CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 175|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Peraturan F1 2026 bukan ancaman, peluang tambah saingan - Vowles

[Copy link]
Post time 20-8-2025 12:18 AM | Show all posts |Read mode
Peraturan F1 2026 bukan ancaman, peluang tambah saingan - Vowles

Agensi




KETUA pasukan Williams, James Vowles. -FOTO AFP



London: Ketua pasukan Williams, James Vowles percaya pemandu Formula Satu (F1) yang mengkritik peraturan baharu 2026 sebenarnya belum meluangkan masa secukupnya dalam simulator untuk memberikan pandangan jelas.

Kereta F1 dijangka tampil dengan perubahan ketara tahun depan, membabitkan aspek casis dan enjin dalam salah satu rombakan terbesar dalam sejarah perlumbaan itu.

Reaksi awal daripada pemandu rata-ratanya negatif dengan pelumba Ferrari, Charles Leclerc, menjadi antara pengkritik lantang apabila menyifatkan kereta Ferrari 2026 yang masih dalam pembangunan sebagai "bukan kereta paling menyeronokkan" yang pernah dipandunya dalam simulator.

Malah, pemandu Williams, Alex Albon dan Carlos Sainz turut menekankan cabaran yang bakal dihadapi serta proses pembelajaran untuk menyesuaikan diri dengan jentera baharu itu.

Namun, Vowles berpendapat kritikan itu terlalu awal, selepas mendapati pelumba simulator Williams sendiri semakin selesa dengan peraturan baharu apabila lebih kerap meluangkan masa di simulator.

"Kali pertama mana-mana pelumba simulator kami memandu kereta dengan peraturan 2026, ia memang sukar kerana perubahan besar dalam beberapa aspek pemanduan.

"Kali kedua, ia jadi lebih normal, masih ada rungutan, tetapi menjelang kali keempat, sudah tiada banyak isu kerana mereka mula terbiasa.

"Sebab itu saya minta semua berhati-hati. Tanya pemandu berapa kali mereka cuba simulator sebelum menilai jawapan mereka. Saya yakin kebanyakannya hanya sekali, jadi reaksi awal memang cenderung negatif. Tetapi yang sudah mencuba empat atau lima kali biasanya kata 'saya suka, saya faham sekarang'," katanya dipetik media termasuk Crash.net.

Mulai 2026, peranan unit MGU akan ditingkatkan dengan kuasa elektrik dijangka menyumbang hampir 50 peratus daripada keseluruhan output.

Perkara itu menimbulkan kebimbangan mengenai risiko pemandu kehabisan kuasa di laluan lurus atau perlu mengangkat pedal dan menjimatkan tenaga untuk memastikan bateri mencukupi.

Bagaimanapun, pihak pengurusan F1 yakin isu berkenaan sedang ditangani dan kereta 2026 tetap sesuai untuk aksi memintas.

Vowles turut percaya variasi kelajuan maksimum yang lebih besar mampu meningkatkan daya saing perlumbaan.

"Saya fikir anda akan lihat perbezaan lebih ketara dalam kelajuan di laluan lurus tertentu kerana pelumba boleh bermain dengan tenaga dan mod berbeza tahun depan. Jadi, saya percaya aspek itu boleh menambah peluang memintas, bukan menghalangnya," jelasnya.



Disiarkan pada: Ogos 19, 2025 @ 7:51pm

https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2025/08/1254236/peraturan-f1-2026-bukan-ancaman-peluang-tambah-saingan-vowles




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 11:31 PM GMT+8 , Processed in 5.155410 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list