CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1228|Reply: 0

Ustaz Azhar Idrus jelaskan tak wajar gelar isteri kedua sebagai penyondol. '..seolah kita tak suka pada ALLAH SWT'

[Copy link]
Post time 2-5-2025 10:15 AM | Show all posts |Read mode


PENYONDOL, gelaran yang hangat diperkatakan masa kini, merujuk kepada seseorang yang dikatakan merampas suami orang lain.


Namun begitu, penceramah dan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus menegaskan bahawa tidak wajar bagi orang ramai memberikan gelaran buruk seperti itu kepada isteri kedua.


Dalam satu perkongsian di TikTok, Ustaz Azhar menjelaskan bahawa penggunaan gelaran tersebut seolah-olah menggambarkan ketidakredaan terhadap sesuatu yang telah dihalalkan oleh ALLAH SWT.


Malah, Islam membenarkan seorang lelaki untuk berkahwin lebih daripada satu, asalkan ia dilakukan mengikut syarat yang ditetapkan.


“Isteri kedua sekarang dipanggil penyondol. Tak boleh panggil penyondol sebab itu adalah gelaran yang buruk.


“Bila Allah SWT dah benarkan berkahwin tapi kita beri gelaran yang buruk, maknanya seolah-olah kita tak suka pada ALLAH SWT,” kata beliau.




Bagaimanapun, Ustaz Azhar turut mengingatkan bahawa perbuatan itu tetap salah sekiranya seorang wanita yang berkahwin sebagai isteri kedua berusaha menghasut suami agar menceraikan isteri pertama.


Tindakan sebegitu dianggap jahat kerana memecah-belahkan rumah tangga.


Sebaliknya, jika seorang wanita menjadi isteri kedua tanpa melakukan kezaliman atau penghasutan, dia tetap dianggap sebagai wanita yang baik di sisi agama.


“Yang buruknya kalau isteri kedua ini berkahwin tapi dia hasut suami supaya ceraikan isteri pertama, itu jahat.


“Kalau dia kahwin jadi isteri kedua tapi dia tak jahat dan tidak menghasut, dia orang baik,” jelas beliau.


Tambah Ustaz Azhar lagi, semua yang berlaku adalah ketentuan ALLAH SWT dan sebahagian daripada perjalanan hidup yang penuh dengan cabaran serta ujian.


Oleh itu, beliau menyeru agar setiap Muslim sentiasa bersabar serta memahami setiap ujian sebagai peluang untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT. - SINAR HARIAN


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59283 Replies : 35
travel to chicago
kukukud56travel to chicago
Views : 3536 Replies : 0
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25303 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 4143 Replies : 0
SATURO GOJO TRAVEL
saturo1gojoSATURO GOJO TRAVEL
Views : 4245 Replies : 0
best  airlines services
kukukud456ydDdbest airlines services
Views : 4344 Replies : 0
TRAVEL WITH GOJO
gojo2344TRAVEL WITH GOJO
Views : 4950 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.042977 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list