CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1106|Reply: 0

Nayla teman 'di awan'

[Copy link]
Post time 8-5-2025 08:44 PM | Show all posts |Read mode


"SAYA bukan mahu menjadi contoh ibu yang tidak baik sebaliknya hanya ingin berkongsi hobi dengan anak tersayang.


"Sebelum membawa Nur Nayla Ardani Muhamad Arham atau mesra disapa Nayla mendaki bersama, semua risiko keselamatan sudah diambil kira dan bukan main redah sahaja," kata Maizatul Hazra Yahaya, 39.


Suri rumah separuh masa yang menjalankan perniagaan makanan sejuk beku dari Gombak, Selangor itu antara peminat tegar aktiviti mendaki di negara ini.


Sebelum dikurniakan Nayla, Maizatul sudah aktif mendaki banyak gunung sama ada di dalam mahupun luar Malaysia.


Kata Maizatul, dia juga aktif mendaki sehinggalah usia kandungannya mencecah tujuh bulan.


"Ketika itu saya sering bercakap dengan Nayla untuk membawanya mendaki apabila dia dilahirkan.




"Hasrat itu direalisasikan pada usianya tiga bulan, saya mengendongnya buat pertama kali mendaki Bukit Batu Puteh di Port Dickson, Negeri Sembilan dan sepanjang pendakian, Nayla tidur nyenyak dalam 'carrier' serta tidak mengalami sebarang masalah," katanya.


Menurut isteri kepada Muhamad Arham Mohd Anuar itu lagi, dia tidak membuta tuli 'membawa' anaknya memasuki kawasan hutan, sebaliknya melakukan persediaan rapi sebelum membawa Nayla menyertai setiap pendakian.


Katanya, selain memastikan keadaan fizikal dan kesihatan Nayla pada tahap terbaik, semua ubat-ubatan dan kelengkapan lain tidak dilupakan.


"Memang beg dibawa penuh dengan barang keperluan Nayla sahaja dan semuanya penting sebagai persediaan.


"Setakat ini, Nayla tidak pernah meragam, dia kelihatan seronok berada dalam kendongan sambil menghayati keindahan alam dan keagungan ciptaan yang Esa.


"Sekarang dia dah boleh bercakap, lagilah bising kerana dia suka bertanya itu ini, mendaki dengannya memang menyeronokkan," katanya.


Maizatul berkata, dia bertuah suaminya tidak menghalang minatnya kerana mereka turut berkongsi hobi yang sama.


Kata Maizatul, sebelum dikurniakan Nayla, dia dan suami kerap mendaki bersama jika mempunyai kelapangan masa.




Namun disebabkan kekangan jadual kerja suaminya, ada waktunya Maizatul mendaki sendirian atau bersama rakan lain.


Kini, Maizatul mengakui teruja kerana mempunyai peneman cilik dan dia bersyukur Nayla agak kental berbanding usianya selain 'serasi' dengan alam.


"Memang tidak dinafikan ada kerisauan terutama membabitkan aspek keselamatan, kesihatan termasuk gangguan luar kerana Nayla masih kecil.


"Namun saya melakukan persediaan secukupnya serta bertawakal memohon perlindungan kepada Allah untuk menjaga keselamatan kami, selain banyak berdoa dan berzikir sepanjang pendakian.


"Alhamdulillah, kini Nayla sudah berusia tiga tahun dan banyak bukit serta gunung kami daki bersama antaranya Gunung Kinabalu, Sabah, Gunung Kerinchi (Indonesia), Gunung Angsi, Negeri Sembilan, Gunung Karunai, Perak serta Gunung Ulu Semangkok, Kuala Kubu Baharu, Selangor," katanya yang kagum dengan ketahanan fizikal anak kecilnya terutama ketika berdepan cuaca sejuk.


Dalam pada itu, Maizatul berkata, dia mempunyai rutin senaman khas bagi menjaga kesihatan dan kecergasan badan.


Dia memperuntukkan dua jam setiap hari untuk melakukan regangan dan senaman.


"Antara kelebihan mengendong anak ketika melakukan aktiviti luar adalah ia secara tidak langsung dapat menguatkan otot badan kita.


"Ia penting untuk mendaki kerana badan perlukan otot yang kuat untuk bawa bebanan beg.


"Selain itu, saya jaga pemakanan dan amalkan diet tinggi protein untuk bina otot badan," katanya.


Apa yang dilakukan Maizatul itu secara tidak langsung membuktikan bahawa memiliki anak kecil bukan penghalang untuk wanita meneruskan hobi.


Sebagai ibu dia seronok dapat berkongsi minat sama dengan anak sulungnya itu.


"Perlu diingat, setiap anak lain kemampuan dan rezekinya, jadi jangan anggap semua anak sama.


"Jika ingin bawa anak kecil mendaki misalnya, pastikan kita tahu kemampuan dan ketahanan anak mahupun diri sendiri setakat mana terlebih dahulu.


"Hobi mendaki menyeronokkan, tetapi seperti aktiviti riadah dan sukan lasak lain, ia perlu dilakukan dengan berhati-hati," katanya. - HARIAN METRO


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 08:16 PM GMT+8 , Processed in 2.268705 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list