CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 573|Reply: 4

Pelakon Lelaki Dakwa Dirogol

[Copy link]
Post time 22-5-2025 05:40 PM | Show all posts |Read mode


Pelakon terkenal Hong Kong, Wong He mendakwa dirinya menjadi mangsa serangan seksual semasa berada di Taiwan pada tahun 2024.


Menerusi satu hantaran video di saluran YouTube miliknya baru-baru ini, Wong mendakwa dia telah dianiaya secara seksual dalam dua kejadian berasingan yang berlaku pada bulan Julai dan Disember tahun lalu.


Menurut Wong, insiden pertama berlaku ketika beliau bermalam di rumah seorang rakan di daerah Hsinchu, Taiwan.




“Saya dapati diri saya sedang meniarap awal pagi dan terasa sukar untuk bernafas. Saya cuba bangun tetapi merasakan ada tekanan dari luar menindih saya. Saya bergelut seketika sebelum tidak sedarkan diri,” katanya.


Apabila terjaga, beliau mendapati dirinya terbaring di lantai dengan badan yang terasa sakit dan terdapat kesan lebam. Namun, apabila ke ruang tamu, rakannya dilihat sedang bermain telefon bimbit seperti tiada apa-apa berlaku.


Sekembalinya ke rumah, Wong mengambil gambar kesan lebam pada tubuhnya sebagai bukti.


Kejadian kedua pula didakwa berlaku pada 10 Disember 2024 di rumah dua orang rakan lain.


Selepas menikmati semangkuk bubur kacang merah, dia mula merasa pening sebelum tidak sedarkan diri.


“Saya sedar ketika berada di atas katil dan terasa seperti ditekan. Saya terdengar suara dua rakan saya meminta saya supaya tidak bergerak. Kemudian saya pengsan sekali lagi dan hanya terjaga keesokan pagi dalam keadaan bogel dan terdapat lebam pada tubuh serta lutut saya,” jelasnya.


Wong menyangka dirinya telah mengotorkan cadar dan menawarkan untuk menggantikan kosnya, namun kedua-dua rakannya tidak menunjukkan sebarang reaksi luar biasa.


Susulan kejadian itu, Wong mendapatkan rawatan di hospital, namun hanya diberi ubat tahan sakit dan tidak sempat berjumpa doktor. Dua hari kemudian, beliau kembali ke hospital apabila keadaan kesihatannya semakin merosot dan akhirnya dimasukkan ke wad.


Pada 14 Disember 2024, Wong diberitahu bahawa beliau mengalami rhabdomyolysis iaitu keadaan di mana tisu otot yang rosak mula pecah dengan cepat dan boleh menyebabkan kerosakan organ dalaman.


Wong percaya bahawa keadaan inilah yang menjadi punca kepada kegagalan buah pinggang yang dihidapinya.


Untuk rekod, Wong He terkenal menerusi wataknya sebagai anggota bomba dalam siri drama aksi Burning Flame yang disiarkan dari 1998 hingga 2009. Namun, beliau tidak lagi aktif dalam industri hiburan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


Kesihatannya mula menjadi tanda tanya pada Disember 2024 apabila beliau memuat naik gambar dirinya terlantar di hospital tanpa mendedahkan penyakit sebenar yang dihidapinya ketika itu. - GEMPAK


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2025 07:28 AM | Show all posts
Dirogol punca kegagalan buah pinggang?
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaa..kesiannya semoga dpt pengadilan sebaiknya..dlu2 layan jugak drama2 hongkong
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Burning flame ni dolu femes kan
Kat tv3 pkl 6 ke pkl 7 entah...
Yang pasti iols balik sekolah mesti tengok mak iols pasang xite ni..baha
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 09:41 PM | Show all posts
menakutkan. kalau la si pelaku ada penyakit berjangkit

kat mana2 dunia pun ada kes macam ni. even kat negara kita. semoga dijauhkan, nauzubillah min zalik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-7-2025 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.052823 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list