CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 65271|Reply: 434

Rozita Che Wan sah gosip percintaan

  [Copy link]
Post time 14-5-2011 09:07 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Selepas setahun berteka-teki, Rozita Che Wan, 39, akhirnya mengesahkan gosip cintanya dengan bintang baru, Shahir Zawawi yang 16 tahun lebih muda daripadanya.

Bukan niat nak berselindung. Malah ada rakan media yang sudah mengetahui mengenai hubungan kami, tetapi mereka menghormati permintaan saya untuk tidak dihebahkan. Cuma saya tahu dia (Shahir) perlu menjaga hati ramai orang, termasuk peminatnya.

“Kebelakangan ini pun sudah kecoh mengenai kisah peminat fanatik yang tidak merestui hubungan kami. Tetapi itu di luar kawalan saya. Cuma sejauh mana fanatik peminat Shahir sekali pun, mereka tidak menghalang mahupun mengongkongnya dalam soal membabitkan hati.

“Dia lelaki baik. Saya tertawan dengan sikap dan budi pekertinya. Saya senang bersamanya. Tambah pula kami berasal dari kampung dan mungkin itu juga antara sebab kami serasi. Cuma setakat ini, keluarga masing-masing tidak tahu dengan jelas hubungan kami.

“Soal merencana masa depan, sebaiknya soalan itu ditanya kepada Shahir. Saya hanya mampu berserah, pada masa sama berharap hubungan kami akan berakhir ke jenjang pelamin. Saya mengharapkan pengakhiran yang indah,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Bagaimanapun Shahir yang turut dihubungi masih cuba berahsia dan menafikan hal itu ada kaitan dengan cubaan menjaga hati peminatnya yang secara terang-terangan tidak menyenangi hubungannya dengan kakak kepada Ayu Raudhah itu.
“Sampai masa yang sesuai, saya akan berterus-terang dan cakap perkara sebenar. Saya bimbang kenyataan atau komen ini akan disalah erti pihak tertentu. Pihak tertentu ini juga bukan merujuk kepada peminat. Cukup saya katakan, saya ada sebab tertentu untuk berdiam diri lagi sehingga ke saat ini.

“Saya yakin Cik Ta (panggilan kepada Rozita) juga memahami apa yang saya lalui. Saya tidak mahu tergesa-gesa membuat kenyataan. Biar reda kehangatan ini, saya dengan sendirinya akan bersuara. Saya yakin setiap persoalan ini pasti ada jawapannya,” katanya.

Mengenai kenyataan ibu bapanya di dalam B*PoP Ahad lalu mengenai gosip itu, Shahir yang bakal muncul dalam filem Karak mulai 26 Mei ini mempunyai jawapannya sendiri.

“Ibu bapa saya tak mahu mencampuri urusan kerjaya saya. Mereka bimbang tersilap cakap dan akan mengundang salah tafsir orang. Mereka tak mahu mengambil risiko. Jadi sebaiknya, biar saya saja yang melaluinya, di samping menjawab setiap persoalan yang ada.

“Tetapi saya yakin dalam soal memilih pasangan hidup, mereka tidak akan menghalang siapa yang saya impikan. Lebih afdal bakal kekasih atau bakal isteri saya itu bukan hanya selesa dengan saya, sebaliknya dengan keluarga. Orang yang akan hidup bersama itu juga secara jelas akan hidup dengan keluarga saya,” katanya.
credit to : bharian


p/s  x ngaku nok memula.....and now.....  caya lah!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2011 09:15 AM | Show all posts
ooo bahik laaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 09:16 AM | Show all posts
motiff ngan mak hekan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 09:16 AM | Show all posts
ni semua salah astrok!! sapa suruh ajak RCW jadi artis jemputan dalam diari af8 dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 09:17 AM | Show all posts
tahniah!
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 09:18 AM | Show all posts
hengat dulu masa af8, sahir malu2 nk lari2 bila astrok bawak jumpa mak lampir ni dlm diari..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2011 09:18 AM | Show all posts
sweetnya....
semoga bahagia
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 09:20 AM | Show all posts
bile hati da suka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2011 09:20 AM | Show all posts
ok la tu Shahir! nak harapkan album laku nan hado jah!

at least gossip chenta ko ni boleh up kan populariti ko tu


p/s: adakah kisah mawi & kikin the remake akan moncol gara2 panatik yg tak leh trima??
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 09:21 AM | Show all posts


astrook berjaya menyatukan dua hati ..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 09:32 AM | Show all posts
biaq p kat depa lah....kejab jea tue!...nanti kuarler pulak gossip clash...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 09:33 AM | Show all posts
Tambah pula kami berasal dari kampung dan mungkin itu juga antara sebab kami serasi.


Goli den guna status org kampong konon.Tp pakaian mengalahkan org bandar....sama naik je satu keluarga asyik nk tayang kofek....

To shahir....balik kg je lah.sah ko xkan direstui...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 09:36 AM | Show all posts
betul ke buah dada RCW tuh besar?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 09:38 AM | Show all posts
Goli den guna status org kampong konon.Tp pakaian mengalahkan org bandar....sama naik je satu ke ...
cicicumel Post at 14-5-2011 09:33



    tau takpa. ello! suma orang yg dok kt KL, JB, S'ban & sewaktu dengannya ni suma berasal dari kampung hoccay! bukan korang berdua sajork!. motip? dah takde modal kot nak bagi reason kt reputz!

orang kalo dah jatuh chenta (bukan sebab rupa & harta), memang takkan ada reason kenapa dia jatuh chenta!
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 09:39 AM | Show all posts
biar benarr..terkujat akuu......tak sangka taste abg shahir nih akak rcw...apepown semoga berbahagia jer lahh yerkkkk.....kiut jugak pasangan nihh...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 09:39 AM | Show all posts
betul ke buah dada RCW tuh besar?
ella. Post at 14-5-2011 09:36



    kenapa ko sedih? ko jeles ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2011 09:39 AM | Show all posts
teruknye gosipp ni..

sat lg..hilangla aura ko shahir..  mcm org yg dulu tu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 09:40 AM | Show all posts
meroyan la shahiratics watever bagai tuh
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 09:40 AM | Show all posts
bertuah betul shahir...dulu minat jer si rcw nih tengok drama die jahh.....lepas jadik artis terus boleh jadik bf die uollsss.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 09:43 AM | Show all posts
awek lame sahir ape cte
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.489338 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list