CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5046|Reply: 27

Rupa-rupanya ramai ahli keluarga anak yatim!

 Close [Copy link]
Post time 25-5-2011 03:18 PM | Show all posts |Read mode
PESANAN sms yang diterima pagi semalam daripada seorang kenalan terus mengejut benak fikiran saya ketika menelek akhbar tentang nasib anak-anak di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat, Selangor.
Katanya, semasa anak-anak yatim itu hidup, mereka tidak dijaga sendiri oleh ibu bapa. Mereka di hantar ke rumah kebajikan itu. Di sana mereka diserah kepada ustaz untuk diberi makan minum dan dididik dengan ilmu agama. Senang cerita tahulah pihak asrama dan madrasah itu hendak mencari dana untuk memelihara anak-anak mereka.
Mereka pun anak-anak yatim, tentu banyak sumbangan derma dihulurkan oleh orang ramai yang bersimpati.
Jadi soal makan minum, pakaian dan kesihatan sudah ada orang yang ambil peduli. Tidak perlu risau apa-apa lagi. Semua ditanggung beres.
Maka dengan 'kemudahan' sedia ada, ibu atau bapa serta saudara mara tidak datang menjenguk pun tak apa. Bukan sebulan sekali menjenguk anak-anak yatim, malah ada yang sudah terlalu lama hingga berbelas tahun tak datang bertanya khabar anak-anak sendiri.
Paling malang, apabila anak-anak yatim itu meninggal dunia kerana tertimbus tanah bukit yang runtuh menimpa mereka, ada waris-waris tanpa segan silu terima wang simpati.
Kata kenalan saya itu lagi, wang itu setelah diterima patut disumbang semula ke rumah anak yatim.
Betul juga pandangannya itu. Itu yang semolek-moleknya. Tetapi resmi orang kita, nampak duit mata pun jadi kelabu. Lupa tentang cerita duka, sebaliknya mula terbayang apa hendak dilakukan pada wang derma itu.
Melihat kepada trend orang Melayu bukan sahaja sekarang tetapi sejak dahulu lagi, ada kalangan kita baru hadapi dugaan menjadi janda atau duda dan baru ada dua atau tiga orang anak kecil, sudah mengaku kalah untuk menjaga mereka. Ada yang tanpa malu-malu serah kepada rumah kebajikan atau rumah anak yatim.
Memang pada permulaan hidup ini susah tetapi apabila sudah berkemampuan, ambillah anak-anak itu daripada rumah kebajikan. Rasalah sendiri bagaimana susah senang untuk membesar dan mendidik mereka. Jangan langsung membiarkan anak-anak tinggal di rumah anak yatim.
Pemikiran orang Melayu terhadap rumah kebajikan dan rumah anak yatim patut diperbetulkan. Pihak pengurusan rumah kebajikan pun perlu betul, jangan menerima sahaja orang awam menyerahkan anak-anak mereka.
Kena selidik dan periksa dahulu kemampuan mereka dan saudara mara mereka. Pastikan anak-anak yatim yang diterima masuk terdiri daripada mereka yang telah hilang tempat bergantung.
Jika ada saudara mara yang berkemampuan, minta mereka membantu ambil alih menanggung kos hidup anak yatim berkenaan.
Sebagai Melayu, tak malukah kita melihat anak-anak waris sendiri hidup di rumah kebajikan.
Sesungguhnya Allah nak tunjukkan kepada kita bagaimana sikap waris keluarga anak-anak yatim.

credit utk utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-5-2011 03:20 PM | Show all posts
sebenarnya masa tgk berita tu, aku pun pelik gak, kalu rumah anak2 yatim mana pulak dtgnya sedara mara mak bpk dorang ni muncul. rupanya sangkaan ku benar belaka. bukannya bebudak tu yatim piatu (mungkin ada segelintir lah yg betul yatim piatu) yg lain tu entah lah.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2011 03:20 PM | Show all posts
Baru terfikirkan benda yg sama, baru ngaku anak...selama ni tak carikah?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2011 03:21 PM | Show all posts
Reply 1# kenari2101


    bukan ada jugak budak yg dok kat rumah anak yatim tu sebab dorang attend a nearby Islamic school ker? Kira mcm utk boarding gitu. Itu yg aku bacer pasal budak yg jumpa mak dia balik lepas 11 tahun terpisah...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2011 03:22 PM | Show all posts
sebenarnya masa tgk berita tu, aku pun pelik gak, kalu rumah anak2 yatim mana pulak dtgnya sedara ma ...
kenari2101 Post at 25-5-2011 15:20



