CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1591|Reply: 12

Ini 4 sebab mengapa individu berjaya asyik ‘ulang siar’ baju sama setiap hari

[Copy link]
Post time 30-6-2025 02:23 PM | Show all posts |Read mode





TOKOH ternama dan berjaya seperti Mark Zuckerberg, Barack Obama atau mendiang Steve Jobs kerap dilihat mengenakan pakaian yang hampir sama setiap hari.


Sama ada t-shirt kelabu, sut biru gelap atau baju hitam polos, mereka seolah-olah tidak pernah menukar gaya dan ia bukanlah satu kebetulan.


Sebaliknya, pilihan berpakaian seragam ini sebenarnya adalah strategi yang disengajakan.


Jika anda pernah tertanya-tanya tentang hal itu, berikut lapan sebab yang mungkin akan meyakinkan anda:


1. Kurang buat keputusan


Bagi individu yang sering membuat keputusan penting setiap hari, membuang satu keputusan kecil seperti memilih baju setiap pagi memberi lebih ruang mental dan meningkatkan produktiviti.


Presiden Barack Obama pernah berkata, “Anda akan lihat saya hanya pakai sut kelabu atau biru. Saya cuba kurangkan jumlah keputusan yang perlu saya buat. Saya tak mahu fikir tentang apa saya makan atau pakai. Sebab saya ada terlalu banyak keputusan lain yang lebih penting.”


Mark Zuckerberg juga mempunyai alasan yang sama.


Menurutnya, satu keputusan remeh yang dikurangkan setiap pagi boleh membawa kepada keputusan lebih baik sepanjang hari.

2. Kurang stres


Matilda Kahl, seorang pengarah seni di New York, memakai pakaian sama setiap hari bagi mengurangkan stres.


Dia terkenal dengan gaya signatur baju putih sutera dan seluar hitam.


Ujarnya, tekanan memilih pakaian lenyap selepas dia memilih fesyen sama setiap hari.


3. Kurang tenaga terbuang


Christopher Nolan, pengarah filem terkenal, memilih untuk tidak membazir tenaga memikirkan pakaian.


Dalam satu temubual bersama New York Times Magazine, dia berkata memilih pakaian setiap hari adalah satu pembaziran tenaga.


Kini, dia hanya memakai jaket gelap, baju biru, seluar hitam dan kasut praktikal setiap hari.


4. Lebih ikonik


Alice Gregory, penulis dari New York, menulis dalam majalah J. Crew yang memakai pakaian sama setiap hari boleh buat kita rasa ikonik.


Katanya, ia juga lambang kematangan dan menunjukkan seseorang itu tahu apa yang dia mahu dan sudah ‘menapis’ hidupnya dengan baik.


Sebagai contoh, watak dalam buku cerita kanak-kanak pun tak tukar baju kerana ia menunjukkan ciri konsistensi.


Orang dewasa pun sebenarnya inginkan perkara yang sama.


Jadi, pakai baju sama setiap hari bukanlah tak bergaya, sebaliknya ia satu bentuk identiti yang kuat.




Sumber : mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2025 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahaha...setuju...

Tak yah pikir hari2 nak pakai baju apa pastuh biler shopping beli jer byk2 baju jenis yg sama...nak2 beli waktu tgh sale...jimat2...hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2025 03:00 PM | Show all posts
kat opis ni ada sorg dok ckp aku pakai baju lebih kurang samaaaaa je.. tu baru aku ulang2 colour yg sama bukan design yg sama.. kaler itam, dark brown, dark blue gitu... abes2 corak leopard tapi kaler gelap gak. aku ok je. takdenye aku nak pakai colour2 striking cam beliau dok pakai termasuk pink terang n hijau fluorescent.. haihhh myob la kot.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2025 11:45 AM | Show all posts
girlfridayz replied at 2-7-2025 03:00 PM
kat opis ni ada sorg dok ckp aku pakai baju lebih kurang samaaaaa je.. tu baru aku ulang2 colour yg  ...

iols pun sejenis yg begini. kalau iols suka design tue mmg iols akn beli design yg lebih kurang sama jelah, dah sah2 kita selesa. dulu pernah gak iols beli design yg sama cuma colour je lain2 lantaklah kan, yg nk pakainya gue. rasa mcm nk repeat balik lah gini, senang and jimat masa. leh iols tido lama skit
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2025 12:44 PM | Show all posts
iols pernah staff lelaki tegur iols pakai baju sama tp versi sopan lah mcm eh u mmg suka pakai baju style2 gini ya...haritu da pakai di sama lagi...hahha..iols jawab je haah mmg suka..iols kalau suka mmg beli design sama 3jenis color...ada yg 5jenis color pon ada..xkisahlah org nk kata pakai baju sama, janji baju tu selesa..cuma tula iols pelik, lelaki pon boleh perasan benda2 gini
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2025 03:30 PM | Show all posts
sphinx replied at 3-7-2025 11:45 AM
iols pun sejenis yg begini. kalau iols suka design tue mmg iols akn beli design yg lebih kurang sa ...

hihi iols pon slalu beli satu design banyak2 kaler kalau dah suka tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2025 09:55 AM | Show all posts
A-Are replied at 3-7-2025 12:44 PM
iols pernah staff lelaki tegur iols pakai baju sama tp versi sopan lah mcm eh u mmg suka pakai baju  ...

dia minat ko kot
smpai bole tegur color baju ko segala
dia nk try la tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2025 07:56 AM | Show all posts
fifie_olin replied at 7-7-2025 01:55 AM
dia minat ko kot
smpai bole tegur color baju ko segala
dia nk try la tu

i bini orang u...masa tegur tu pon i tgh mengandung....tp ada suss jugakla memula tu, sbb before i kena tukar department straight depan muka dia ckp lepas ni dah xboleh cuci mata dalam ofis da..seremm ya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2025 02:16 AM | Show all posts
[AceHand SPECTaceLAR]

Kalau Inspector Gajet pong dia guna pakaiang sama jugak... Nobita... Superman... Hapa masalahnya...?


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2025 11:20 PM | Show all posts
senang kann...xpyh pening kepala pikir nk pakai baju apa....lagi bahagia klu baju ironless xpyh gosok
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2025 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Less is more
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2026 09:20 PM | Show all posts
Jimat
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2026 09:21 PM | Show all posts
Kalau selahgi boleh guna, guna je asal jgn bau je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
kukukud4rttravel
Views : 1112 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1818 Replies : 0
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 15810 Replies : 31
SATURO GOJO TAVEL TIPS
saturo1gojoSATURO GOJO TAVEL TIPS
Views : 4444 Replies : 0
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59687 Replies : 35
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25404 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 10406 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.393138 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list