Pelakon terkenal Bollywood, Preity Zinta menzahirkan sokongan dan keprihatinannya terhadap pengorbanan anggota keselamatan dengan menyumbangkan sebanyak ₹1.10 crore (RM620,000) kepada Persatuan Kebajikan Isteri Tentera (AWWA) bagi Komando Selatan Tentera India.
Sumbangan yang disalurkan melalui peruntukan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) pasukan kriket Punjab Kings, yang turut dimiliki Zinta, bertujuan memperkasa golongan Veer Naris (balu tentera) selain membantu pendidikan anak-anak mereka.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, sumbangan tersebut turut menyusuli pelancaran Operasi Sindoor, yang dilaksanakan susulan insiden serangan pengganas di Pahalgam pada 22 April lalu.
Majlis penyerahan sumbangan telah diadakan di Jaipur pada Sabtu lalu dan disempurnakan dengan kehadiran Panglima Komando Selatan, Presiden Wilayah AWWA Shapta Shakti serta keluarga anggota tentera.
“Di majlis itu, saya bertemu dengan para wanita yang akan merindui suami mereka setiap hari dan setiap detik dalam hidup mereka. Saya bertemu dengan anak-anak mereka dan melihat senyuman mereka.
“Tiada rungutan, tiada air mata. Hanya rasa bangga, kekuatan dan pengorbanan. Keberanian yang ada di dalam dewan itu sangat luar biasa hingga membuat saya rasa begitu kerdil. Ia benar-benar satu penghormatan buat saya untuk berkongsi pentas dengan para Veer Naris dan keluarga mereka,” kongsinya menerusi satu hantaran di Instagram.
Selain itu, bintang Bollywood terkenal itu juga menyatakan bahawa sumbangan yang diberikan adalah kecil dan mahu penerima tahu bahawa masyarakat sentiasa terhutang budi dengan mereka.
“Saya hadir dengan sumbangan kecil sebagai tanda terima kasih atas khidmat dan pengorbanan mereka. Saya mahu mereka tahu bahawa mereka tidak dilupakan, dan kita akan sentiasa berhutang budi kepada mereka, selama-lamanya,” tambahnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Zinta bakal membuat kemunculan semula di layar perak menerusi filem terbaharu bertajuk Lahore 1947, bergandingan dengan aktor terkenal, Sunny Deol.
Filem yang diterbitkan oleh Aamir Khan itu berlatarbelakangkan peristiwa pemisahan India dan dijangka menjadi naskhah penting dalam karier seni beliau selepas sekian lama menyepi daripada dunia perfileman. - MEDIA HIBURAN
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 28-5-2025 11:04 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Lawa tp bila dah renovate hidung terus nampak mature muka dia , kalau x mesti nampak lebih keanak anakan aiols minat dgn dia terutama movie Soldier dgn Bonby Deol yg tasty dah tua pun hensem Bobby, dahlah clean image
Post time 16-6-2025 07:56 PMFrom the mobile phone|Show all posts
asfaz replied at 16-6-2025 12:31 PM
Suka jugak 2 org ni. Comel
yeee suka tgk, bobby deol ni masa dha berumur pun hensem canno? dahlah baik ya bobby ni x pernah dgr cerita buruk pasal heols, preity pun comel gila masa movie ni, tgklah dia pakai baju mcm mcm pakai tshirt hitam biasa pun wow sgt
Post time 16-6-2025 08:36 PMFrom the mobile phone|Show all posts
sarah_ary2 replied at 16-6-2025 07:57 PM
gitulahhh maybe preity x nak hancurkan rumahtangga amir kot, masa tue amir dha kawen ke belum ????
Aamir dah lama kawin kan.Kawin muda siap cerai pastu kawin baru,pastu cerai lagi.
Pelakon dlu lawa² betul. Rani pun ai suka.Dia senyum cairrr ooo...
PZ ni macam lawa² comel nakal kan. Maksud ai macam bebudak.
Post time 16-6-2025 08:39 PMFrom the mobile phone|Show all posts
sarah_ary2 replied at 16-6-2025 07:56 PM
yeee suka tgk, bobby deol ni masa dha berumur pun hensem canno? dahlah baik ya bobby ni x pernah d ...
Bobby ikut mak dia kot. Abang dia sunny deol tkla hensem sgt.Tpi suka jugak la tgk filem dia. Paling tak jadi adik pompuan dia. Berapa film aje kan berlakon.
Makayah mmg pelakon legend lah.
Post time 16-6-2025 11:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
asfaz replied at 16-6-2025 08:36 PM
Aamir dah lama kawin kan.Kawin muda siap cerai pastu kawin baru,pastu cerai lagi.
Pelakon dlu lawa ...
Iye walaupun kajol dulu a bit darker tp aiols suka tgk sheols dgn rambut kerinting panjang tambahan perangai jenis cheeky cheeky, bagi aiols cantiklah kajol tue tp lawa lagi mak dia masa movie gemes rajesh khanna yg gajah tue, amir ni dulu hensem suka tgk dia berlakon dgn manisha sama padan, rani mmg lawa jenis muka seksi, pandai acting,sore pun jenis serak serak basah tur ramai lelaki suka
Post time 16-6-2025 11:45 PMFrom the mobile phone|Show all posts
asfaz replied at 16-6-2025 08:37 PM
Ualls takde ke yg bukak benang duda karisma meninggal? Dlm komen ,ramai komen karma sb dulu dera kar ...
haah jahat kan ex suami dia? tak sangka karisma tu punyalah lawa dapat kt lelaki kaya tp haprak, nasib dapat cerai and karisma terus dedahkan, ex dia mati sebab tertelan lebah pastue terus cardiac arrest kan? itu dgn ex wife buat mcm tue dgn perempuan lain entan mcm manalh perangai dis