    maybe ader yg yatim piatu, maybe ader yg yatim, maybe dari keluarga kurang kemampuan or ada masalah keluarga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2011 03:22 PM | Show all posts
rasanya kisah ni juga amat signifikan dgn thread satu lagi ttg jumlah ank masa kini yg releven utk kita...bukan lah nak kutuk org yg kekurangan duit tapi kalu dah beranak je pas tu hantar kat rumah kebajikan baik gi amik pil perancang je. lagipun pree je bendtu kalu gi amik kat poliklinik nun!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-5-2011 03:24 PM | Show all posts
Reply 4# kikilalat


    kalu cam boarding school tu apa kes sampai 11 thun baru jumpa?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2011 03:26 PM | Show all posts
adoi....dgn lambakan anak2 yg bernasib camni, lagi mau buat kajian mengatakan kadar kelahiran negara kita terjejas sbb ramai org yg kawen lewat? nak tingkatkan kadar kelahiran camne lagi kalo dah harga barang semua mahal, sampai ada parents tak mampu bela dan terpaksa hantar anak ke tempat mcm ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2011 03:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by kikilalat at 25-5-2011 15:29
Reply  kikilalat


    kalu cam boarding school tu apa kes sampai 11 thun baru jumpa? :shakehead ...
kenari2101 Post at 25-5-2011 15:24



    sebab lepas divorce, sorang anak dapat kat bapak dia sorang lagik dapat kat mak dia. bila si mak nak jumpa/ ambik anak, si bapak kata dah kasik kat orang and tak tau orang tu dah pi mana. padahal kasik kat his sister. so budak tu dok dgn mak sedara merangkap mak angkat dia la. mak kandung kata dah lama dah cari anak kandung dia nih, masing2 mak kandung and anak tu selalu berdoa Allah temukan mereka balik. bila mak dia tgk news, nampak ader budak sama nama dgn anak dia, tu yg jumpa tuh... kuar muka mak angkat and mak kandung dia dlm paper. budak tu kata nak pi dok kat rumah ibu kandung dia plak pasnih.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2011 03:41 PM | Show all posts
kalau baca kat CI...macam2 ada...ada tu anak doktor dari putra jaya pun ada..hantar anak situ utk belajar agama.

ada tu plak...duduk je kat madrasah tu..tapi sekolah kat sekolah menengah jalil dekat simpang sg semungkis tu..malam2 mereka belajar mengaji.

ada tu plak...duduk kat area tu ngan keluarga..di situ utk belajar agama dan buat kerja2 suka rela....
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2011 03:47 PM | Show all posts
citer mak anak x jumpa 11 thn tu, based on the paper tu la, mak yg tinggalkan anak dan hsbd..
mana pegi x tau..
hsbd lak tgglkan anak2 dok ngan sedara.. bkn org lain pun mak angkatnyer tu..

so, yg mak nyer tu apahal blah 11 thn dulu?
da besar baru nk carik balik?

beranak jer tau,
jaga anak x nak..

senang2 bg org dan nyusah kan org, org yg diminta bantu tu lak dah tentu ada tanggungan dan masalah sendiri...
dihntr pula budak ke umah anak yatim..
aku x salahkan mak angkatnyer...

aku salahkan MAK BAPAK budak tu...

abah aku dulu gaji 900 jer anak 5 org semua sekolah, susah nk sara hidup..
boleh jer kami semua masuk U,

jgn kata family aku, org lain anak 10+ pelihara sendiri kuarga susah,
rmi berjaya..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2011 03:50 PM | Show all posts
Bukan semua tinggal disitu anak yatim/piatu, maybe ada juga yang hantar anak untuk belajar ugama dan ada juga yang menjadi pekerja sukarela, macam schoolmate anak saya di sek. BTHO , budak ni adalah anak yatim dan dia setiap minggu pergi ke sekolah sebagai pekerja sukarela (anak ini anak yang baik...suka tolong orang Al Fatihah...Allah lebih mengasihi Allahyarham)
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2011 04:04 PM | Show all posts
ada yg terlibat, yg tumpang pi hafal quran hujung minggu je..Macam sorang arwah tu, biasanya mak dia hantar hari sabtu. Tp dia minta nak pi awal, tido kat sana ngan kawan2.

