CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 870|Reply: 1

[Terengganu] Enam pelajar MRSM terbabit kes buli dibuang sekolah

[Copy link]
Post time 26-7-2025 05:41 PM | Show all posts |Read mode
Enam pelajar MRSM terbabit kes buli dibuang sekolah

Oleh Baharom Bakar - Julai 26, 2025 @ 4:05pm




KUALA BERANG: Enam pelajar Tingkatan 5 sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Melaka dibuang serta merta selepas siasatan lembaga disiplin mendapati kes penderaan membabitkan mereka memang berlaku, kata Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Katanya, enam pelajar terbabit bukan sahaja digantung dan dicadangkan untuk disingkirkan, tetapi terus dibuang.

"Kita tidak akan berkompromi, pengurusan tertinggi MARA sudah faham prinsip saya sebaik dilantik sebagai pengerusi.

"Pengurusan tertinggi MARA juga diminta tidak melayan sebarang rayuan kerana kita sudah kerap kali memperingatkan untuk tidak berkompromi dengan sebarang bentuk buli," katanya kepada media, hari ini.

Terdahulu, Dr Asyraf Wajdi ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Hulu Terengganu, di Dewan Besar Akademi Binaan Malaysia (ABM) di Kampung Jenagor, di sini.

Yang turut hadir Pengerusi UMNO negeri, Datuk Rozi Mamat dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Tengku Haphiz Tengku Putera dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Tengku Mahari Tengku Chik.

Selain kejadian terbaharu itu, bulan lalu, seorang pelajar MRSM berusia 14 tahun mendakwa dibuli dengan diarahkan membuat kedudukan separa mencangkung dan diletakkan selipar atas kepala selama 40 minit, jam 11.30 malam.

Terdahulu pada April, polis mengesahkan video berdurasi satu minit 31 saat yang tular di media sosial, memaparkan seorang pelajar dibuli di asrama, berlaku di sebuah MRSM di Seberang Perai Selatan pada pertengahan tahun lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Asyraf Wajdi yang juga Setiausaha Agung UMNO, berkata seramai enam termasuk tiga wanita bekas tentera akan dilantik sebagai warden di dua MRSM iaitu di Besut, Terengganu dan di MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang.

Katanya, mereka akan dilantik sebagai warden penuh masa dan akan melaporkan diri, 1 Ogos ini.

"Kita memberi tempoh percubaan selama enam bulan dan jika menampakkan keberkesanan akan diperluaskan kepada 57 MRSM di seluruh negara," katanya.




Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (empat kiri) bergambar bersama perwakilan pada Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Terengganu 2025 di Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur, Jenagor, Kuala Berang, Terengganu hari ini. - foto BERNAMA


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/07/1424920/enam-pelajar-mrsm-terbabit-kes-buli-dibuang-sekolah






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-7-2025 05:42 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40496 Replies : 410
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 34795 Replies : 47
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 2527 Replies : 168
Hotel-Hotel & Homestay Berhantu
NBMHotel-Hotel & Homestay Berhantu
Views : 1107323 Replies : 795
[BEST]Kisah Seram Di ITM Jalan Othman, The Green Lady
NBM[BEST]Kisah Seram Di ITM Jalan Othman, T
Views : 39919 Replies : 197
Pempengaruh Chazy Nash dan Fatin sudah bercerai, patut lama tiada ‘content’ bersama - “Dalam hal ni saya bersalah”
tatodPempengaruh Chazy Nash dan Fatin sudah b
Views : 8172 Replies : 86
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 26566 Replies : 20
DUNE 3 (2026), DUNE 2 (2024), DUNE 1 (2021)
SY_MumiDUNE 3 (2026), DUNE 2 (2024), DUNE 1 (20
Views : 25222 Replies : 65
DISCLOSURE DAY
SY_MumiDISCLOSURE DAY
Views : 285 Replies : 4
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 251 Replies : 2

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.511996 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list