CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 733|Reply: 0

[Terengganu] Cubaan lari gagal, pemandu 'prebet sapu' Rohingya diberkas

[Copy link]
Post time 15-7-2025 05:49 PM | Show all posts |Read mode
Cubaan lari gagal, pemandu 'prebet sapu' Rohingya diberkas

Baharom Bakar[email protected]





Mohd Yusri memeriksa kenderaan yang dipandu Warga asing yang cuba meloloskan diri semasa Ops Bersepadu di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. FOTO GHAZALI KORI



Kuala Terengganu: Cubaan seorang lelaki Rohingya melarikan diri sejauh kira-kira dua kilometer selepas didapati memandu tanpa lesen gagal apabila dia berjaya ditahan dalam satu operasi bersepadu hari ini.

Lelaki berusia 35 tahun dan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) itu memecut kereta dipandunya selepas terserempak dengan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri.

Bagaimanapun, cubaan lelaki itu gagal apabila kereta dipandunya dipintas kenderaan pegawai JIM yang mengekorinya.

Ketika soal siasat dilakukan, lelaki itu mengaku memandu kereta untuk menghantar dan mengambil penumpang daripada kalangan warga asing sejak 1998.

Pengarah JIM negeri, Mohd Yusri Mohd Nor berkata, kereta itu diserahkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, seramai 120 warga asing dan penduduk tempatan diperiksa dalam Op Bersepadu selama tiga jam bermula kira-kira 10 pagi.

"Kita melakukan serbuan dan pemeriksaan ke atas 12 premis perniagaan termasuk sebuah kilang batu di sekitar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu," katanya.

Daripada jumlah itu, katanya, seramai 11 warga asing termasuk seorang wanita Indonesia berusia 37 tahun ditahan kerana memasuki negara tanpa kebenaran.

"Wanita warga Indonesia ditahan di sebuah kedai runcit di daerah Kuala Nerus dan disiasat mengikut Seksyen 6(1) (c), Akta Imigresen 1959/63, kerana memasuki negara tanpa pas atau permit sah," katanya.

Terdahulu, Mohd Yusri mengetuai Op Bersepadu membabitkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Mengulas lanjut, Mohd Yusri berkata, warga asing yang ditahan adalah tiga lelaki Myanmar dan tujuh lelaki Bangladesh berusia antara 20 dan 40 tahun.

Katanya, tiga warga asing yang ditahan mengikut Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63, tujuh lelaki Bangladesh ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Imigresen 1959/63, atas kesalahan melanggar syarat pas dan seorang ditahan mengikut Seksyen 15 (1) (C) Akta yang sama.

"MBKT juga mengeluarkan kompaun atas kesalahan tidak memiliki lesen perniagaan dan premis kotor.

"KPDN juga turut mengeluarkan saman atas kesalahan timbang dan sukat serta akta pengaturan," katanya.



Disiarkan pada: Julai 15, 2025 @ 5:15pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/07/1241094/cubaan-lari-gagal-pemandu-prebet-sapu-rohingya-diberkas




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 08:36 PM GMT+8 , Processed in 3.075167 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list