Dulu2 i ingat, yg dok umah anak yatim tu mesti anak2 yatim piatu yg dah kematian mak ayah. Ala2 cerita dulu2  'sayang anakku sayang'. Anak2 yg tinggal sebatang kara, tak de saper2 nak jaga. Bagi kat makcik tu, pass kat pakcik ni, kena abused..

Waktu cuti sem dulu2, i pernah jd cikgu ganti. One day, sorang murid i dtg jumpa, ckp esok dia dah tak dtg sekolah lagi. Rupanya esok mak dia dah nak hantar dia gi umah anak yatim. Dia ckp ayah dah meninggal, adik beradik ramai, mak tak mampu. Memang pun time rehat, dia tak keluar makan. Bila tanya, baru i tahu dia tak ada duit nak gi kantin.

Kalau rumah anak2 yatim darul kifayah MAIWP, depa amik anak2 yatim/piatu, anak2 famili miskin dan anak2 sedara baru.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2011 04:10 PM | Show all posts
citer mak anak x jumpa 11 thn tu, based on the paper tu la, mak yg tinggalkan anak dan hsbd..
mana pegi x tau..
hsbd lak tgglkan anak2 dok ngan sedara.. bkn org lain pun mak angkatnyer tu..

so, yg mak nyer tu apahal blah 11 thn dulu?
da besar baru nk carik balik?

beranak jer tau,
jaga anak x nak..
doodee Post at 25-5-2011 15:47

mcm ni punya mak pun ada? aku mati2 ingat dlm drama TV je.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2011 04:14 PM | Show all posts
motif thread ini? jagalah anak sendiri? errr tuan thread boleh ka explain kenapa perlu wujud thread ini? Kalu nk ngata keterlanjuran mak pak yg tinggal anak, malas bela anak sendiri bla3x tak yah la kita discuss kt sini....  make it more benefit to others... instead citer keburukan mak pak sedara mara budak2 tu, kita divert to issue perlukah nak antar anak ke madrasah, ngaji pondok, or watever la..... please give a reason why MOD cannot close this thread....
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2011 04:15 PM | Show all posts
Reply 8# ruffleen


    itulah kan, ruff... akak blh agak ada posting u neh...

teringat satu thread baru2 ni pasal Hak Anak2 (Utk Bapa Yg Pemalas) tu... patutnya k'jaan kena implement hak2 anak2 ni supaya parents yg cuai tu b/tanggungjawab pada anak2.

ini dgn bapa yg bercerai dgn anak2 bila menceraikan si emak la, yg cuai hingga menyebabkan kematian anak la (kes baru ni lemas dlm keta)...

dgn budak2 yg ramai terbiar, yg tak cukup perhatian ni.. nak risau kelahiran tak cukup? apa kes?? budus!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2011 04:20 PM | Show all posts
Reply 15# BingkaUbi


    mod, i nak suggest merge dgn thread 'hak anak2' by ogata tu.. tapi tak taulah kalau kena pindah ke board parenting pulak
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2011 04:21 PM | Show all posts
Reply 1# kenari2101

credit utk utusan



Ada jugak percaya sumber pembohong nih..... eeeiii otosang meloya kuat pitenah

Ntah ye le sumber pemberita nih

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2011 04:23 PM | Show all posts
Reply  BingkaUbi


    mod, i nak suggest merge dgn thread 'hak anak2' by ogata tu.. tapi tak ta ...
Mulan Post at 25-5-2011 16:20



MOD ni sekadar menegur kelalaian sesetengah mak pak jek... biler dh de tragedi, ade sumbangan duit br terhegeh2 cari anak2 yg duluk dilupakan... ni yg aku paham dr post #1 tu lerrr... i like thread hak anak2 tuhh.... wait till the tuan thread response to my PM then we will decide what to do with this thread.... Niway, thanks for your suggesstion...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2011 04:25 PM | Show all posts
if you are insist to lock this thread, then i can't say more.
hanya sebagai satu medan bg ibubapa muda yg eager nak besarkkan family tapi tanpa memikirkan implikasinya kemudian hari.
satu lagi mmmg sifat manusia yg mata duitan, lepas letak budak tu merata tapi bila time nak terima bantuan simpati mula terhegeh2
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.727336 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list