View: 18005|Reply: 23
|
Stem Cell - Sesiapa boleh share info?
[Copy link]
|
|
mahal...aku xmampu.. |
|
|
|
|
|
|
|
i dah tanya doktor yg pakar pasal stemcell ni kat hospital selayang..dia bg pendapat bahawa tak perlu pun stemcell ni sebab kita tak tahu mcm mane dia simpan stem cell tuh..dan after 20 years dah kena discard and yet till now still takde prove yg stem cell ni 100% bole cure penyakit2..Wallah hualam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cat ada juga dengar masa pegi antenatal class..
tapi masa tue yang bg taklimat StemLife, kebanyakkan yang simpan StemCell nie mmg
chinese, malays mmg jarang jumpa...
mcm StemLife register dan blood cord diambil masa bersalin tue 2500.00
every year yuran 250.00 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 4# kevler
errmm betul ke?
tp i pnh tgk majalah 3 dulu, ade kes kanser, leukemia, rawat guna stem cell ni efektif
kalau kemo selalu ade side effect..autoimmune disease, high dose of steroid mungkin boleh bg kesan kt organ...
yg i tau storing dlm tank of liquid nitrogen or tank of vapor nitrogen, ramai bgtau storing dlm vapor nitrogen lg bagus...
cuma xtau mane cord blood bank yg betul2 bagus... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 3# mohdlorong
u amik cryocord ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 5# catwalkspecial
tq |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 8# 1n2o1r
tak pnah ambek cryocord.
pernah dapat job offer kat cryocord je.
lol~! |
|
|
|
|
|
|
|
stem cell boleh juga didapati drpd bone marrow. quite invasive..but yet it works.
tp kalau byk duit, invest stem cell utk anak2..sbg insurance.most research dan application, masih guna -190 celc utk preservation...storing in liquid. vapor hanya digunakan utk industrial (business minded) to cut the maintenance cost.
i wud go for liquid. sbb tu pun yg aku buat skrg. tp yg simpan stem cell ni..kene ingat satu je, tiada jaminan ianya akan 100% boleh digunakan selepas masa penyimpanan yg lama. boleh jadi, ia rosak/degradasi...atau hilang keupayaan utk regenasi.
again, ingat...insurance. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by MyCryoCord at 3-6-2011 09:00
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Di sini saya ingin menerangkan sedikit sebanyak mengenai Stem Cell/Sel Induk
Stem Cell atau Sel Induk merupakan sel-sel yang terdapat didalam tubuh badan manusia yang mempunyai keupayaan untuk berkembang atau berpecah secara berterusan, selalunya sepanjang hayat manusia.
Sel tersebut adalah sel utama yang akan bertukar kedalam sel-sel yang membentuk otak, saraf, otot dan selainnya.
Selalunya apa yang selalu di war-warkan adalah Stem Cell Darah Tali Pusat iaitu Stem Cell Hematopoietic atau Lebih Dikenali dengan nama CordBlood atau HSCs. CordBlood atau HSCs ini dapat merubahbentuk kedalam sel-sel komponen darah seperti Sel Darah Merah, Sel Darah Putih, Platlet dan sebagainya yang berkenaan dengan darah. Ia selalunya digunakan untuk mengubati penyakit yang juga berkaitan dengan darah seperti Leukemia, Lymphoma, Thalassemia dan sebagainya.
Akan tetapi kemajuan kajian stem cell ini telah menghasilkan sejenis stem cell lagi yang amat berbeza dari CordBlood atau HSCs, iaitu Stem Cell Mesenchymal yang boleh didapati dari Wharton’s Jelly yang terdapat di dalam tali pusat. Stem Cell Mesenchymal atau MSCs mempunya kebaikan tersendiri. MSCs adalah sel yang mempunyai potensi untuk menjadi sel-sel lain yang mungkin tidak boleh diperolehi dari HSCs. MSCs dapat bertukar kedalam sel-sel yang dapat merubahbentuk kedalam organ seperti jantung, saraf, kornea, lemak tulang dan lain-lain.
