CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 885|Reply: 1

Saby Rose Ada Sebab Tak Padam Video ‘Free Hair’ – ‘Itu Semua Kontrak Kerja’

[Copy link]
Post time 21-8-2025 02:35 PM | Show all posts |Read mode





Pempengaruh media sosial, Saby Rose, tampil memberi penjelasan berhubung tindakannya yang masih belum memadam beberapa video lama yang memaparkan dirinya tidak bertudung.


Mengakui sudah berniat untuk memadam semua kandungan tersebut, Saby bagaimanapun berkata, dia masih terikat dengan beberapa komitmen kerja yang menghalangnya daripada berbuat demikian dalam masa terdekat.





Menurut Saby, sebahagian daripada hantaran berkenaan masih berada di bawah kontrak bersama klien dan turut digunakan sebagai bahan iklan promosi.


Kecoh apabila ada yang mempersoalkan mengapa saya tidak buang video-video lama yang tidak menutup aurat.


Saya pernah beritahu sebelum ini, bahawa video-video lama yang ‘free hair’ adalah kontrak kerja.


Banyak betul yang perlu tunggu habis kontrak kerja dan ada sebahagian yang dijadikan ‘ads’ (iklan). Tempoh ‘ads’ selalunya setahun, disebabkan itu saya tidak boleh nak buang mahupun ‘archive’ (akrib).


Dalam pada itu, Saby tidak menafikan mengenai hukum agama dan dosa yang perlu ditanggung selama mana video tersebut masih ditonton umum.


Namun, ada juga beberapa video yang sudah pun saya buang dan simpan di akrib. Bukan saya tidak mahu ‘delete’, sumpah nak sangat, tetapi disebabkan kerja terpaksa lah.


Saya akui itu adalah dosa-dosa lama saya, jadi saya perlu tanggung. Justeru, saya perlu belajar daripada kesalahan.


Untuk rekod, Saby mula mengenakan hijab sejak Julai lalu dan meminta orang ramai mendoakan dirinya terus istiqamah.


Sumber: Oh Bulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2025 05:17 PM | Show all posts
boleh ya macam tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.062077 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list