|
View: 1446|Reply: 5
|
Advice Me Pleaseee. I Need Help.
[Copy link]
|
|
|
Edited by JaneAali at 30-5-2025 03:04 AM
Hi forumers. Aku terpaksa tulis kat sini sbb aku rasa kat sini je org akan bagi aku nasihat yg bernas, tak kecam membabi buta, realistic in giving opinions & reliable. FYI, aku ada acc lg 1. Aku create new acc ni just for this entry. Aku start ya.
Salam & hi. Nama aku Jane. Umur aku awal 40-an. Sudah berkawin dgn Joe for 15 years. Ada anak 2 org (sorang sekolah rendah, sorang sekolah menengah). Aku pernah email JAIM utk buat appointment konseling tp no respond. Masalah aku bermula tahun ni. Bukan, sebenarnya aku sedar aku bodoh pada tahun ni.
Joe seorg suami & bapa yg bertanggungjawab. Bertanggungjawab tu maksud aku dia amik tanggungjawb yg paling basic. Sediakan rumah, makan minum, barang dapur & kebersihan diri and he pay all the bills kecuali phone bill aku. Phone bill aku ni mmg dr sejak kawin tak pernah sekali pun dia bayarkan. Pakaian aku anak beranak setahun sekali je dia belikan iaitu pada hari raya. Sepasang baju kurung & sehelai tudung. that’s it. Baju utk raya kedua ketiga pakai je thn2 lepas punya. Anak aku punya phone top-up dia byr sendiri. Dia kumpul duit sekolah dia. Kdg2 aku top-up sikit. Lupa nk ckp. Aku ni housewife. Aku ada company and aku sewakan company aku. Dptlah aku RM400/month. Jgn tanya psl ni sbb ni je charge max aku boleh kenakan. Dgn RM400 ni lah aku beli skincare aku, byr phone bill aku, beli keperluan aku & kdg2 baju anak2 aku. Anak2 makin membesar so baju bnyk dh kecik tak blh pakai. Si Joe mcm xde akal eh tak boleh fikir yg anak dia makin lama membesar & perlukan baju baru. Bukan tiap2 bulan pun. Baju & seluar kecik aku anak beranak pun aku sediakan. Part ni aku bersyukur sgt. Nampak RM400 tu kecikkan? Tp Alhamdulillah cukup utk aku anak beranak. Kdg2 we all makan luar. Pelik jugak aku kadang2. Siap ada balance sikit.
Joe dulu businessman. Tp masuk tahun ke 7 perkawinan kami, business dia ada masalah. Terpaksa shut down. So parents aku tlg kami laki bini. Parent aku ada kilang buat makanan. So kami berpindah negeri. Parents aku suruh stay dgn drg je sbb parents aku pun tinggal berdua. Since Joe dh join business parents aku, parents aku dh x masuk kilang. Just stay at home jaga anak2 aku. Aku & Joe lah yg take over kilang tu. Tp tak lama pun sbb Joe kata kerja kilang tu berat. Dia dh tak larat. So tutup kilang. Ayah aku ada 2 kedai retail. Lps tutup kilang tu dia bg 1 kedai kat Joe utk Joe jaga. Tak lama lpstu Covid melanda, kedai semua kena tutup. Sampai lah few weeks after PKP tu hanya essentials business je boleh buka. Kawan Joe ajak Joe jd despatch courier service sbb masing2 dah buntu masa tu. Kedai tutup means no money coming in. So bahagialah Joe dgn pekerjaan baru dia. 2025 ni 5 tahun dah la si Joe ni jd despatch. Kedai yg ayah aku bagi tu dia tutup sbb dia cakap penat balik kerja courier nak kena buka kedai pulak. Lagipun masa tu courier service ni tgh asyukkk. Time tu Shoppee Express blm wujud. Semua platform jual beli guna J&T. Mmg tapau habis la. Sorry tau aku intro panjang lebar. Aku kena cerita so that korang faham keadaan yg aku tgh facing sekarang. Ok sambung. Masa nk bukak kedai retail tu ayah aku ada bg Joe pinjam modal RM4k. Sebenarnya ni duit anak2 aku yg ayah aku simpankn. Aku pun tak tau ayah aku ada buat saving utk anak2 aku. Ayah aku ckp ‘bayar blk duit ni sbb ni duit anak2 aku’ Joe aware benda ni. Dh tahun 2025, satu sen pun Joe tak byr lg. sedih aku. Yg lagi aku sedih, ayah aku dh meninggal 3 tahun lepas. Masa dia hidup, dia pernah tanya Joe dh byr ke duit anak2? Aku ckp dah. Aku terpaksa tipu sbb aku malu kalau ayah aku tau Joe tak byr lg. Duit tu ayah aku simpankan dlm ASB. Lps aku tau dia ada buat simpanan tu, dia dh tak pegang buku tu lg. dia serahkan ke aku lah utk aku jaga.
