Edited by JoyahMengayah at 13-6-2025 05:12 AM
Kuala Lumpur: Perkongsian penyanyi dan pelakon popular era 80-an, Raja Ema di Facebooknya menimbulkan persoalan ramai.
Dipercayai hantaran ini dibuat sebagai mengulas kenyataan isteri bekas suaminya, Sheqal yang meminta anak-anak hasil perkahwinan mereka melawat ayahnya yang kini sedang sakit.
Menerusi tulisannya, Raja Ema atau nama sebenarnya, Raja Ema Raja Ibrahim, 56, meminta agar merujuk sesuatu perkara dengan ibu saudaranya yang juga pelakon Sukarni Jaafar.
"Kekma ni walau dah usia mcm (macam) ni masih ada family lagi... Masih ada Bonda Hajjah Sukarni... Walau apa2 x boleh suka suka... Biar beradab , lebih lagi hal family.. Jangan lupa adab...," tulisnya.
Semalam Harian Metro melaporkan isteri Sheqal iaitu Normah Mohd Yusoff, 58, mengharapkan kedua-dua anak suaminya bersama Raja Ema agar melawat ayah mereka semasa hayatnya masih ada.
Menurutnya sejak berkahwin dengan penyanyi terbabit 25 tahun lalu, dia tidak pernah melihat mereka bertemu antara satu sama lain di mana-mana lokasi.
Normah amat berharap kerana mungkin ini kali terakhir Sheqal berjumpa mereka memandangkan keadaan suaminya yang dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban sejak Khamis lalu dan ditidurkan masih tiada perubahan.
Menurutnya dalam situasi Sheqal sedang koma, dia bercakap dengan suaminya bahawa akan menemukan dia dengan anak-anaknya itu.
Sementara itu, usaha Harian Metro mendapatkan kenyataan Raja Ema tidak berjaya apabila dia tidak memberikan tindak balas.
Terdahulu Raja Ema berkahwin pada 1993 dan dikurniakan dua anak lelaki, Putera Ammar dan Putera Al-Kasyah.
Pasangan ini bercerai pada 1999 kerana tidak lagi sehaluan serta sefahaman.
|