CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 13490|Reply: 33

SURI RYANA - TERBARU : isteri separuh masa

[Copy link]
Post time 15-6-2011 04:27 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by mijot at 3-3-2012 20:00

Mod, kalau dah ada tolong merge kan yeh..




M.A.I.D~Suri RyanaKaki Novel
MYR26.00
ISBN: 978-967-5067-77-8

Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?

Komen dari saya:

Kisah budak perempuan yang menganggur, selepas diberhentikan kerja dari kilang yang telah ditutup, dia memohon pekerjaan sebagai pembantu rumah yang berdaftar di agensi pembantu rumah. Noorul mendapat majikan di sebuah condo di pulau pinang. Dengan gaji yang agak lumayan dia hanya perlu datang pagi dan balik petang sebelum majikannya pulang. Setelah hampir sebulan dia berjaya mengelakkan diri dari bertembung dengan majikannya, akhirnya dia terpaksa bertemu juga.

Majikannya Harris, seorang anak Tan Sri yang mahu bekerja sendiri sebagai jurutera. Dia juga mempunya adik yang dipanggil Carl-Haiqal. Sejak pertemuannya dengan majikannya, dia dipaksa menyediakan sarapan pagi. Haiqal pula mulai terpikat dengan Noorul, dan sanggup berpindah ke condo bersebelahan dengan abangnya, demi memikat Noorul. Manakala ibu Noorul yang tinggal berdua sahaja dengan adiknya Nurin, mulai gelisah setelah Makcik Leha yang berjiran, mulai bertanya tentang jodoh Noorul dengan anaknya Asyraf.

Noorul pula tidak dapat menerima Asyraf, setelah Asyraf menghinanya sebagai budak kilang. Walaupun dia miskin dan kurang pelajaran, tetapi dia tidak sanggup dihina. Asyraf pula memaksa Noorul memberitahu ibunya yang Noorul sudah mempunyai kekasih hati, jadi Asyraf tidak perlu memberitahu Makcik Leha yang mereka tidak mungkin disatukan. Tetapi Noorul enggan berbuat demikian. Sekiranya Asyraf yang tidak mahukan dia, sepatutnya Asyraflah yang memberitahu perkara sebenar kepada Makcik Leha.

Kebetulan ketika Noorul mengekori Asyraf, dia terkejut, bila pasukan pencegah maksiat datang dan menangkap Asyraf dan pasangannya. Asyraf mengesyaki Noorul yang membuat laporan kepada pencegah maksiat. Asyraf menyimpan dendam lalu mengupah orang untuk mengambil gambar Noorul yang ketika itu sedang mengelap air tumpah di dada Harris. Dengan tersebarnya gambar tersebut ke tangan Tan Sri HAmdan, dan juga ibu Noorul, mereka berdua dipaksa bernikah dengan segera demi menutup maruah keluarga. Noorul pasrah, dan Harris pun begitu juga.

Setelah beberapa ketika mereka bernikah, masing-masing masih menganggap diri sebagai pekerja dan majikan. Sedangkan didalam hati masing-masing menaruh harapan. Tetapi tidak diluahkan. Pelbagai dugaan dihadapi Noorul dimana dia tidak dapat diterima oleh Puan Sri Kirana yang sudah mempunyai calon isteri untuk Harris. Konflik demi konflik berlaku. Dan akhirnya.....

Rating saya:
***1/2 (tiga setengah dari lima bintang).

