CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1789|Reply: 17

Pekerja asing balik India buka restoran Tomyam Malaysia

[Copy link]
Post time 25-7-2025 10:16 PM | Show all posts |Read mode



NEW DELHI  – Seorang bekas pekerja asing India di Malaysia dikenali sebagai Kani Boy merindui makanan Malaysia seperti nasi lemak dan rojak sehingga membawanya pulang ke kampung halamannya  dengan membuka restoran, lapor portal berita MSNews hari ini.


Dia juga berkongsi lebih banyak tentang usahanya di platform TikTok dengan membuat naik beberapa video malah menonjolkan kebolehannya membuat roti canai.


Menu restorannya menyajikan pelbagai jenis masakan klasik Malaysia, daripada nasi lemak, kepada rojak, apam balik dan juga mi soto.


Lucunya, beliau telah memasukkan makanan klasik di rantau Asia Tenggara lain dan menjenamakan semula sebagai Malaysia.


Ia dapat dilihat dengan papan tanda restorannya yang tertulis Tomyam Malaysia.


Kani Boy berkongsi bahawa restorannya mendapat sambutan yang sangat positif.


Netizen juga menyatakan sokongan mereka dengan rakyat Malaysia tampil dalam komen yang memberikan ucapan selamat kepadanya.


Dalam satu video yang disiarkan di TikTok, Kani Boy bercakap dalam bahasa Melayu, mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia.


“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan mereka,” katanya.


“Kami amat berterima kasih kepada anda semua. Terima kasih, Malaysia boleh,” ujarnya. – AGENSI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2025 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Org sane reti ke makan tomyam semua tu ?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2025 12:23 AM | Show all posts
haha, sinki basuh tangan kat luar, betul la kedai tomyam malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2025 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 26-7-2025 10:57 AM

Bagus bawak budaya sini pi sana contoh org bangla indon india boleh adakan sistem paip, tangki air, toilet bersinki shower, jamban sempurna air kumbahan sempurna, tong sampah mandi bershowel gel sistem dapur memasak
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2025 03:18 PM | Show all posts
@nusaraya pun dah pandai guna tong sampah dan guna jamban dengan betul
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2025 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 26-7-2025 07:18 AM
@nusaraya pun dah pandai guna tong sampah dan guna jamban dengan betul

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2025 07:06 PM | Show all posts
nampak macm bersih
ikut standard Malaysia

tapi ada jamban tak?




Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2025 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Steady la anney!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2025 06:47 PM | Show all posts
benda mcm ni la kita patut galakkan...orang Malaysia yg berhijrah ke luar negara pun sama...belajar ilmu masakan seluruh pelusuk dunia dan balik ke malaysia buka restoran
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2025 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
sape tak suka makanan malaysia aku anggap dorang dengki
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2025 12:45 AM | Show all posts
B40tastePosh replied at 26-7-2025 03:18 PM
@nusaraya pun dah pandai guna tong sampah dan guna jamban dengan betul

Hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2025 11:15 AM | Show all posts
nasib baik la orang telen tak main lempar taik kat kedutaan
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2025 11:35 AM | Show all posts
bagus dia ni, bawa pengalaman semasa di malaysia ke negara sendiri.. cuba tak salah..mana tahu sambutan hangat..usaha tangga kejayaan..gituuuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2025 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 28-7-2025 01:48 PM

Org thailand dan vietnam ada toilet sistem air bersih beristinjak dgn air lebih kurang spt malaysia
Kalau negara yg ramai pendudk sungai itu lah tempat basuh kencing berak mandi masak mancing buang sampah euw
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2025 08:28 PM | Show all posts
Tahniah anney! yg penting datang sini cari rezeki dan balik kpg secara terhormat. btw Tak menahan dia punya menu, macam2 ada Apepon, anney membuktikan tagline Malaysia Boleh benar2 boleh di India.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2025 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Variety lah sikit menu drpd kari je. Mungkin kena dgn tekak dia menu2 tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2025 03:31 PM | Show all posts
akies replied at 25-7-2025 11:44 PM
Org sane reti ke makan tomyam semua tu ?

bukan susah pun nganga je la mulut.mcm kat sini la,org malaysia pandai je makan shushi,dolje, sarwama,kebab
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2025 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 26-7-2025 03:18 PM
@nusaraya pun dah pandai guna tong sampah dan guna jamban dengan betul

Belum pandai lagi dia tu, masih dok baling kumbahan kat jiran, spesis manusia jahiliah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.214953 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list