CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2199|Reply: 10

“Suami kata punggung saya lembik, perut buncit lepas bersalin” - Wanita sedih ditegur tak sempurna, dipaksa bersenam

[Copy link]
Post time 12-6-2025 08:00 AM | Show all posts |Read mode





TIDAK semua wanita mampu mendapatkan semula bentuk badan asal seperti zaman anak dara selepas melahirkan anak.


Walaupun ia sepatutnya tidak menjadi isu besar, namun situasi dihadapi wanita ini cukup mengganggu emosinya.


"Suami kata punggung saya lembik. Dia nak punggung saya berotot. Tapi semua punggung isteri yang lepas bersalin lembik," ujarnya menerusi luahan di media sosial.


Lantaran itu wanita berkenaan berkata dia terpaksa mencuri masa dalam kesibukan menguruskan rumah tangga seorang diri untuk bersenam.


Segalanya dilakukan demi memenuhi kehendak suami.


Bagaimanapun jauh di sudut hatinya mengharapkan si suami mampu menerima seadanya memandangkan dia sudah cukup penat menjaga anak dan mengurus rumah.


"Bukan punggung saja dia nak berotot dan keras tapi perut pun sama. Perut pula buncit lepas melahirkan dua orang anak.


"Bukan normal ke untuk yang bergelar isteri? Penat kalau nak diikutkan. Saya nak suami terima apa adanya sebab saya uruskan segala hal rumah tangga.


"Suami hanya balik kerja, mandi dan makan lepas tu hadap telefon pula," jelas si isteri dalam hantaran tersebut.


Luahan itu menarik perhatian ramai warganet yang rata-ratanya bersimpati, malah ada yang turut menyuarakan sokongan kepada wanita tersebut.


"Kalau dia bagi duit untuk cantikkan diri okey je. Kalau tahu minta je susah juga.


"Buat je sis untuk cantikkan diri. Penat jaga anak, urus rumah tu biasa. Isteri kan... kita sebagai perempuan kena kuat dan serba boleh," ujar beberapa netizen memberi komen membina.







Ada juga yang sempat berseloroh, tetapi tetap memberi tamparan halus buat golongan suami.


"Lelaki jangan cakap je lebih. Kalau nak isteri kau cantik, bagi la duit lebih. Sekarang ni macam-macam ubat ada untuk 'montok', tegang dan ketat.


"Suami macam apa tu sis. Nampak sangat jenis suami yang tak boleh terima kekurangan bini dan kedekut," kata beberapa netizen lain.


Sumber:– mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2025 08:19 AM | Show all posts
Hujung2 berpuluh komen dan nasihat, jantan tu jugak kau hadap bertahun2, tiap2 tahun beranak, ciknek dia jugak yang kau loiloi.... hahahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2025 09:01 AM | Show all posts
nk bini cantik kena la pump duit lebih,modal same je pasang dua, tp kalau pasang lebih ni sakit kepala, diakhir kejadian yg no 2 pun akan jd mcm no 1 jugak,
baik stay je la jaga maintenant yg ada,
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2025 09:05 AM | Show all posts
tgk sikit laki ko kak
gmbr sebelum kawen dgn sekarang
depan dan belakang

ko tunjuk kt die resit2 ni

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2025 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko demand la 6pax kt laki ko pulak nak ala model gigi putih bersih mampu ke tak
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2025 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi suami yang mcm ni la jadi dambaan wanita. Kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2025 02:38 PM | Show all posts
Gigih mengadu kat medsos ni pun sejenis penyakit mental juga ni. Tunggu masa nak masuk daftar.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2025 02:51 PM | Show all posts
dulu masa bercinta bf yg dah jd ex bf pernah tegur cakap "u kalau kurus sikit lagi mesti lg cantik kalah noradhanish" i ols punya mengamuk masa tu xpayah cter la siap merajuk....sbb org yg mengata tu xcermin diri dia yg berbadan lg 2x ganda besar iols..tp mikir dia bf xda lah kita balas apa2 masa tu takut dia terasa mcm kita terasa...once i dah clash masa tu baru ada keberanian untuk kata semula benda tu kat dia..I ckp u tu pon lg besar, officemate I siap gelak2 kata bf I tinggi & besar mcm raksasa dgn nada menyindir..masa tu I dah xkisah da perasaaan dia dah clash kan...dia punya terasa tu mmg kalah perempuan la...xlama lepas tu dlm 2bulan x contact tetibe msg balik ajak jumpa, I mmg xhingin da jumpa...skali sajer2 I stalk IG dia hmmm patutlah nak jumpa da kurus hensem rupanya...bukan beria nak get back balik pon sebenarnya nak berlagak badan da kurus..naseb i reject xnak jumpa..mesti ego dia tercalar masa tu..puas hati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2025 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 12-6-2025 05:06 PM

Untunglah wanita2 meninggal masa remaja, x payah mengadap dosa dari suami ibu bapa mertua anak dan segala masalah duniawi, padahal sepatutnya hidup hanyalah solat puasa mengaji tutup aurat kerja ja, buang suami buang anak masalah boleh selesai, kerja jgn buang
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2025 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
biasa mmg somi tegur cmtu ke..seram yach..
tp lps beranak mmg dh berubah la ye ek...saja je terfikir plak..i selalu fikir kalau dh beranak jenuh nk diet..saja fikir dlu pdhl xkawen lg
sbb adik i selalu pengaruh i jgn kawen nnti dpt laki x ok..dia yg xnk kawen diajaknya kita..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2025 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu ada org taknak beranak. Habis lari figure. Childless marriage saja..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 06:49 PM GMT+8 , Processed in 1.338154 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list