CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 530|Reply: 0

Veteran Perang Dunia Kedua tertua Britain meninggal dunia pada usia 110 tahun

[Copy link]
Post time 14-7-2025 10:28 PM | Show all posts |Read mode


Gambar PA Wire

LONDON: Veteran Perang Dunia Kedua tertua di Britain, Donald Rose, telah meninggal dunia pada usia 110 tahun, lapor PA Media/dpa.

Veteran D-Day itu, yang dilahirkan pada malam Krismas tahun 1914, dipercayai merupakan lelaki tertua di Britain.

Majlis Perbandaran Erewash di Ilkeston, Derbyshire, mengesahkan kematian Rose pada Jumaat, dan pemimpin majlis James Dawson menyifatkannya sebagai “wira perang”.

“Kami merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Donald dan semua yang mengenalinya. Erewash berasa bertuah kerana beliau merupakan  seorang daripada penduduk kami,” kata Dawson.

Pada Mei lepas, Rose menyertai 45 veteran lain sebagai tetamu kehormat dalam majlis minum petang anjuran Legion Diraja British (RBL) bagi memperingati 80 tahun Hari Kemenangan di Eropah.

Rose, yang bersama divisyen tentera yang membebaskan kem tahanan Belsen, berkata beliau tidak berpeluang meraikan hari bersejarah itu 80 tahun lepas.

“Saya berada di Jerman, di Belsen ketika mendengar berita perjanjian gencatan senjata ditandatangani, dan seperti kebanyakan anggota tentera aktif ketika itu, saya tidak sempat meraikannya.

Kami hanya melakukan apa yang kami fikir betul, dan rasa lega apabila semuanya berakhir. Saya tidak pernah menyangka akan memperingati hari ini pada usia 110 tahun.

“Majlis bersama Legion Diraja British hari ini sangat bermakna untuk mengenang mereka yang tidak kembali,” katanya.

Pada bulan yang sama, Datuk Bandar Erewash menyampaikan Anugerah “Freedom of the Borough”  kepada Rose atas keberaniannya semasa Perang Dunia Kedua.

Menurut majlis berkenaan, Rose menyatakan beliau berasa bangga dan gembira menerima anugerah itu, tetapi merendah diri dengan berkata: “Saya tidak melakukan apa-apa yang orang lain tidak akan lakukan.”

Majlis Perbandaran Erewash juga mengibarkan benderanya separuh tiang sebagai tanda penghormatan atas pemergian Rose.

Berasal dari Westcott, Surrey, Rose menyertai tentera pada usia 23 tahun dan berkhidmat di Afrika Utara, Itali dan Perancis, menurut RBL.

Beliau menerima beberapa pingat dan turut dikurniakan penghormatan tertinggi Perancis, Legion D’Honneur.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.034034 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list