Masa PKP, adik aku yg duduk luar negeri tu terpaksa blk duduk dgn kitaorg sekali sbb company dia lingkup. Bila PKP semua dh selesai, aku ckp kat Joe tlg bawak aku duduk rumah lain sbb rumah tu dh pack sgt. Mengamuk2 aku masa tu. Sejak kitaorg khawin, ni lah first time kami duduk rumah sendiri yg hanya ada aku, Joe & anak2 je. Rumah teres 3 bilik Alhamdulillah. Masa pindah rumah sewa ni 100% guna duit aku. Perabut, brg elektrik, deposit 3 bulan, barang makanan yg first semua duit aku. Aku tak kesah masa tu asalkan dpt duduk sendiri. Bodoh kan?
Sepanjang duduk bersama ni, Joe masih dgn kerja despatch dia. Tp kerja dah tak asyuk mcm dulu. Shoppee Express dah wujud & few other courier services. Anak2 makin membesar. Expenses makin meninggi. Sini timbul masalah. Mcm yg kita semua tahu, gaji despatch ni based on commission semata. No basic salary. Bnyk barang Joe bawak, banyk lah dpt. Average sebulan Joe blh dpt RM4k. Cukup ke? Tidak. Sepanjng hidup sendiri ni, 3 brg kemas aku dh selamat masuk Ar-Rahnu. Total puluh ribu. Brg2 kemas aku ni tak ada satu pun yg Joe belikan. Semua dari pemberian parents aku or aku beli sendiri. Tp duit gadaian satu sen aku x merasa. Semua2 aku bagi Joe. Mcm aku ckp. Tahun ni baru aku sedar aku bodoh. Joe pernah ckp dia nak stop bayar kat Ar Rahnu sbb dia rasa rugi. Dia nk byr kat aku amount yg dia pinjam tu. Aku ckp NO sbb harga emas makin naik. Rugi aku kalau Joe nak byr harga yg dia pinjam. Tempoh bayaran blk tu bukan sebulan dua tau. Dia nk byr sebulan RM200. Total pinjaman RM7k. Korang rasa brp lama baru settle? Bodoh tak aku kalau aku setuju? Ini baru 1 barang. Ada lg 3 brg. Dh bertahun. Masih tak nmpk usaha dia nk amik blk brg2 aku. Cukup 6 bulan dia byr upah. 4 bulan lps Joe gadai lg brg aku. Dpt RM4k sbb dia nk beli kete utk hntr brg. Dia janji nak byr sebulan RM400. Tp baru sekali je dia bayar. Aku kena game ke korang???
Aku pernah ckp kat dia carilah kerja lain. Gaji RM4k sebulan ni tak cukup. Dia suruh anak2 aku berhenti tuisyen. Aku marah. Aku ckp kalau nak anak2 berhenti tuisyen, dia kena ajar anak2 kat rumah. Aku dh tak mampu nk ajar silibus sekolah menengah. Anak aku tuisyen BM je gais. Sebulan RM70 je. Aku ckp biar la bodoh tu sampai ke kita je jgn anak2. Selagi dia mampu beli rokok, pada aku maksudnya dia mampu byr tuisyen anak aku. Btw, yg bodoh tu dia. Aku tak. Aku ada degree while Joe ada SPM.
Aku masak hari2. Lauk simple. Apa yg Joe beli, itu yg aku masak. Aku tak demand sotong udang tiap2 bulan. Ikan merah? Last aku makan tahun lepas rasanya. Tah. Aku pun tak ingat dah. Tp aku tak kesah sbb aku faham kewangan dia mcm mana. Aku tak demand bawak aku holiday every cuti sekolah. Last kitaorg gi holiday 3 tahun lepas time bday aku. Itu pun aku yg sponsor 100%. Joe cuma drive je. Setahun sekali kami blk kg Joe. Time raya. 6 jam perjalanan dr rumah kami. Tu lah definition holiday utk aku & anak2. Itu pun duduk rumah je tak pegi mana2. Kesian anak aku kan? Merengek2 drg minta bawak gi holiday tp sayangnya bapak drg tak mampu.
