|
elektrik adalah keperluan asas.
untuk rumah, pejabat dan industri
mana datang elektrik?
dijana melalui turbin-turbin empangan.
soalnya, cukup ke bekalan elektrik yang dijana empangan, untuk rumah, pejabat dan industri?
tahun 80an, ekonomi berkembang pesat.
semakin banyak rumah dimasukkan elektrik.
perumahan bertambah.
pejabat kerajaan bertambah.
pejabat swasta bertambah.
kilang-kilang bertambah.
semua nak pakai elektrik
alamak! bekalan elekttrik negara tidak mencukupi.
naya negara kita.
takkan nak kilang beroperasi, rumah pejabat bergelap.
atau sebaliknya.
ini tidak bijak mengurus negara.
macam rumah kenduri kahwin, elektrik sikit, tapi pakai sumbat banyak plug.
ah! nak karaoke pun susah tak cukup elektrik
solusi!
tambah bekalan elektrik.
bagaimana?
kincir angin. ini bukan Holland
IPP.
solusi mudah. tapi mahal.
billion untuk buat satu IPP.
kerajaan ada duit, tapi kalau buat IPP, tidak dapat peruntukkan untuk benda lain.
kalau tak de peruntukan untuk MARA, mana anak Melayu nak belajar.
adus.
solusi!
biar swasta keluar duit buat IPP.
siapa swasta tu?
RM1b bukan sikit.
kalau buat loan bank pun dapat 80% sahaja.
swasta masih perlu keluar RM200j.
hanya syarikat yang berkelayakan sahaja ada RM200j dan mampu buat IPP.
swasta, sila buat IPP.
kami kerajaan akan beli elektrik dari anda.
dont worry, gerenti kerana kerajaan nak tampung kapisiti bekalan elektrik yang meningkat.
swasta pun keluar duit sendiri.
dan pinjam bank.
maka pembinaan IPP pun bermula.
ekonomi rancak.
bank dapat beri pinjaman.
hasil negara berkembang.
siap IPP.
IPP sudah siap.
kerajaan lega.
dapat bekalkan elektrik untuk kegunaan domestik dan industri.
pengusaha IPP akan jual elektrik pada TNB.
pengusaha IPP kata, kerajaan bahan untuk menjana IPP mahal.
kami terpaksa jual elektrik pada harga yang mahal.
kerajaan kata, kalau kamu jual elektrik mahal, maka
pengguna domestik dan industri akan membayar bil elektrik yang tinggi.
ini akan mengakibatkan kenaikan harga barang yang melampau.
semua barang akan naik.
solusi !
pengusaha IPP, kami akan beri kamu subsidi untuk membeli bahan menjana elektrik.
jadi kos kamu berkurangan.
dan kamu dapat jual elektrik yang murah kepada kami.
kami dapat bekalkan elektrik yang murah pada pengguna domestik dan industri.
maka harga barang akan kekal rendah.
subsisi RM19b memang diberi kepada pengusaha IPP,
tapi harus diingat, yang menikmatinya adalah rakyat dan negara.
sebenarnya harus tahu.
sekian
sedikit info tambahan.
ada cara alternatif untuk hasilkan elektrik.
nuklear.
nuke bahaya, sebab waste dia sukar dihapuskan dan memberi kesan kepada alam.
nuke aziz! dia tahu ke IPP tu apa?
hello brader.
kita dah maju bertapak kehadapan.
dijangka bekalan elektrik kita akan mencukupi dalam beberapa tahun lagi.
dan kita akan mengeksport elektrik ke negara luar, Indonesia terdekat.
menggunakan kabel dasar laut!
tapi bahaya kalau gempa.
sebab tu Bakun mesti disiapkan. |
|
|
|
|
|
|
|
solusi !
pengusaha IPP, kami akan beri kamu subsidi untuk membeli bahan menjana elektrik.
jadi kos kamu berkurangan.
dan kamu dapat jual elektrik yang murah kepada kami.
kami dapat bekalkan elektrik yang murah pada pengguna domestik dan industri.
maka harga barang akan kekal rendah.
nuke aziz! dia tahu ke IPP tu apa?
