CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 395|Reply: 0

[Sembang Bola Sepak] Gaji RM15,000 berbaloi untuk pemain tempatan?

[Copy link]
Post time 4-5-2025 08:34 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang bergelut dengan masalah kewangan sehingga mencetuskan isu tunggakan gaji seharusnya tidak berbelanja lebih daripada RM25,000 untuk mendapatkan khidmat pemain tempatan.


Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah berkata mereka sepatutnya meletakkan 'tanda harga' yang dirasakan mampu sekali gus dapat mengelak daripada berbelanja melebihi kemampuan kewangan pasukan masing-masing.


Beliau yang lebih 20 tahun bertindak sebagai ejen pemain menegaskan perbelanjaan setiap pasukan tetap bergantung kepada perancangan masing-masing namun mereka perlu bijak dalam merencana strategi bagi mendapatkan pemain untuk memperkasa pasukan.


"Gaji siling ini boleh (dipraktikkan) pasukan yang bergelut tetapi terpulanglah kalau mereka mahu ikut atau pun tidak. Memang ada tangga gaji yang saya rasakan agak wajar kalau kita mahu gunakan pendekatan gaji siling ini.


"Contohnya, kalau untuk pemain yang biasa-biasa sahaja, mungkin boleh bagi sekitar RM10,000 ke RM15,000. Kalau untuk bekas pemain kebangsaan, sekitar RM20,000 sehingga RM25,000.



"Kalau pemain kebangsaan, kebiasaannya sekitar RM50,000 tetapi kebanyakannya mereka sudah ada dalam pasukan yang tiada masalah kewangan seperti Johor Darul Ta'zim (JDT), Selangor FC (SFC), Sabah FC dan Terengganu FC (TFC)," katanya.


Terdahulu, pemerhati bola sepak tempatan, Mohd Sadek Mustaffa menjelaskan tiada lagi istilah 'gaji kayangan' buat pemain pasukan Liga Super khususnya buat pasukan yang sentiasa bergelut dengan isu kewangan sekali gus memaksa pemain 'menghadam' situasi terbabit.


Sadek yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam berkata, pasukan perlu meletakkan gaji siling sendiri dengan menawarkan gaji yang dirasakan berpatutan kepada pemain bagi membantu mengelak isu tunggakan gaji terus berulang pada musim baharu.


Dalam perkembangan sama, Effendi juga melihat 'modal' RM30,000 dilihat mampu untuk 'memancing' minat pemain import beraksi di Liga M namun kualitinya mungkin dianggap berada pada tahap yang 'biasa-biasa' sahaja.


Jelasnya, kualiti pemain import yang didapati dengan tangga gaji RM30,000 itu mungkin cukup untuk setakat beraksi di Liga M.


Import yang berkualiti sudah pasti hadir dengan tanda harga yang lebih lumayan namun semuanya bergantung kepada kemampuan pasukan masing-masing.


"Kalau nak katakan mengenai perbelanjaan pemain import ini, terpulang pada pasukan dan memang ada pasukan yang letakkan gaji siling berdasarkan bajet yang mereka ada.


"Kebiasaannya pasukan membayar gaji pemain import sekitar RM20,000 ke RM40,000 tetapi untuk pasukan yang ada banyak duit, mereka boleh pergi sehingga RM85,000.


"Tetapi kalau dengan tangga gaji RM30,000 ini, mungkin tahap pemain itu agak kuranglah. Boleh dapat yang bagus (pemain import) cuma mungkin setakat bagus untuk membantu pasukan di Liga M sahaja," katanya. - BH ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
kukukud4rttravel
Views : 1112 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1818 Replies : 0
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 15810 Replies : 31
SATURO GOJO TAVEL TIPS
saturo1gojoSATURO GOJO TAVEL TIPS
Views : 4444 Replies : 0
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59687 Replies : 35
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25404 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 10406 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.038837 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list