CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: dideal_2004

Ayah Kepada Penyanyi Awie Meninggal Dunia-alfatihah

[Copy link]
Post time 16-6-2011 10:58 PM | Show all posts
takziah untuk awie sekeluarga ..semoga roh ayahnya di tempatkan di kalangan org2 yang beriman..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2011 01:14 AM | Show all posts
takziah buat awie se keluarga.Al Fatihah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 07:23 AM | Show all posts
Al- Fatihah.......
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 07:53 AM | Show all posts
takziah & Alfatiha untuk arwah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 08:07 AM | Show all posts
[Quote][Quote]
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 09:10 AM | Show all posts
Al-Fatihah dan Takziah

Alam Barzakh - Wings

Yang ku rindukan
Akhirnya berada di sini
Yang ku tinggalkan
Menangis di pintu kuburku

Ku lihat mereka
Berbisik sambil berdoa
Aku di sini
Sedang hanyut dalam cahaya

Hilanglah semua
Ketakutan dan kebimbangan
Yang ada hanya
Kemanisan dalam sejahtera

Tak perlu aku
Bertanya lagi
Siapakah diri ini
Tak perlu aku
Bertanya lagi
Apakah nasibku nanti
Di alam barzakh

Aku berlindung dari api yang membakar
Aku bergantung pada tali sejahtera
....sejahtera...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2011 09:12 AM | Show all posts
takziah kpd awie n family....
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 09:23 AM | Show all posts
Al-Fatihah dan Takziah

Alam Barzakh - Wings

Yang ku rindukan
Akhirnya berada di sini
Yang ku ...
ra5101 Post at 17-6-2011 08:10


tak perlu berlagu sendu untuk memperingati kematian seseorang kerana tidak akan meringankan azab beliau pun.
malah mungkin semakin mengazabkan beliau di sana nauzubillah.
cukuplah sekadar menyedekah al-Fatihah dan doa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2011 09:46 AM | Show all posts
Jangan baca dlm bentuk berlagu, cuba baca lirik jer. Kalau lagu dah lama aku letak link "youtube".
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2011 08:31 PM | Show all posts
kesian meninggal tinggal anak yang berlagak samseng.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2011 08:38 PM | Show all posts
al-fatihah..takziah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 09:56 AM | Show all posts
Post Last Edit by cikieda at 20-6-2011 09:57

Tanpa ketegasan orang tua, Awie belum tentu dikenali

KETIKA masyarakat dunia menyambut hari menghargai pengorbanan seorang bapa, bagi vokalis kumpulan Wings, Awie, sambutan itu sudah tidak lagi bermakna buat dirinya apabila dia kehilangan bapa tercinta, Othman Maarof, 78, yang meninggal dunia akibat sakit tua, Khamis lalu.
Bagaikan bait lirik, "kasihnya ayah sanggupkah berpisah", itulah dugaan yang terpaksa ditempuh Awie mengenangkan insan yang dianggapnya bapa yang sempurna dalam mendidik anak-anak.

Bagi Awie, tanpa bapanya masyarakat mungkin tidak akan mengenali dirinya kerana lelaki itu banyak memberikan dorongan dan galakan kepadanya dalam menjadi anak seni.

“Bagi saya, dia seorang bapa yang cukup asam garam, rempah ratusnya dalam menjadi seorang bapa, malah saya sendiri tidak mampu untuk menjadi bapa sepertinya. Dia seorang yang tegas dalam mendidik anak-anak dan kalau tidak berbuat begitu, mungkin orang tidak mengenali siapa Awie,” katanya.

Bukan saja seorang bapa, malah arwah dianggap seorang guru dalam mendidik anak-anak meskipun tindakan yang dilakukan kadangkala amat memeritkan.

Biarpun terpaksa berdepan dengan rotan, Awie menganggap itu pengajaran yang berguna baginya dan adik-beradik yang lain.
“Saya sangat rapat dengannya dan sejak kecil lagi saya selalu ikut dia ke gelanggang, kerana dia seorang guru seni mempertahankan diri.

“Saya sudah rasa rotan dan tali pinggangnya, malah bagi saya itu satu pengajaran yang berguna sehingga dikenali sebagai anak seni,” katanya.

Siapa menyangka, niat Allahyarham untuk pulang ke rumah setelah sebulan terlantar di hospital adalah petanda yang dirinya akan pergi buat selama-lamanya.

Riak wajah yang semakin menyusut dan sukar untuk menuturkan kata-kata sudah dapat dilihat ketika Allahyarham dibawa pulang.

“Dia cakap nak balik, nak duduk di anjung rumah, sebab di situ memang tempat dia selalu melepak. Tetapi tak sangka ajalnya tiba di rumah.

“Sebelum meninggal, dia masih ada perasaan untuk bercakap dan bergerak tetapi kudratnya terhad sehinggakan kalau nak bercakap dia terpaksa berbisik,” kata Awie.



Belajar silat bukan untuk bergaduh

MENDIDIK menjadi seorang yang kuat dan pandai mempertahankan diri adalah sifat tegas bapanya dalam mengajar anak-anak.

Malah, untuk menjadi seorang insan yang berjaya dan berguna, anaknya diajar seni bela diri yang dimilikinya, supaya mereka pandai membawa diri.

“Dia seorang guru Muay Thai dan silat. Saya turut diajar menguasai seni mempertahan diri, tetapi bukan untuk bergaduh atau menjadi seorang yang kuat.

“Bagi dia, jangan balik rumah menangis sebab bergaduh, tetapi tahu mengawal dan mempertahan diri sendiri dalam menjadi seorang lelaki,” jelasnya
.

Meskipun tegas, bapanya masih mempunyai ciri-ciri seorang yang penyayang dan bertanggungjawab terhadap anak-anak, bahkan sering memberi galakan kepada mereka dalam memilih karier sendiri.

Namun, segala pengajaran dan didikan yang ditinggalkan kini menjadi memori buat Awie dan adik-beradiknya yang lain. Malah bagi Awie, bapanya sudah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa dengan sebaik mungkin.

Allahyarham Othman disahkan meninggal dunia jam 12.10 tengah malam, Khamis lalu di sisi isteri, Azizah Abdul Hamid serta empat anaknya di rumahnya di Kampung Cheras Baru dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cheras Baru, Cheras, Selangor.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.060742 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list