Pasal dia tahulah . TNB dah berzamang ujud dari zaman British Electricity Board ke Lembaga Electrik Negara dan sekarang Tenaga National Bhd. Tak kan meke tak do pengalamang nak kurengkan horgo karen. Kenaq bahlul tolol sampai sub kat IPP. Meke pun baru bandingkan dengan TNB, dah pandai tu , lagi pandei dan cerdek , kos bulih dikurangan. |
|
|
|
|
|
|
|
Persoalan ? Kita faham tentang kos yang ditanggung Kita faham tentang kenapa tarif letrik akan di review dari masa ke semasa...
TETAPI...cuba lihat sekeliling kita, bangunan2 baru, perumahan baru, lot-lot kedai baru semuanya bercambah-cambah sudah dibina atau telah dibina dan ada yan sudah siap di duduki... tidakkan pertambahan pelanggan2 ini akan meyumbang pendapatan kepada TNB ?
Cuba buat pengiraan pada setiap deposit yang dibayar oleh pelanggan2 baru ini ? Cuba buat pengiraan bil2 yang dibayar secara purata hampir setiap hari oleh pelanggan2 TNB ini...
DAN cuba korang tengok sendiri KEUNTUNGAN yang diumumkan oleh TNB pada setiap tahun ???? Nak aku cerita berapa bonus diaorang setiap tahun ? Aku ada ramai kawan bekerja di TNB... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau TNB untung banyak pun dia akan bayar cukai yg banyak kepada kerajaan, dia akan buat kebajikan yg banyak, dia boleh bagi penajaan yg banyak bagi acara2 atau pertandingan penting ... lagi pun kalau harga murah rakyat tidak menghargainya ... buang sana buang sini curi sana curi sini .... |
|
|
|
|
|
|
|
tengok chart TNB ni dulu baru ko menyalak!!
TNB takde duit? Puiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# changkatlobak
IPP tak diperlukan langsung di malaysia.
Tapi mahathir masih juga paksa TNB untuk beli letrik dari IPP demi memajukan kroni-kroninya terutama sekali yang bukan bumiputera. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila kontrak dengan YTL & Tanjong berakhir nanti aku harap Najib tak akan sambung lagi.
Kroni mahathir tak guna itu semua hanya membebankan TNB & pemegang unit ASB saja. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku nak tanya jugak orang yang buat analysis ni ..........
1. Berapa reserve power yang dijana oleh IPP di Malaysia sekarang ?
2. Apabila investor dari luar nak melabur dan membangunkan perusahaan di Malaysia, salah satu faktor yang dilihat adalah reserve power untuk memastikan perusahaan mereka tidak terjejas dengan masalah bekalan tenaga. Berapa sepatutnya reserve power yang diperlukan untuk meyakinkan pelabur untuk melabur di Malaysia ?
3. Di Malaysia ada janakuasa hidro yang berkapasiti lebih tinggi berbanding janaan IPP yang menggunakan arang batu (Kapar) dan juga gas (tempat-tempat lain). Berapa peratus running rate janakuasa hidro ini ? Adakah penggunaan sudah optima untuk bekalan ke seluruh Semenanjung ?
4. Projek Bakun Hidro sejak bila dimulakan ? Bila dijangka siap ?Berapa peratus Bakun boleh support Semenanjung ? |
|
|
|
|
|
|
|
tengok chart TNB ni dulu baru ko menyalak!!
