CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 677|Reply: 0

Ustaz Azhar Idrus Usik Syed Saddiq Soal Jodoh – ‘Bila Nak Berdua..Orang Mana?’

[Copy link]
Post time 26-5-2025 05:13 PM | Show all posts |Read mode





Setiap gerak geri ahli politik Syed Saddiq, kini menjadi perhatian ramai terutama apabila beliau dilihat mesra bersama selebriti, Bella Astillah.

Menerusi perkongsian di Instagram Prima Valet, kelihatan Saddiq sedang berada di sebuah restoran bersama pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus.

  


Ustaz Azhar dalam nada berseloroh kemudian bertanya kepada Saddiq tentang pasangannya.

Bila nak duduk berdua? Orang mana, utara ke selatan?

Saddiq atau nama lengkapnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kemudian dilihat tersipu malu dan meminta pendakwah itu untuk mendoakannya.

Doakan saya ustaz, insya-Allah.

Nanti kita bincang tepi. Mereka tengah rekod ni, bahaya ustaz.

Komen netizen



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut gembira mendengar pertanyaan Ustaz Azhar itu.

Dalam masa yang sama, mereka mendoakan agar Ahli Parlimen Muar tersebut segera mendirikan rumah tangga andai sudah bertemu jodoh.

Terima kasih Ustaz Azhar sebab wakilkan peminat.

Ustaz pun pandai nak korek rahsia YB.

Elok la Ustaz dah bagi hint suruh cepat-cepat halalkan. Kalau dah setuju semuanya, eloklah disegerakan. Perkara baik jangan ditangguh lama-lama.

Segerakanlah tak baik tunggu lama-lama, elakkan fitnah. Insya-Allah Allah mudahkan, semoga berjodoh dan berbahagia hingga ke Jannah.

Sumber: IG Prima Valet

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.753783 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list