai bakar kete org, kalau terbakar sekali rumah org tu lg teruk |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
TOPwind replied at 25-8-2025 07:31 AM
tak ber erti yg kena bakar tu baik yg bakar tu jahat
Ko nak kata yang bakar tu baik ka? |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|