Selalunya ibubapa yang sedang menunggu kelahiran bayi mereka akan berjumpa dengan pihak Perbankan Stem Cell bagi mengetahui apakan procedure yang akan dilakukan bagi mengekstrak dan menyimpan stem cell tersebut. Malaysia mempunyai 4 Bank Utama untuk menyimpan sel darah tai pusat. Ibu/bapa yang ingin mengambil tahu tentang proses tersebut bolehlah membuat kajian terlebih dahulu, bandingkan keempat-empat bank tersebut dan nilaikan dari segi :
a)
Keselamatan (Bagaimana dan Dimana Mereka Menyimpan Darah Tali Pusat)
b)
Lokasi-Lokasi Mereka (Sama ada mereka beroperasi di Hospital Bersalin)
c)
Pengesyoran Doktor Sakit Puan (Jangan Segan Silu untuk bertanyakan tentang perbankan stem cell kepada doctor yang bertanggungjawab atas si ibu.
d)
Kaedah Penyimpanan (Sama ada menggunakan beg anti-nyahbeku atau tiub(vial) anti-nyahbeku, beg anti-nyahbeku hanya boleh digunakan sekali sahaja, tetapi tiub(vial) anti-nyahbeku boleh dibahagikan kepada 5 atau lebih tiub dan boleh digunakan mengikut jumlah tiub yang disimpan)
e)
Buat Ujian darah ibu/bapa bagi mengetahu sama ada sesuai untuk menyimpan stem cell. (Bebas daripada Hepatitis, AIDS dan sebagainya)
f)
Jaminan atau Insuran yang disediakan pihak Bank Stem Cell. (Jaminan Transportasi/Jaminan Kontaminasi/JaminanPenyimpanan/Jaminan Transplantasi dan sebagainya)
g)
Kos Pendaftaran/Kos Simpanan dan lain lain kos. (Kos selalunya tidah begitu mahal.Selalunya kos pendaftaran lebih kurang RM2000, kos simpanan lebih kurang RM250, anda juga boleh membayar secara pukal bagi 20 tahun sekaligus.)
h)
Keberkesanan di dalam Malaysia. (Tidak semestinya Syarikat antarabangsa adalah baik untuk anda)
i)
Pastikan Bank Stem Cell tersebut tidak menyimpan darah yang telah rosak atau berkontaminasi.
j)
Sekiranya ada Expo/Pameran berkenaan kehamilan, kumpulkan risalah-risalah, dan informasi sebanyak mungkin sebelum membuat keputusan.
k)
Pengumpulan/Pengambilan Sel Darah Tali Pusat Secara Peribadi boleh dilakukan menerusi Hospital/Klink Swasta.
Saya harap saya dapat membantu sedikit sebanyak bagi panduan anda semua.
Sekian Terima Kasih
Oh, sebelum saya terlupa hukum penyimpanan tali pusat adalah HARUS mengikut Majlis Fatwa Jabatan Agama Islam Malaysia.
Mungkin ada di antara kita yang tidak menyokong penyimpanan stem cell. Ini kerana stem cell masih baru di Malaysia. Saya faham dengan kesangsian saudara/saudari atas teknologi ini. Ini hanya salah satu cara untuk menjamin masa depan anak anda, dan mungkin juga generasi yang akan datang. Siapa tahu, dengan penerusan dan perkembangan dunia perubatan, perbankan stem cell akan lebih memanafaatkan kehidupan kita.
Disini saya bukannya mempromosikan sesiapa, ini adalah sebagai panduan untuk mereka yang inginkan maklumat lebih lanjut.