Sebab panjang sangat cerita yang mula-mula tu, kemudian last sekali tentu dapat diagak...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2011 08:59 AM | Show all posts
baru beli lum baca lagi...tp cam best
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 10:08 AM | Show all posts
dah baca...okla cite ni..
agak tebal kan...
mula2 baca ok lg..teruja lg..pas tu dah mula bosan dah...
part lepas kawen tu agak meleret-leret la..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 12:15 PM | Show all posts
hmm ye lah mcm best tp blm beli lg
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 02:50 PM | Show all posts
dah baca...okla cite ni..
agak tebal kan...
mula2 baca ok lg..teruja lg..pas tu dah mula bosan dah ...
adalia Post at 20-6-2011 10:08


setuju....segala apa yg ada dlm penulisan2u tuh best...

bila beli novel....sambungannya dah kurang kick...tp still boleh dibaca sampai abislaa...ulang2...tak kot
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 06:19 PM | Show all posts
dah beli cuma belum abis baca lagi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2011 01:08 PM | Show all posts
dah beli dan abis baca

komen? sesuai untuk isi masa lapang kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 05:58 PM | Show all posts
ooh...lama2 bab dia makin boring yek..?
saya baru sampai bab dorang kena kawin paksa & si Noorul jaga Mr. F yg tgh demam...setakat ni saya suka je citer ni...sbb mencuit ati & kelakar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2011 02:54 PM | Show all posts
Beli buku ni tapi tak kena dengan jiwa lah (beli atas rekomendasi kawan kata best. tapi mungkin citarasa kami berbeza).

Nak let go.. buku cantik lagi. RM20 including postage. Sapa nak PM saya ye or email at sshiro545@yahoo.com
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 03:54 PM | Show all posts
kureng best sbb meleret2, ayar kurang kemas dan tak teratur...
baca utk isi masa lapang bukannya untuk disimpan sbg koleksi..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2011 09:53 AM | Show all posts
Setakat baru baca sampai noorul nak kena pecat
still ok lagi xder rase boring....
tp dgn harapan still kena dgn jiwa aku
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 02:47 PM | Show all posts
dah habis baca citer ni

pada aku jalan citer dia ok
cuma pengakhiran citer seolah2 digambarkan terlalu bahgie yg amat
just my 2 cent
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2011 02:55 PM | Show all posts
beli cte nih sbb tertgk kat popular dlm carta paling laris...
komen... jln cte ade... tp tak kemas... tak nmpak nape Mr F leh syk kat noorul..
and bila di belakang agak meleret2...
kesimpulannya leh dibce utk isi masa terluang tapi mungkin kurang meninggalkn kesan dihati...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 05:37 AM | Show all posts
da beli dan baca...kureng menyentuh perasaan..bacapun lompat2.. tak akan ulang baca.. 3 bintang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2011 08:43 PM | Show all posts
ada satu lagi yg budak kat kedai popular tu kata best dari MAID, TUAN RUMAH PEMBANTU RUMAH
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2011 02:13 PM | Show all posts
cita ni best!!!!! klu buat drama pun mesti best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2011 02:13 PM | Show all posts
laki tu nama apa eh? haikal ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 08:43 AM | Show all posts
bolehla...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 05:46 PM | Show all posts
baru je baca last week - took me 3 sesi membaca (sesi membaca sy mlm ms tidurkan anak je).  pd sy best gak arr citer nih tpi pas masing masing dah tau isi hati.. wallaweihhh cam terlampau lak cara cintan cintun tu.. cam tak berapa nak logik jer .. so ms tu mmg banyak skip lah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2012 09:49 AM | Show all posts
Post Last Edit by lurvychienta at 22-1-2012 18:32

hi all nak share gak..baru beli last 2 days...

for me citer dia ok. yg penting happy ending. tapi jalan citer dia smpai suku buku more to the girl punya citer  (dia yg byk berkata dlm hati nie). i mean what she think of her boss her insiden with her boss. kurang sikit babak yg bertemu dgn boss dia.... kurang babak yg mendebarkan heheh

so bila dah lebih suku buku baru ade babak boss dia banya masuk...then start konflik and sesi luahan hati....

last by not least, citer yg niceand enjoy reading but tak mampu nak membuat kan dada saya pecah dan bergetaran nak baca hehehe.... tp byk gak saya gelak sbb Noorul tue funny and sweet sgt hihihi
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.356958 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list