CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 808|Reply: 0

Ketahui senarai 'influencer' hijab tempatan dijadikan inspirasi dan ikutan oleh gadis muda

[Copy link]
Post time 17-5-2025 08:49 PM | Show all posts |Read mode

DALAM dunia media sosial yang semakin berkembang, golongan wanita berhijab kini bukan sahaja tampil berkeyakinan, malah menjadi peneraju dalam dunia fesyen dan gaya hidup Muslimah.


Ramai pempengaruh wanita berhijab yang kini menjadi inspirasi kepada ramai orang di luar sana terutamanya kepada golongan muda.


Mereka membuktikan bahawa berhijab bukanlah penghalang untuk bergaya, malah mampu mengangkat martabat pemakaian hijab ke tahap lebih tinggi.


Berikut Majoriti kongsikan lima pempengaruh berhijab yang wajar dijadikan inspirasi:




1. Malia Baby


Malia Baby atau nama sebenarnya, Tengku Nur Kamalia Aisyah, 25 mempunyai seramai lebih 750 ribu pengikut di TikTok.


Nama yang semakin melonjak naik ini sememangnya mencuri perhatian ramai apabila kini beliau dilihat cenderung untuk mendalami ilmu agama serta memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.


Sikap ini dipuji ramai, terutamanya apabila beliau berkongsi rutin harian dengan menyelitkan tentang kebaikan kepada pengikutnya.


Salah satu perkara yang mendapat sambutan hangat daripada pengikutnya apabila beliau menganjurkan contest dengan hashtag #jompakaitudung.


Ramai wanita di luar sana yang merebut peluang ini dan ada juga yang mengakui bahawa sejak contest ini dimulakan mereka mula ada keinginan untuk bertutup sepenuhnya.




2. Puteri Rania


Puteri Rania, 22 yang juga atlet Muay Thai ini mempunyai seramai 1.7 juta pengikut di TikTok.


Gadis berdarah campuran Melayu- Jordan ini mencipta fenomena apabila gayaan tudung labuh depan belakang beliau tular sehingga ke negara jiran.


Walaupun ada sesetengah menganggap bertudung labuh kurang sesuai dengan trend fesyen sekarang, namun gadis ini tetap berkongsi gayaannya itu malah sememangnya ia trend terutamanya dalam kalangan remaja perempuan.


Ia merupakan satu bentuk perubahan yang sangat baik kepada anak remaja pada masa sekarang dan patut dicontohi ramai orang.




3. Adira Salahudi


Nama Adira Salahudi tidak asing lagi dalam kalangan pengamal media kerana beliau merupakan salah seorang hijab influencer yang paling berpengaruh di Malaysia.


Dengan lebih 1.2 juta pengikut di Instagram, beliau telah membuktikan bahawa walaupun anda sudah bergelar sebagai seorang ibu, ia bukan penghalang untuk anda tidak lagi tampil bergaya.


Selain bergelar sebagai model, beliau juga dilihat aktif dalam dunia perniagaan dengan melancarkan jenama hijabnya sendiri, deara hijab dan produk kecantikan, secret of adira.


Adira juga dilihat teruja berkongsi tentang kediaman barunya yang masih dalam proses pembinaan hasil dari titik peluhnya selama ini.


Untuk rekod, Adira telah berkahwin dengan seorang pempengaruh, Ammar Azizzan dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.




4. Asyalliee Ahmad


Pempengaruh dan juga usahawan terkenal ini juga sememangnya umum dikenali oleh para wanita diluar sana dengan mempunyai pengikut seramai lebih 1.7 juta di Instagram.


Asyallie atau nama sebenarnya Siti Syasya Rosaelmi, 29, sering membuat tutorial tudung yang ringkas namun tampak elegan selain membuat tutorial solekan yang pelbagai.


Ibu kepada dua cahaya mata ini menjalankan perniagaan hijab, Asyalliee Scarves dan juga perniagaan produk kecantikan.


Walaupun beliau pernah diejek miskin, namun dengan kekuatan yang ada dalam dirinya dan usaha yang tak terhenti, kini rezeki beliau semakin melimpah ruah dan mampu memiliki rumah yang besar, beberapa kereta mewah, perniagaan yang lancar disamping suami dan anak tercinta.




5. Farah Deluna


Model dan juga pempengaruh, Farah Deluna semakin mendapat perhatian ramai kerana gaya berhijabnya yang segar dan moden.


Pemilik nama sebenar Farah Ain Syazwani Hamdan, dilihat aktif melakukan 'live' di akaun TikTok miliknya dan sering berinteraksi dengan para pengikutnya.


Beliau kelihatan begitu mesra melayan para pengikutnya dan menjawab segala pertanyaan mengenai gaya hidup, fesyen, dan kecantikan.


Dengan lebih 400 ribu pengikut di TikTok, Farah Deluna terus menjadi contoh teladan dalam dunia influencer hijab Malaysia, membuktikan bahawa seseorang tidak perlu menjadi bekas pelakon atau selebriti untuk memberi impak positif melalui media sosial. — Majoriti




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.249856 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list