Info mengenai stem cell dari sudut Islam:
Fatwa
Artikel
Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya nak share a blog post about Stem Cell.
http://pu3natul.wordpress.com/2011/03/23/stem-cell/ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# 1n2o1r
Kami adik beradik amik stem life.... |
|
|
|
|
|
|
|
shaff amik stemlife utk baby.. mula2 bayar dalam 300 lebih kot upon enrolment then lepas bersalin start bayar installment sebulan seratus je
then ni dah setahun dah cukup haul bayar storage je every year RM250.00 (on birthday) |
|
|
|
|
|
|
|
thx for sharing guys |
|
|
|
|
|
|
|
salam..dah amek ke stem cell nye? tgk post u nie bln 5 taun lepas..skrg dah bln satu 2012.. just nak share jugak la..aku preggy 5 mths++..hajat hati memg nak amek stem cell..tue yg gi jumpe doktor pakar and tanya..dua org aku tanya tapi dedua doktor ckp takyahla..depa doctors pon tak amek stem cell..dia ckp dokotrs knows the best..tapi naper doktor tak amek..? dia ckp better duit bayao yuran tahun2 tue gi beli insurance health utk anak2..ape2 terjadi..ade insurance..and about stem cell..mebe ianya tak cukup utk cure the disease..and body kita skrg pon blh produce the same cell actually..so..stlh dengar penerangan camgitu..aku pon jdk tak bersemanagt dah nak amek stem cell nih..terpulang ler pada individu.. |
|
|
|
|
|
|
|
malay kurang....selalu yg amik ni...non bumi esp chinese............. |
|
|
|
|
|
|
|
anak i kena brain cancer and dia dah selamat guna treatment hematopoietic stem cell.. Stem cell collected from his blood. Derang boleh reservekan stem cell tu b4 the treatment. Alhamdulillah dah 5 kali MRI, nampak clear.
Cuma it's a bit costly compared to normal treatment. So i really suggest taking up insurance. I'm not an insurance agent but when bad things happen extra cash from the insurance really means alot. |
|
|
|
|
|
|
|
For blood cord ni, me and hubby pilih utk amik Cell Safe International, ni pon dah di suggest oleh a few of my and his chinese friends and yang mmg dah buat byk survey pasal cord blood nih. It is cheaper utk amik long haul sekali which is for 21years dari bayar tiap2 bulan.
Selain ni, better amik Insurance jugak utk anak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 18# fizapear
Biler libatkan duit dan kesihatan, better ambik insurance... but it depends pada individu... Just nak share about stem cell.. nie ambik kat face book :
http://www.facebook.com/#!/photo.php?fbid=291774544218743&set=a.156360114426854.37945.112863158776550&type=1
SEL STEM TALI PUSAT
Apa itu sel stem tali pusat?
Sel Stem adalah sel-sel tidak matang yang boleh bertukar kepada sel-sel jenis yang lain yang boleh membiak dengan sendirinya untuk membentuk sel-sel organ yang lain dalam badan kita. Sel Stem boleh digunakan untuk merawat penyakit yang berkait dengan darah seperti leukemia, lymphoma, aplastic anemia dan lain-lain.
Ia juga boleh digunakan untuk merawat sel sum-sum tulang yang rosak semasa rawatan kemoterapi atau radioterapi. Semasa rawatan, darah ini akan di suntik kedalam darah dengan harapan ia akan membentuk sel-sel baru yang sihat. Dimasa hadapan sel-sel ini mungkin akan digunakan untuk merawat penyakit seperti diabetes , Alzheimer's dan lain tapi setakat ini ia cuma sebahagian dari teori sahaja.
Bagaimana sel stem tali pusat ini dikumpulkan?
Sebaik sahaja bayi dilahirkan, tali pusat bayi akan di kepit dan dipotong. Dengan mengunakan pembersih kuman, doktor akan menyuntik jarum pada tali pusat dan darah dalam talipusat akan mengalir kedalam plastik bag. Keseluruhan prosedur cuma mengambil masa beberapa minit sahaja dan ia adalah selamat kepada ibu dan bayi.
Tidak semua sel stem tali pusat berjaya diambil, Sekiranya berlaku komplikasi kelahiran, doktor akan lebih menumpukan perhatian untuk menyelesaikan masalah tersebut daripada mengambil darah tali pusat tersebut.
Berapa lama darah tali pusat ini dapat bertahan semasa disimpan?
