CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 158|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Khamzat rampas takhta middleweight UFC

[Copy link]
Post time 17-8-2025 10:33 PM | Show all posts |Read mode
Khamzat rampas takhta middleweight UFC

AFDAH MUJAP
17 Ogos 2025 01:17pm




Du Plessis (bawah) tiada jawapan untuk membalas tekanan dan dominasi Khamzat sepanjang lima pusingan. Foto Agensi






KHAMZAT 'Borz' Chimaev akhirnya menjejak puncak kelas middleweight apabila menumbangkan juara bertahan, Dricus du Plessis dengan persembahan luar biasa penuh dominasi pada acara utama UFC 319 di United Center, Chicago, Amerika Syarikat sebentar tadi.

Sejak detik awal, Khamzat menunjukkan intensiti luar biasa di mana setiap hantaran tumbukan dan tekanan gusti yang dilancarkan berjaya memaksa Du Plessis bertahan tanpa ruang membalas.


Kawalan di lantai Octagon begitu jelas memihak kepada Khamzat yang menggunakan kombinasi ‘takedown’, ‘ground and pound’ serta posisi dominan bagi melemahkan pertahanan lawannya.

Selepas dominasi total lima pusingan, Khamzat dinobatkan sebagai juara baharu kelas middleweight UFC.



Bagi Khamzat, kemenangan tersebut bukan sekadar merebut tali pinggang kejuaraan tetapi juga mengukuhkan reputasinya sebagai kuasa baharu yang sukar digugat dalam UFC.

https://www.sinarharian.com.my/article/743853/berita/sukan/khamzat-rampas-takhta-middleweight-ufc


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.049441 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list