CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1040|Reply: 0

Anak buat gaya wajah pelik bila fokus? Ini mungkin simptom awal 'lazy eye'

[Copy link]
Post time 5-5-2025 11:47 PM | Show all posts |Read mode


RAMAI ibu bapa mungkin menyangka kelakuan anak yang sedikit ‘pelik’ ketika menumpukan perhatian hanyalah perangai biasa atau tabiat baharu.


Namun, hakikatnya, ia mungkin petunjuk kepada isu kesihatan yang lebih serius, khususnya berkaitan mata.


Itulah yang dialami oleh seorang ibu, Nurida Mocha, apabila berkongsi kisah anak perempuannya, Sansa, menerusi TikTok.


Perubahan tingkah laku anaknya yang kelihatan aneh ketika cuba memfokuskan pandangan telah mencetuskan kebimbangan dan tindakan pantas beliau akhirnya menyelamatkan keadaan.


"Hari ini, 30 April 2023. Kami selalu perasan Sansa selalu buat macam ini kalau nak tumpukan perhatian.


"Lama-lama makin menjadi-jadi pula," ujar Nurida dalam video yang dimuat naik.


Keputusan untuk membawa Sansa berjumpa pakar mata membuahkan hasil apabila doktor mengesahkan anak kecil itu mengalami masalah penglihatan yang berpotensi membawa kepada kondisi lebih serius seperti mata juling atau ‘lazy eye’ (amblyopia) jika tidak dirawat segera.




Apa itu ‘mata malas’?


‘Mata malas’ atau amblyopia merupakan keadaan yang mana salah satu mata gagal berkembang dengan baik dari segi penglihatan.


Ini menyebabkan otak ‘mengabaikan’ input dari mata tersebut, lantas memberi kesan jangka panjang terhadap penglihatan jika tidak dirawat sejak awal.


Simptom-simptom awal termasuklah:


1. Kepala anak sering disengetkan ketika melihat.


2. Mata anak kelihatan tidak selari.




3. Anak selalu menutup sebelah mata ketika membaca atau menonton.


4. Sukar untuk fokus ketika menulis atau melihat objek jauh.


Lebih menyedihkan, ramai dalam kalangan pengguna media sosial turut berkongsi pengalaman serupa.


Paling sedih ada yang hanya mengetahui punca sebenar selepas bertahun-tahun hidup dengan masalah penglihatan.




"Saya dah dapat mata malas itu. Dia kurang refleks berbanding lagi sebelah,” kongsi seorang pengguna.


"Murid saya begini. Saya ingatkan dia tak puas hati dengan saya. Rupanya dia tengah tumpu tengok apa saya tulis di papan putih," tulis seorang guru.


Nasihat buat ibu bapa


Perubahan kecil pada anak-anak kadangkala mudah terlepas pandang, lebih-lebih lagi jika tiada pengetahuan asas tentang kondisi tertentu.


Sebagai ibu bapa, kita digalakkan untuk sentiasa peka terhadap perubahan sikap dan cara anak melihat atau memberi tumpuan.


Jika anak anda menunjukkan tanda-tanda pelik ketika cuba fokus seperti memiringkan kepala, mengecilkan mata atau terlalu hampir dengan skrin segera dapatkan pemeriksaan pakar mata.


Pemeriksaan awal bukan sahaja dapat mengelakkan masalah menjadi lebih serius, malah boleh membantu anak menjalani kehidupan yang lebih selesa dan yakin dengan keupayaan diri.




Seperti yang dialami oleh Nurida, tindakan awal mampu memberi perbezaan besar dalam kehidupan anak.


"Selepas berjumpa dengan doktor, Sansa kena pakai cermin mata. Kalau lambat rawat, kemungkinan besar anak saya akan alami mata juling atau mata malas," ujarnya penuh syukur.


Kesimpulannya, walaupun anak kelihatan sihat dan aktif, jangan abaikan perubahan kecil yang berlaku.


Dalam dunia keibubapaan, kepekaan adalah kunci dan dalam kes sebegini, ia mampu mengubah masa depan anak anda. — Majoriti


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.111958 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list