Sebaik sahaja dikumpulkan, darah akan dibawa ke tempat peyimpanan dan akan dibekukan. Darah tali pusat apabila disimpan dengan baik dapat bertahan sehingga 10 tahun.
Adakah darah tali pusat satu-satu sumber sel stem?
Tidak. Sel stem yang sama juga boleh didapati pada sum-sum tulang. Kedua-dua sumber ini mengandungi sel hematopoietic progenitor (HTC) yang boleh disuntik pada pesakit untuk membaik-pulih bekalan sel-sel darah merah, sel darah putih dan platelet. Secara teori, sel-sel ini juga mungkin akan dapat membentuk sel asas yang lain yang boleh digunakan untuk membaik-pulih organ lain.
HTC adalah berbeza dengan sel stem embryonic yang datang dari embrio. Sel stem embryonic boleh memberi sel-sel asas penting yang lain, tetapi kerana ia melibatkan kemusnahan embrio, ia memberikan persoalan terhadap etika perubatan dan sehingga kini penyelidikan tentang pengunaan embryo sebagai sumber sel stem ini masih hangat diperdebatkan.
Apa bezanya diantara sel stem daripada tali pusat dan daripada sum-sum tulang?
Keduanya menpunyai sel HPC yang boleh digunakan untuk merawat penyakit berkait dengan darah. Darah tali pusat mempunyai kelebihan kerana sel imun didalamnya adalah tidak matang dan kurang rejeksi terhadap transfusi. Kelebihan yang lain : ia lebih selamat dan senang dikumpulkan. Menderma sum-sum tulang pula memerlukan proses yang lebih kompleks dan menyakitkan, juga terdapat risiko jangkitan kuman dan kesan sampingan dari ubat bius. Walaubagaimanapun, sel stem dari tali pusat mengambil masa yang lebih lama untuk memberi kesan terhadap rawatan berbanding sum-sum tulang.
Apakah kebaikkannya sekiranya saya ingin menyimpan dengan tabung darah tali pusat swasta?
Tabung darah tali pusat swasta mengenakan yuran untuk penyimpanan darah tali pusat anak anda dan ia memastikan anda mendapat manfaat penyimpanan tersebut bila perlu. Walaubagaimanapun, peluang untuk anak anda memerlukan darah tersebut sebagai rawatan dimasa hadapan adalah sangat rendah. Lagipun, penyakit yang boleh dirawat mengunakan darah tali pusat pula jarang berlaku seperti leukemia, lymphoma, sickle cell anemia, aplastic anemia, masalah penyakit imun rendah dan lain-lain. Sekiranya pun anak anak mengalami masalah ini dimasa hadapan, darah tali pusat tidak semestinya menjadi rawatan yang terbaik untuknya.
Persatuan Academy of Pediatrics dari America menyarankan penyimpanan darah tali pusat kepada ibubapa cuma apabila terdapat anak mereka yang mengalami penyakit seperti diatas, dan anak yang seterusnya mungkin bermanfaat dari penyimpanan darah tali pusat. Walaubagaimanapun persatuan tersebut tidak menyarankan kepada semua ibupada untuk penyimpanan kerana pada dasarnya cuma terdapat 1 dalam 1000 sehigga 1 dalam 200000 peluang yang anak anak mungkin akan mengunakan darah yang disimpan dimasa hadapan.
Apa yang saya perlu buat sekiranya saya merancang untuk menyimpan darah tali pusat saya untuk kegunaan saya dimasa hadapan?
Buat kajian sedikit tentang tabung-tabung darah tali pusat swasta yang ada di Malaysia. Pastikan anda memilih tabung darah yang mempunyai reputasi yang baik dan kadar yuran yang tidak terlalu tinggi. Baca dengan teliti hak-hak anda semasa perbincangan dan bertanya soalan kepada agen sekiranya keliru. Anda juga boleh cuba mendapat nasihat dari doktor anda samada anda perlu mendapatkan khidmat tersebut berdasarkan latar belakang keluarga anda. — with Dila Lila and Zulhasmi Idris. |
|
|
|
|
|
|
| |
|