Kenapa aku tak kerja? Sbb Joe pernah ckp. Kalau aku kerja, duit monthly kereta, petrol, transport anak2 blk sekolah & nursery anak2 aku kena byr. Sbb aku yg nak kerja. Korang rasa kalau gaji sebulan 2k cukup ke utk aku cover semua ni? Aku ni tinggal di kawasan luar bandar tau. Kerja gaji RM4k tu susah sgt nk dpt. lgpun aku kena fight dgn bdk2 fresh grad. Baik drg amik fresh grad. Gaji murah lg. dh 2 tahun aku cari kerja tapi satu pun tak sangkut. Aku punya husnuzon sampai aku ckp Allah mmg nak anak2 aku membesar hasil tangan aku 100%. Aku tak mintak mewah2 tp cukup lah Joe ada usaha utk cari duit lebih bayar hutang2 dia dgn arwah ayah aku, mak aku & aku and sediakan yg terbaik utk anak2 aku. Anak2 nak apa2 semua kena kumpul duit sendiri. Pernah anak aku ajak makan steamboat sbb dpt duit raya. Joe kata boleh. Dia boleh bawak tp anak2 kena byr utk aku & Joe. Aku ckp tak payah. Anak2 biar byr sendiri. Joe aku byarkan. Pada aku biar duit drg hbs kat makanan dr hbs dlm kedai Mr.DIY. Sedih aku. Anak aku blm kerja lg tp Joe dh demand mcm2 kat anak2 aku. Kdg2 anak2 aku minta Joe belikan air carbonated, blk tu Joe mintak blk. Aku sedih la. Knp anak2 aku kena hadap benda2 mcm ni. Korang faham tak apa aku rasa? Ada suami yg dh comfort dlm comfort zone dia padahal tak comfort pun. Start tahun ni aku stop tolong Joe. Dulu kdg2 anak2 nak apa2 aku beli je. Sekarang semua aku minta Joe. Peti ais dah kosong pun aku biar je. Aku dah penat nak cukupkan apa yg tak cukup. Actually aku ikhlas nk tolong kalau Joe tu ada inisiatif utk upgrade life. Tp since dia pun mmg bercita2 nk kerja j&t tu sampai tua, aku kena ada plan aku sendiri. Without him. Korang tau tak Joe pernah ckp dia tak kesah kalau anak2 dia nnti jadi salesgirl kat mall je. Aku sound dia. Kalau tu yg dia nak, berhentikan anak2 sekolah. Tak payah buang duit & masa nak belajar penat2 tp nk suruh anak jd salesgirl je. Anak aku nk jd architect kot. Aku bnyk support anak aku. Belikan buku rujukan & all. Joe mmg tak amik tau hal sekolah anak2. Aku penat weeyyyy, kerja rumah pun tak tolong.
Aku nk tanya. Apa pekerjaan yg aku boleh buat utk dpt passive income dgn cepat? Since aku kan minta kerja tak dpt2. Aku kena bertindak sekarang. Aku dh tak boleh harapkan Joe lg. He will bring me down together with him. Aku tak nak anak2 aku salahkan aku sbb tak boleh bg drg didikan yg terbaik. Makin lama cost study makin tinggi. Kalau bukan aku yg kena prepare siapa lg? Tolong aku korang. Apa aku nk buat sekarang? Aku buntu sgt.
Note: aku bukan hina pekerjaan2 yg aku sebut tu tau. Tolong faham situation aku. Kerja tu halal2 semuanya. Tlg jgn salah faham. Aku tak judge org2 tu semua. Maaf kalau ada yg terasa. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau dibaca cerita ni family ko bukan orang susah kan.
ada kilang n retail shops.
sayang jugak tutup kilang tu.
kedai tu pun joe taknak bukak jugak.
takkan takde saving masa kerja dulu.
tapi joe tu mcm rugi je dah dapat modal,kilang,kedai semua nya tak menjadi n tak sustain.
aku taktau nak nasihat apa.
masing2 ada masalah dan bahagian masing2 kan.
cuma ko boleh la try cari kerja yg sesuai dgn kelulusan ko.
klu starting nak demand gaji besar mmg mustahil la kot.
atau kalau ko pandai masak,buat kuih,kek boleh ambik order jiran2 atau letak di kedai2.
semoga ko tabah dan dapat la kerja untuk bantu tambah apa yg tak cukup.
kalau boleh ambik la balik barang kemas ko tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 12-6-2025 06:22 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
putribonda replied at 10-6-2025 03:39 PM
kalau dibaca cerita ni family ko bukan orang susah kan.
ada kilang n retail shops.
sayang jugak tutu ...
Tq. Actually aku ada plan nk keuar from this marriage cuma aku tak tau nk bg alasan apa pada makamah. Joe tak culas bagi aku & anak2 nafkah (makan, tempat tinggal, transport) tp phone bill aku, aku settlekan sendiri. Makamah boleh consider ke request aku kalau joe tak culas nafkah? Sbb yg banyak aku baca kalau suami bg nafkah, mcm susah sikit nak bubarkan perkhawinan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
phone bill tidak termasuk dalam tanggungjawab seorang suami.
2. Belanja utiliti rumah
Bila sudah sediakan rumah, jangan lupa pula, bil elektrik dan bil air juga perlu suami tanggung. Ini benda asas di dalam rumah. Kalau tak ada elektrik dan air, apa guna rumah kalau macam itu.
Ini juga sebahagian daripada nafkah tempat tinggal yang isteri berhak dapat daripada seorang suami. Bukan menjadi kewajipan isteri untuk bayar utiliti. Melainkan, bil internet ke bil telefon rumah. ini bukan keperluan.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Berniaga dekat Tik Tok. My friend boleh dapat 6k per month.
Atau berniaga jual makanan dari rumah. Example Lauk delivery .
Maybe start from area jiran2 dulu.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Just tell the court that he isn't doing his duties as a husband. He is irresponsible & useless. Better you divorce this useless husband before he drives your parents to the grave. You already lost so much because of him. Yet you so still staying with him because of your parents words??? Can you be logical & grow up or not???
Your husband is a failure. He is now wanting to relax & make you pay for everything. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|