CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 6733|Reply: 43

"Kami kahwin pun tak ada hantaran atau apa-apa" - Dah bagi muka nikah tak minta hantaran, suami naik lemak malas kerja lepas kahwin

[Copy link]
Post time 11-6-2025 10:26 PM | Show all posts |Read mode






SETIAP pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan kehidupan harmoni dan saling melengkapi antara satu sama lain.


Namun, lain pula kisah yang dikongsikan wanita ini apabila dia mendakwa suaminya culas dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.


Menurut wanita itu, dia sudah menunjukkan usaha untuk mempermudahkan urusan suaminya sejak awal pernikahan mereka apabila tidak meminta wang hantaran.


"Kami kahwin pun tak ada hantaran atau apa-apa. Bukan nak ungkit cuma rasa diri macam tak dihargai. Kita niat nak senangkan dia masa nak nikah kahwin," ujarnya.


Namun, pengorbanan memudahkan urusan membina masjid itu seolah-olah tidak dihargai pasangannya.


Sebaliknya, selepas berkahwin dia tetap menerima alasan sama setiap kali meminta suaminya membayar komitmen bulanan keluarga.


Situasi menjadi lebih membebankan apabila dia kini menanggung segala perbelanjaan sambil membesarkan anak kecil berusia tujuh bulan.


"Setiap kali minta duit untuk bayar komitmen, alasan suami tetap sama tunggu esok-esok.


"Akhirnya jadi malas sebenarnya nak ingatkan dah. Rupanya patut la nak tinggal dekat rumah mak (mentua). Dia tak payah bayar apa-apa," katanya.


Berharap keadaan akan berubah, wanita ini pernah mengambil keputusan untuk berpindah dan menyewa rumah sendiri.


Bagaimanapun segala usahanya itu sia-sia apabila bebanan menanggung keluarga tetap jatuh di atas bahunya.


"Bila saya buat keputusan nak keluar cari rumah sewa, ingatkan boleh la berubah tapi akhirnya isteri yang bayarkan semua.


"Hati seorang isteri ni masih sabar. Bila cakap fasal cerai, dia mula la kata saya merepek," jelasnya lagi.


Dalam pada itu, dia turut memaklumkan bahawa mereka berdua ada menjalankan kerja sampingan bersama namun segalanya dilakukan seorang diri.


Lebih memeritkan, suaminya didakwa pandai mengelat atau curi tulang apabila mereka keluar mencari rezeki.


"Dia sekarang kerja Sabtu dan Ahad je jadi runner. Tugas dia cuma bawa ke tempat yang dituju dan duduk tunggu.


"Kerja dah buat lama tapi masih lagi nak tolak (tak berusaha) untuk bergerak. Tolong la bantu jangan nampak isteri pula yang terhegeh-hegeh.


"Saya suruh pergi dekat klien nak ambil butiran maklumat tapi bila saya tanya info ada ambil tak... dia kata (beri alasan) klien tak ingat maklumat," jelasnya.


Sumber:– mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2025 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Never marry a poor man.  Half of your problems solved.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2025 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu bapak iols dulu letak hantaran tinggi, no kesian2 pada laki kalau dia serius dan bertanggungjawab, dia akan sanggup bayar. Kalau awal2 ko dah bagi diskaun #asalberlaki tanggung la akibat jantan tagune
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2025 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 11-6-2025 10:31 PM
Never marry a poor man.  Half of your problems solved.

Love this comment billion times.

Plus marry a man yang tak kedekut pasal ada jer man ada duit but kedekut, jenis takut dgn spending. Takut jatuh miskin. Yang ni pun pangkah juga.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2025 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah Tau mcm tu angkat kaki je la..x kan nk hadap lg... Kalo iolss p mintak fasak je..kosher iolss nak menangung bawak hidup... Dia nak hidup lps tu pandai2 la...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2025 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah banyak kali dah jumpa kes macam ni. Datang dari keluarga tak kaya xpe, tapi jangan malas. Mak aku selalu pesan dekat abang & adik lelaki aku, pastikan isteri & anak cukup makan pakai. Tu benda wajib. Yg aku geram dalam kes2 lelaki malas ni si bini pon jadi enabler. Bila kita tegur si biawak, bini dia backup. Tapi lepas tu bini dia mintak tolong itu ini dari family bini. Tak tolong, cakap kita riak & sombong pulak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2025 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
awal2 x bg hantaran je ak trus red flag.. Blum apa2 dah x de effort
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2025 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada juga hantaran perempuan tolong kasi cukupkan, awal2 dah enable, belum lagi family laki terutama mak mertua pegang duit gaji laki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2025 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
slavehunter replied at 11-6-2025 11:24 PM
Love this comment billion times.

Plus marry a man yang tak kedekut pasal ada jer man ada duit bu ...

Titanic.  Tak logik.  Tunang dah siap kasi loket blue diamond besar gajah dia pegi kat zantan kabaret..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2025 02:17 AM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 11-6-2025 10:31 PM
Never marry a poor man.  Half of your problems solved.

Khenn kawin dgn jantan tak berduit nak makan cinta ke. Klu muda lagi baru nak bertapak tp rejin takpe, ini takkan tak tahu sebelum kawin malat tu pemalass.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2025 02:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kat fb, ramai jejans marah bab hantaran ni.. jual anak kata dorang.. esok2 bagi free je la anak ko, bende dapat dengan mudah takde orang nak hargai
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2025 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Dari awal lagi sudah jadi enabler.... Hantar saja balik rumah parents... Jauhi anak perangai dengan bapa suka bagi excuse dalam segala issue..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2025 07:55 AM | Show all posts
cerai je
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2025 08:08 AM | Show all posts
Dah itu batang yang kau hadap sangat....sooooo why bother nak menyesal kan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2025 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Hantaran itu ujian pertama komitmen lelaki.

Kalau itupun tak lulus, apatah lagi nafkah seumur hidup yang sudah tentu jumlah terkumpulnya jauh lebih tinggi dari nilai hantaran.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2025 08:45 AM | Show all posts
kalau dah malas nak cari nafkah keluarga
kau dok rumah
kau ambik peranan bini kau.
kemas rumah
cuci kain baju
jaga anak
masak
semua kerja rumah tangga kau buat wahai jantan


ni tau nak memantat aaaja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2025 09:25 AM | Show all posts
itu la fungsinya hantaran,nak nengk sejauh mana lelaki tu sanggup,
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2025 09:26 AM | Show all posts
tokchik replied at 12-6-2025 08:45 AM
kalau dah malas nak cari nafkah keluarga
kau dok rumah
kau ambik peranan bini kau.

pastu anak berderet x reti tgwb
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2025 09:31 AM | Show all posts
Ok lah tu janji kawin dan halal.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2025 09:36 AM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 11-6-2025 10:31 PM
Never marry a poor man.  Half of your problems solved.

abso-effing-lutely!!!!!!!!!!!!


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.934981 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list