TNB takde duit? Puiiii
KLKnight Post at 31-5-2011 13:03
apsal takbleh bayar? CEO nak gaji berapa? 20 ribu sebulan? bodo la tu :re: |
|
|
|
|
|
|
|
nk IPP swasta bley
tp kalo dok jual kt TNB tp tk pakai pong apa ke jadahnya
bayar free2 jek kt depa tuh
jual je la yg diperlukan saja
yg tk pakai pong kena beli.. |
|
|
|
|
|
|
|
ape kejadah yang kate letrik murah rakyat akan membazir?Sape ajar nak ajar rakyat berjimat kena naikkan semua benda?Tak pasal-pasal yang memerlukan pun effect same. Dangkal punya statement. Sebab tu masing-masing meroyan orang nak bagi air free kot. Lepas ni semue bende kite suruh kerajaan naikkan 100%, baru rakyat betul-betul pandai berjimat. |
|
|
|
|
|
|
|
berdasarkan fakta, sejumlah 2,400mw tenaga elektrik bakun akan dihasilkan setelah empangan ini siap sepenuhnya pada 2011.
daripada 2,400mw itu, 1600mw akan disalurkan ke semenanjung malaysia melalui pemasangan kabel merentasi laut cina selatan sepanjang 676 km. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenaikan tarif elektrik adalah sebahagian besarnya disumbang oleh peningkatan harga gas asli terhadap sektor tenaga daripada RM10.70/mmBTU kepada RM13.70/mmBTU (28 peratus) berkuat kuasa daripada 1 Jun 1 2011.
Peningkatan harga gas asli tidak dapat dielakkan disebabkan kenaikan harga-harga tenaga global sejak 2009 dan ianya berdasarkan mekanisme harga gas asli oleh kerajaan di mana harga tersebut disemak semula secara bertempoh sejajar dengan tren harga pasaran Minyak Bahanapi Medium (MFO).
Oleh kerana kos gas asli menyumbang kira-kira 54.2 peratus daripada jumlah kos campuran bahanapi (tahun kewangan 2010), kos tambahan bahanapi yang disebabkan oleh semakan semula harga gas diterjemahkan dalam bentuk peningkatan tarif elektrik pengguna.
Harga-harga gas ditentukan berasaskan harga bahanapi alternatif. Sebagai contoh, jika minyak bahanapi digunakan dalam penjanaan tenaga dan jika gas digunakan untuk menggantikan minyak bahanapi sebagai sumber tenaga maka harga gas akan menjadi sama seperti minyak bahanapi. Kebiasaan penggunaan harga gas secara relatif kepada bahanapi alternatif (contoh harga-harga minyak bahanapi) ini telah digunapakai di semua negara-negara di rantau ini.
Mengikut sejarah, sektor tenaga di Malaysia telah menggunakan minyak bahanapi untuk menjana elektrik. Bagi menawarkan insentif-insentif kepada sektor tenaga supaya menukarkan daripada minyak bahanapi kepada gas, sejajar dengan yang dipraktikkan secara antarabangsa, harga-harga gas ditambatkan kepada harga-harga minyak bahanapi, yang didagangkan dan disiarkan secara meluas.
Oleh itu, harga-harga minyak bahanapi telah digunakan sebagai rujukan untuk menentukan harga gas di Malaysia untuk menjana tenaga. |
|
|
|
|
|
|
|
dgn ipp tangan kerajaan kena pulas dan kena ikat...
gomen rugi manjang sedang ipp untung manjang walau apa keadaan sekalipun...
kalaulah kerajaan sanggup keluar duit macam yg ipp keluar dulu untungnya gomen yg akan dapat..
dan gomen boleh main2 untuk sesuaikan dgn keadaan dgn kebajikan rakyat menjadi keutamaan
ipp ni yg saya nampak bukannya satu bisnes tapi satu rompakan siang hari
yelah bisnis ada risiko tapi ipp takda risiko langsung... untung billion2 kompom sampai mati.. |
|
|
|
|
|
|
|
habis tu, takkan nak sokong UMNo kot |
|
|
|
|
|
|
| |
|